Saya bakal penarik beca..


Assalamualaikum wbt..

Sahabat sekalian sehat?
moga shbt semuanya dalam rahmatnya..insyaAllah..ini kisah ana...jadi ana hanya ingin berkongsi..

Pada satu tika matahari betul2 di bawah kepala..
waktu itu terik matahari, membuat diri sungguh dahaga..
tiba-tiba,ana terpandang seorg pakcik tua..
bersama pembonceng beca yg berbadan besar
bersusah payah menarik becanya..
menaiki bukit besar dihujung sana..
Percikan peluh kelihatan diserata baju-T pakcik itu..
dan kekadang, dikipas2 badannya utk melegakan seketika kepenatan menarik beca..
Tiba2 hati ana tersentuh..
permata2 jernih jatuh tersungkur ke bumi Allah..
terasa..diri ini x mampu jadi sekuat pakcik itu..
yang sanggup memerah keringat,utk mencari rezeki..
buat isteri dan anak2 di rumah sana..

Serta merta dalam hati ana..ana ingin menjadi penarik beca..
Ya,bakal penarik beca..ana tanpa segan silu ingin mengatakan ana bakal penarik beca..
bagi ana ia bukanlah kerja hina..ana mulai suka akan pekerjaan ni..

Sahabat sekalian...
Ramai org tahu yg tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu..
tapi, masih ramai yg x mau libatkan diri dalam berdakwah atas sebab2 tertentu.
Antara sebab2 yg sering timbul ialah terasa diri ni tidak cukup sempurna, x cukup ilmu, takut owg cakap bajet baek n alim etc..

Apabila umat islam itu sendiri merasa amalannya belum cukup mantap dan diri masih dalam zaman jahiliah..ada yg ambil keputusan utk x mau amalkan amal makruf nahi mungkar.

Diceritakan yg apabila Abu Dzar ra.mendapat Islam, beliau terus menyampaikan Islam sehingga beliau dipukul oleh kaum Musyrikin di Mekah..

Sahabat, Abu Dzar baru dapat islam, tpi dah terus menyampaikan islam...
Yang kita ni..dari kecil..sehingga sekrang xkan x ckup?
cuba tnya diri sendri balik...

Didlm Surah Al-Asr (103:1-3)
وَالعَصرِِ
إِنَّ الإِنسٰنَ لَفى خُسرٍِ
إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّبرِِ

  • Demi masa.
  • Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
  • Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”.

‘Berpesan-pesan dengan kebenaran’ bermakna melakukan ‘amal maaruf nahi mungkar’ yakni melakukan da’wah kepada org2 bukan Islam sambil melakukan Islah sesama org2Islam. Ayat ini dah jelas menunjukkan tgjwb melakukan dakwah bukan hanya tugas pak ustaz, pak imam atau Jabatan Agama ja.. tapi adalah tgjwb setiap orang Islam..

Sahabat...
Lain owg, lain ragamnya..begitu juga dgn ilmu seseorg itu..mesti berbezakan..jadi Islam mengaku dgn kemampuan setiap individu adalah berbeza..

Justeru nabi bersabda:

"Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdayahendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah- lemah iman."
(HR Muslim)

Kesimpulannya..penarik beca ini adalah insan yg sanggup berdakwah..berdakwah ni ibarat mendaki Gunung..disamping ditambahkan dgn beban seperti berat pembonceng itu..
pada akhirnya..akan ada ganjaran utk penat lelah itu..

Yang baik itu kita amal-amalkan,
yang buruk kita jauh-jauhkan,
Selamat beramal..

ballighu 'anni walau aayah...sampaikan pesananku walaupn sepotong ayat..

p/s:
Ana bakal penarik beca..siapa nak jadi pembonceng? ^.^

2 comments:

sarah zainalputeh said...

eik, dah nak cari pembonceng ke?
upgrade dulu skill bawak beca, baru pembonceng rasa selamat nak naik. masa tu takyah cari siapa yg nak naik, iAllah semua berebut nak naik.

[sarcastic]

Lensa Daie said...

Am..
emm..dok gitu lagi..
tgh belejar..sedikit demi sdkit..
insyaAllah..sampai satu masa haikal akan jadi penarik beca tu..
Moga Allah permudahkan..

Post a Comment