Warkah Buat Bonda


assalamualaikum

kehadapan bonda yang dikasihi. moga bonda sentiasa dalam keadaan sihat dan diredhai Allah. anakanda di sini terlalu rindu pada bonda. merindui pelukan, ciuman, masakan dan apatah lagi kata-kata nasihat bonda. dan anakanda yakin, bonda juga rindu akan diri ini. ya, penat juga membilang hari agar dapat ketemu bonda yang disayangi.


bonda,

terima kasih kerana telah melahirkan anakanda sehingga membesar dengan baik sekarang. terima kasih kerana membesarkan anakanda sehingga menjadi orang berguna. sehingga berjaya memasuki universiti sekarang. dan apatah lagi meneganal islam. jasa bonda, tidak dapat anakanda hitung. tidak dapat anakanda balas. sesungguhnya Allahlah yang akan membalasnya setimpal dengan perngorbanan bonda.

bonda,

anakanda tahu, bonda terlalu risau dengan pelajaran anakanda. kadang-kadang keputusan yang tidak memuaskan buat bonda tertanya-tanya, adakah anakanda sesuai untuk menjadi seorang doktor muslim berjaya. insyaAllah bonda. doa bonda, anakanda harapkan. dan anakanda akan buktikan yang anakanda bukan sahaja boleh cemerlang dalam pelajaran tapi cemerlang dalam dakwah dan tarbiyah.


bonda,

anakanda ingin sangat lihat keluarga kita bahagia. bukan sahaja di dunia tapi di akhirat sana. aanakanda ingin sangat keluarga kita mengamalkan islam yang sebenar. ingin sangat lihat adik beradik kita juga tidak ketinggalan ditarbiyah. dan ingin sangat lihat kakak dan adik anakanda berkahwin dengan orang yang punyai fikrah islami. dan disaat punyai anak, anak-anak mereka juga adalah anak yang mengamalkan islam. ya, anakanda tahu itu bukan mudah. tapi kita boleh cuba bonda. kita boleh mulai dari sekarang. betapa anakanda nak katakan bahawa tarbiyah itu penting sebenarnya. kalau anakanda dekat bersama bonda dan keluarga, sudah lama anakanda halaqahkan semua ahli keluarga kita. itulah cita-cita anakanda. tapi tidak semudah itu. Kerana anakanda sendiri pun masih lemah Anakanda mengharapkan bonda pantaulah Adik _____ dan kakak _______. jangan dibiarkan larut dengan dunia remaja mereka.tegaskanlah kepada mereka tentang kepentingan solat dan cara menutup aurat.

bonda,

anakanda inginkan keluarga kita mengamalkan hidup cara sederhana. tidak terlalu mewah. anakanda risau dengan keadaan ini. ya, harta kita yang digunakan pasti akan ditanya oleh Allah kemana ia pergi. anakanda hendakkan sangat hidup yang sederhana. dan bila anakanda memakai yang buruk-buruk, anakanda memakai apa yang ada sahaja. bila dikata anakanda sangat kedekut, anakanda bukan kedekut. tapi anakanda tidak mahu membazirkan duit itu untuk benda yang tidak perlu. dan buat masa ini, anakanda sangat berkira dalam menggunakan duit untuk yang tidak perlu. moga harta kita yang banyak itu di infaqkan untuk jalan Allah. kerana jika kita berkira-kira, harta ini tidak akan membawa kita kemana-mana. melainkan hanya akan hancur bila kiamat tiba.

bonda,

bila anakanda sudah mendapat ijazah kedoktoran nanti, pasti anakanda akan menjadi doktor dengan gaji yang beribu-ribu. mencapai 4 angka. tapi itu bukan bermakna anakanda kaya. bukan bermakna anakanda perlu ada kereta mewah. bukan bermakna anakanda perlu ada rumah besar. anakanda juga pernah memberitahu, anakanda akan memberi bonda dan ayahanda duit setiap bulan sebagai perbelanjaan. dan insyaAllah duit itu akan disalurkan ke jalan ALlah.

sekian sahaja warkah untuk bonda. anakanda sayangkan bonda. dan anakanda juga sayangkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya. segala tulisan dan kata-kata yang kadang-kadang menginggung perasaan bonda, anakanda mohon beribu maaf.

semoga anakanda dan bonda dan keluarga kita akan menginjak ke syurga bersama-sama. bonda, tersenyumlah saat membaca warkah ini kerana anakmu kini bukan sekadar pelajar, tapi pejuang dan daie' yang siap mati untuk agama Allah, dan siap syahid di jalan ini.

wasalam.

yang menyayangi Allah, Rasul dan bonda,
anakandamu jauh di perantauan,
anak ke tiga mu.

7 comments:

Nur said...

doakn yg trbaik utk adik bradik ko....

Ija Akmal Husin said...

bagus2..anak yg bagus:)

Amalina 'Izzati said...

Ameen~~ mudah2 mudahan...
bgOs btol doc to be (^^,)..hee
bittaufiq wannajah fil imtahan..

asmachubby said...

huhuhuh...bagus budak ni...
name sape??anak sapo ni??
hehehe

p/s:lau ade masa comment la kat blog ko ni...
jangan sibok comment kat blog owang len je..
hehehehe

Anonymous said...

isi hati yang serupa dan sama, tetapi diluahkan oleh kata2 dari akhi.

"pejuang dan daie' yang siap mati untuk agama Allah, dan siap syahid di jalan ini."... subahanallah...andai syahid fisabilillah ditakdirkan untuk akhi, alhamdulillah kerana ana mempunyai saudara muslim seperti akhi. teruskan perjanlanan akhi, doa ana bersama insan seperti akhi agar berjaya. moga akhi berada dalam lindungan ALLAH sentiasa.

Lensa Daie said...

nur:
Jzkk...insyaAllah..amin..

Ija:
InsyaAllah..sedang diusahakan..mohon doa enti..

Amal MPP:
Jzkk..

Dr Asma:
Jzkk atas kritikan membina enti..

Anonymous:
segala pujian layak hanya UtkNya...
ana takut dengan pujian manusia...
kerana pujian itu akan menyebabkan manusia riak...dan seterusnya tidak ikhlas dalam segala perbuatan yang mereka lakukakn..

Orang jahil dikalahkan orang pandai..
Orang pandai dikalahkan orang yang beramal..
Orang yang beramal dikalah orang yang ikhlas...

Renung-renungkan kata-kata itu..wallahualam

Anonymous said...

setiap yang hadir dalam hidup, berkemungkinan adalah ujian dari Allah buat hamba-hambaNya. begitu juga dgn pujian yang diberi. krn we can't always prevent someone from doing things we don't want them to do. andai diambil pujian itu, lalu tidak memakan diri, alhamdulillah krn masih sedar akan diri kita semua sama. yg berbeza, hanya pandangan Allah terhadap kita melalui iman dan keikhlasan yang tidak dapat dilihat manusia. kata2 yg ringkas dan padat, syukran atas perkongsian akhi.

Post a Comment