Eh...nak lepas macam tu ja??




Assalamualaikum wbt...
Selamat Hari Raya sahabat2 mayaku...
Moga antum bahagia disamping keluarga tercinta.. ^.^

Disini..
Ana ingin memohon maaf atas segala kesalahan tatabahasa, tatasusila ataupun tatacara..
dalam menyampai kata hati pemilik lensa..
harap dimaafkan =)

Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi...
dengan limpa kurnianya..dapat lagi ana curi-curi masa antum bersama sang tercinta..
untuk berkongsi serba sedikit kata hati ini...

Seperti yg antum sedia maklum...
Ramadhan tahun ini telah berlalu pergi...
pergi..
tidak kembali...

Mesti waktu ramadhan yg lepas...
ada dikalangan kita yg target utk be a better person..
dari Pemarah ------> Penyabar
dari Pemburu------> Pemelihara
dari Pengotor------> Pembersih...
dan byk2 lagi...

Tapi itu waktu ramadhan..
di mana "Api-Api" diikat sekuat2nya..
tanpa ada ganguan sedikit pn...
sekarang tinggallah kita yg bakal ditewaskan lagi dek "Api-Api" ini..

Ana ada cerita..
yakni pasal Qarin...
kisah ini pun kawan ana yang ceritakan..
jadi, x salah kalau dikongsi bersama sahabat semua..

Qarin..Si makhluk halus pendamping manusia...

Qarin bermakna teman atau rakan..
Istilah qarin disini bermaksud roh-roh jahat..
dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Kewujudan qarin ini ialah untuk:

  1. menggoda manusia
  2. menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan manusia.

Qarin ni sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia..
dengan mengajak manusia melakukan kemungkaran..
iaitu dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu..(sama mcm sifat kita ja)

Sahabat sekalian....
jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin..
even nabi dan rasul kita sendiri pun ada qarin...

Maksud qarin di sini ialah SYAITAN (Api-Api)..
yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia..

Di antara qarin dan manusia..
perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan..
manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya..
demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah SAW..

maksud menunggang atau "memperkosa" di sini..
bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda..
tetapi..menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang..
yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat..
Nauzubillah.....

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi..
diantara manusia dan Qarinnya atau dengan syaitan lain..

dan ingatlah bahawa..
hanya manusia yang leka dan sesat sahaja..
yang akan terpedaya dengan qarinnya..
yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya.

Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan...

sesungguhnya QARIN ini "sayang" dgn manusia yang suka dgr cakap dia...
jadi...adakah kita nak dgr ckp Qarin or ikut cara nabi??

Sahabat...
setelah sebulan antum recharge level iman..
jgnlah di"charged" hanya utk ikut pujuk rayu Api-Api ini...
Sedarlah wahai teman...

Kesimpulannya..
antum masih ada 11 bulan utk survive b4 ramadhan kunjung tiba..
jadi sama2lah ambil langkah berjaga-jaga..
takut nanti hilang dek iman dan taqwa ^.^

Sampai sini saja..
Lensa |daie| nak pi kutip duit raya sat..
simpan buat Umrah yg bakal tiba..
insyaAllah..kalau diberi peluang..

"You are a big fish in a small pond..But then..How will you react when you enter the BIG Ocean?"

Yang baik kita amal-amalkan..
Yang buruk kita jauh-jauhkan..
Selamat Beramal ^.^

p/s:
Tarik...jgn x tarik na =)

1 comments:

Fendy said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin.....semoga memberi seribu kegembiraan....selmt hari kemerdekaan juga....

Post a Comment