MAAFKAN AKU..Relakan AKU pergi



Assalamu’alaikum warahmatullahhiwabarakatuh..

Sudah lama aku menyepi tanpa berita..bukan tujuan aku untuk tidak mahu membalas segala msg awak..ada sebab yang perlu awak tahu..moga awak sentiasa dalam jagaanyNya..Aku disini sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirimu..

Awak..

Sudah lama perkenalan kita ini.. sudah masuk tahun ke-2 gayanya..seperti masa itu ku rasa seperti ice cream..yang cair entah tiba-tiba..Tetapi, dalam masa yg begitu mencemburi aku, ingin sahaja aku selesaikan matlamatku secepat mungkin tanpa harus mengorbankan perasaan aku atau dirimu…Tetapi ternyata aku tidak mampu..Seperti yang awak tahu, aku selalu berusaha menjauhkan hatiku darimu, aku selalu bersikap acuh tidak acuh padamu..Saat di depanmu, ingin saja aku larikan diriku..daripada meratapi wajahmu yg tidak halal buat diriku..bukannya aku tidak suka..tetapi aku ada prinsip yang perlu ku pegang sepanjang hidupku didunia ini..

Awak..

Aku tak pernah menyangka bahawa beca yang aku kayuh telah membawaku pada dunia yang penuh fantasi percintaan yang tidak pernah halal disisi Allah..Benarlah kata orang..CINTA ITU BUTA..tetapi kini Aku rasa dunia kita yg sekarang penuh dengan kejahilan dan zina..

Hidup yang aku rasa sekarang adalah kehidupan tanpa watak dan cerita..sangat membosankan..ibarat lagu dan melodi yang tidak dapat dipisahkan..Bila terpisah, habislah ia..Bahkan aku sendiri tidak mengerti, mengapa aku rasa kekosongan hati walaupun sering bersama kamu.

Awak..

Mungkin dulunya sungguh mudah utk aku ucapkan kata-kata Cinta..tetapi kini, aku sedang cuba utk tidak mengulangi lagi kekhilafan masa duluku…yang mana hanya Aku dan DIA sahaja yang tahu..Aku menangis.. dan memohon padaNYa…agar masih diberi ruang dan waktu utk diriku dan dirimu mencari pintu ke Syurga..Bukannya aku tidak Cinta pada kamu..tetapi kau harus faham akan pendirianku ini..

Biarlah jika engkau ingin katakan yang aku ini kejam, aku jahat, aku bodoh..tetapi bagiku..biarlah aku kejam,jahat dan bodoh..daripada aku terus naïf dgn terus melakukan kesalahan lama..dan aku merasa amat bersyukur jikalau selama kau ku kenali..aku tidak pernah melafaskan kata-kata Aku mencintaimu..

Awak..

Mungkin awak akan katakan pada aku..yakni awak takut akan kehilangan aku..tetapi bagi aku..aku percaya pada takdir Allah.. ibarat air dan bumi..manakan jatuhnya air itu kalau tidak ke bumi..kalau benar awak jodoh saya..kita pasti akan ketemu juga..lagipun aku percaya dgn janji-janji Allah..

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Awak,

Pernah diceritakan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W.. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman...

Jika tentang kisah tamar pun Allah mampu pelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita sayang,suka,cintai? Jadi, sebagai daie..aku percaya dgn semua janji-janji Allah..biarlah aku tuai hasil aku hanya bila tiba masanya..tapi utk kali ini..kudrat aku diperlukan dalam menegakkan Islam..

Awak..

Bukan senang nak persiapkan diri dalam menjadi ketua untuk musafir kehidupan yang panjang ini..dan juga tidak mudah untuk menjadi pembantu yang tetap tenang dan istiqamah dalam setiap perkara..tapi aku dan engkau haruslah sentiasa persiapkan diri..Walaupun hatimu ,jiwamu, dan ragamu sakit akan apa yang bakalku bicarakan..aku harap kau mengerti..

Awak..

Cinta itu memang fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau tidak mampu.. Tahanlah nafsu itu..Aku tahu, memang sedih bila tidak dapat bersama orang yang kita cintai, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap-silap kita sendiri yg tawarkan diri masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita..

Cerita indah yang selama ini aku dan engkau yakini bersemi selamanya bakal musnah dek dua kata ini..Jalinan indah bertahun-tahun yang selama ini menjadi tempat berbagi rasa musnah begitu saja oleh dua kata. Hanya oleh dua kata! Bismillaahirrahmanirrahim..

KITA PUTUS........

Moga kau tetap dalam tujuan hidupmu..yakni membawa keluargamu pulang pada landasan yg benar..Aku yang jauh disini sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu..Aku Minta Maaf…

Assalamualaikum wbt

p/s:

Makin Allah syg, Makin besar ujiannya..

12 comments:

Lensa Daie said...

Inilah realiti hidup lensadaie..ramai manusia memilih utk menikmati kehidupan dunia..kalaulah kalian tahu dunia ini hanyalah satu persinggahan..pasti kalian mnggunakan setiap detik waktu utk berbakti pada agama sendiri yakni,ISLAM..
diharapkan luahan hati pemilik lensa dapat mnyedarkan owg2 diluar..akibat lali dalam menjalankan tgjwb yg diamanatkan dimuka bumi ini..wallahualam..

Yang baik itu kita amal-amalkan..
Yang buruk itu kita jauh-jauhkan..
selamat beramal..

Anonymous said...

Alhamdulillah ^^,

"To meet you the heart is keen, but to not meet would be better for my deen"

@Terasa keinginan untuk berjumpa dgnmu, tetapi tidak berjumpa lebih baik buat imanku.

and i would say it is not easy. not easy at all. you need to work hard, mujahadah nafs, keep on praying for Him to help you. but trust me, it's going to be worth it!

All the best!

[am]

uci ulala said...

"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang dingininya itu mengikut jalan yang halal" [Al-Hadith]- Tentang Cinta; Pahrol Mohd Juoi;Telaga Biru;judul 297.5677

moga dpt jd booster dose utk terus bjuang di jalan Allah~

Cik Gee said...

a few people may realize it, but certain would not accept it..

coz gee pon ade experience jumpe dgn lelaki yg xleh terima alasan di atas.. sgt mgecewakan. ape yg lagi mgecewakan ialah kita diclaim sbg org suke tunjuk diri baik..~sigh.

Lensa Daie said...

Am: syukran sahabatku...insyaAllah..haikal masih berusaha dan terus menerus berdoa padaNya..jgn igt am ja nak syurga firdausi..haikal pn..sob3...tpi perjalananku masih panjang..harap Allah permudahkan perjalanan aku, keluargaku, kaum kerabatbu, sahabt2ku, guru2ku dan setrusnya umat islam...amin....

Uci ulala: even those i dont now hwo you are..i noe u ar a good girl..i mean solehah..keep ur good work..n syukran for the Book ya..

Gee: Bukan semua owg dpt menerima pndpt kita..asalkan niat kerana Allah..insyaAllah..Allah permudahkan ia..keep praying..insyaAllah.

khair safwani said...

tahniah sbb berjaye....doakn insan2 yang lain juga mampu mnjadi sprti awk....

Harun Yus said...

nice nice :)

aisyah said...

ALHAMDULILAH.givin me courage too :)

Iman lurv Islam said...

ko tulis sendiri ke?? nak menangis aku bace...sgt2 berguna utk aku membajai kehidupan aku....TQ atas perkongsianmu sahabatku

cintamu kudamba said...

bukan mudah untuk bertahan dengan sebuah prinsip itu..alhamdulillah...enta berjaya melaluinya..

Anonymous said...

alhamdllah..bkan snang utk lpaskan owg yg kte syg..tp janji Allah itu benar..^_^(40:55)

Anonymous said...

alam ya akhi. some people are sent to us as a test. i’m pretty sure you’ve done the very right thing. THIS is islam. letting someone go not because we do not love them, but rather because the relationship is prohibited. I’m proud to have you as my muslim brother. please pray for me as i’m going through the same thing. all i ever wished for is to be in a place where no one knows my name so I could start anew. Alhamdulillah akhi, jiddiyah yang teguh. alhamdulillah….

Post a Comment