1x1= 1...BUT 1x27=1...Hmmm??

MasyaAllah? Dilarang SEMBAHYANG di sekitar kawasan ini?? betul ke tidak ni?

Pak imam: Eh..betui ka ni masjid ........... pak haji??
Pak haji: betul la tu...nape x betul ya?
Pak imam: habes tu awat depa letak sign " Xley solat kat area masjid ni"??
Pak haji: entah la pak imam..kawe pon dok tahu la...depan tdi mmg tulis masjid ............
Pak imam: Emm...habeh tu cmna kita nak solat jemaah ni? nak solat tang mana pulak dah ni?
dah nak habes waktu dah ni??
Pak haji: entah la pak imam..kita solat kat umah jelar...lepas ni xmau dtg masjid.......... dah..


Assalamualaikum wbt...
cmna sahabat2 sekalian..pernah ke jumpa tanda cm2 kat masjid,yg x beri kita solat jemaah?
rasanya x pernah lagi jumpa kat M'sia...Alhamdulillah..moga kita dpt mengimarahkan masjid yg ada dkt area2 kwsan kita...

Sahabat yg dikasihi...

Mari kita renung kembali..
kita semua pernah melalui zaman persekolahan...dan sepastinya SEF(Syndrome Exam Fever)...
Bila dah dpt result...ada tu yang malu bila tahu dapat markah dari rakan2 yg laen..rase cm menyesal x stdy betul..

Hmm...
cuba bawa kisah ni kedalam kisah SOLAT kita..
cmna solat kita??
adakah solat yg dpt 27 markah atau 1 markah??
kalau la darjat pahala solat tu = markah..mesti malu kan...
kawan2 kita dapat 27 markah..kita dpt 1 markah..x ke rugi...
sbb tu tajuk post kali ni nak beri statement:
1x1= 1...BUT 1x27=1

Hari ni..
apa yg ana nampak...segelintir kaum adam yg "jarang atau kadang2" ke masjid @surau...
kalau nak pon...tika solat jumaat n solat hari raya..itu pn kalau solat..klau x..nauzubillah...minx dijauhkan..

Sedar x sahabat2 sekalian...yang sebenarnya solat berjemaah ni WAJIB bagi yg ber"gene"kan XY..rase2 gene antum ni XX or XY? hmmm...Call dr,buat DNa test..

Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Siapa yg mendgr azan lalu tidak mendatanginya, maka tidak ada solat baginya kecuali ada uzur"

Dalam satu kisah..
  • Lelaki buta bertanya kpd Rasullulah:
"Wahai Rasullullah, tidak ada org yg memimpinku ke masjid, apakah ada keringanan
bagiku utk solat di rumahku?"
  • "Apakah kamu mendengar panggilan solat?" Sabda Nabi kepadanya.
  • "Ya," jwbnya..
  • "Kalau bgtu penuhilah panggilan tersebut," Sabda Nabi s.a.w. (HR Muslim)

Sahabat yg dikasihi...

Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah saw bersabda, " Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian"
(Riwayat Malik Wal Bukhar i Wa Muslim Wattarmizi)


Walaupun kita solat sendirian pon...x sama dgn darjat pahala solat berjemaah..
sbb tu..walaupn kita solat sendirian sebyk 27 kali pn..kita xkan dpt 27 tu...kita ttp dpt 1..
jadi...sbb tu
1x1=1 BUT 1x27= 1



Akhir kata dari lensadaie..
yg baek kita amal-amalkan,
yg buruk kita jauh-jauhkan..
selamat beramal ^.^

p/s:
Rumah Allah sentiasa terbuka kepada yg mahu solat berjemaah... =)

4 comments:

Popoi said...

nice entry!

Hans said...

bagus entry nih
harap lebih ramai yang membaca untuk mendapat manfaat bersama :-)

Hasanahremeli said...

sebab kita x berapa nampak 27 dengan 1 pahala tu y membuatkan kita teragak2 untuk solat jemaah. andai kata kalau kita solat jemaah diberi 27 ringgit berbanding dgn 1 ringgit untuk solat sendiri,, tentu ramai yang berduyun2 ke masjid. jelaslah nampak di sini masyarakat sekarang lebih mementingkan keduniaan daripada dunia akhirat. dan ingatlah akhirat itu lebih baik dan kekal..

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى 14 Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman),
وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى 15 dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sembahyang.
بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا 16 Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi.
17. وَالآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.
surah al-a'la ayat 14-17

Lensa Daie said...

>popoi& hans:
Syukran..kalau bermanfaat..jadikan amalan dlm hidup kita..insyaAllah akan tersedia tmpt didalam syurga buat antum semua..insyaAllah..

>hasanah:
emm...sebab itu kita kena percaya dgn janji Allah..manusia mmg tidak nampak ganjaran pahala..tpi bila diberikan contoh markah dan wang ringgit..nescaya manusia berebut2 utk melakukannya..trima kasih atas perkongsian ilmu itu..wallahualam

Post a Comment