Mungkinkah yg Terakhir..


Assalamualaikum wbt
Sihat2 belake sahabat2 ana ni bila blh bukak blog na =)

Alhamdulillah...
segala puji setinggi-tingginya buat mu ya rabbi
tanpa keizinanMu..tidak lah kami dapat bertemu lagi..

Hmmmm...
malam ni terasa agak terkilan..hati jadi sebak, sedih, sayu..
walhal ana sepatutnya gembira dek hari raya yg bakal kunjung tiba dalam berapa hari ja lagi..
Terasa sedih kerana terpaksa meninggalkan ramadhan tahun ni..

hatiku menjadi sebak..kerana..
belum tentu aku dapat merasai nikmat ini lagi..
nyawaku mungkin bakal diangkat esok, lusa atau bila-bila sahaja..
aku rindu ke masjid utk menunaikan solat terawih
rindu untuk mendengar alunan wirid
rindu untuk bertadarus bersama medical team
segala-galanya indah sehingga tidak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata
sesungguhnya ramadhan kali ini memberi seribu makna buatku

betul lah kata orang..
apabila usia sudah makin "terlanjur" tua..
kita semakin "mengerti" dengan setiap apa yang kita lakukan

setiap amalan yang kita lakukan..
bukanlah sekadar untuk mengisi masa "lapang"..
tetapi sebagai suatu permulaan yang baru..
sebagai hamba Allah yang sentiasa ingin mendekati Nya..

Ya Allah..
andai ini ramadhan yang terakhir buat diriku
aku betul-betul berasa sedih..
kerana selama 20 tahun hidupku ini
baru ku dpt merasai betapa manisnnya ramadhan ini

Ya Allah..
andai aku diberi peluang sekali lagi..
ingin aku ketemu lagi dengan ramadhanMu ya Allah..
berilah hambamu peluang sekali lagi..
agar bisa untuk aku merasai kemanisannya =(

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar


Syukurku pada-Mu Ya Allah atas segala nikmat yang telah aku terima dan nikmat yang akan datang esok, lusa, dan nanti. Nikmatmu yang tak putus-putus merupakan bentuk kasih sayang-Mu Ya Allah. Dan ampunilah segala dosa yang melekat pada diriku ini. Di bulan Ramadhan ini, aku memohon ampunan-Mu…

Yang baik kita amal-amalkan..
Yang buruk kita jauh-jauhkan..
Selamat Beramal..

p/s:
Rasa2 antum dah sedia ka nak tinggalkan ramadhan kali ini ?

2 comments:

Lensa Daie said...

Assalamualaikum wbt...
Ana ingin mohon atas terlanjur bicara...
yg dimaksudkan dgn manisnya ramadhan kali ini..
is based on ape yg ana target utk ramadhan kali ini...
bukanlah manisnya seperti mana manisnya iman..
perjalanan seorg daie seperti masih jauh utk merasai "kemanisan" ramadhan ini...
Harap antum x salah tafsir..kerana ramai kawan2 ana yg ucap tahniah atas keterlanjuran bahasa itu..
harap dimaafkan...wallahualam

Anonymous said...

salam,pdhl bl0g dye,,btw,,u r hmble guy :)) gud lUck :)

Post a Comment