Bukan ITU, tapi ATAS


Assalamualaikum wbt...bersyukur kepada hadrat ilahi...dengan limpah kurniaNya..dapat lagi ana berkongsi serba sedikit ilmu bersama antum dan antunna..moga Allah redha dengan segala usaha kita dalam men"islahkan" diri kita..insyaAllah..

Alhamdulillah..sebelum kita meneruskan pembacaan dalam blog ana...diharapkan antum dan antunna mengulang kaji semula pemahaman hadis rukun islam..beserta dgn rukun islam..

Alhamdulillah, rasanya antum dan antunna pun sudah sedia mental dan fizikal...utk meneruskan pembacaan pada entry kali ini...insyaAllah...

......................................................................................................

Sahabat...
Dalam sebuah empayar yang luas jajahannya dan besar kuasanya, terdapat
2 orang kontraktor.. Mereka diberi tugasan untuk menyiapkan sebuah
binaan yang melambangkan keagungan empayar mereka dalam tempoh yang
ditetapkan oleh pemerintah tertinggi.. Siapa yang terbaik binaannya
berhasil mendapat ganjaran terbaik..

Masing-masing mula bekerja.. Setelah beberapa bulan, binaan mereka selesai dan siap untuk diperiksa.. Pemerintah mula memeriksa..

Kontraktor pertama membina sebuah bangunan yang cantik tersergam..
menepati ciri-ciri yang diingini.
Kontraktor kedua menyiapkan 5 lapis batu asas yang sangat kukuh dan kemas..
dengan tambahan cat pelbagai warna..
tapi di atasnya kosong. Langsung tidak ada dinding ataubumbung..

Si pemerintah berkata,

"Batu asas yang kamu bina ini sangat kuat dan cantik, tapi mana pergi
bangunan di atasnya?"

Kontraktor pun menjawab dengan yakin, "Bagi saya, membina batu asas
yang begitu kuat lagi indah inilah lambang kehebatan empayar kita.."

Tamat pemeriksaan, pemerintah itu memberi yang setimpal atas apa yang diusahakan..
Sagu hati kepada kontraktor kedua yang membina batu asas
itu sebagai menghargai penat lelahnya membina batu asas yang sangat kukuh..
dan menghadiahkan ganjaran terbaik kepada kontraktor pertama..
di mana bangunannya melambangkan keagungan empayar..

_t_a_m_a_t___a_n_a_l_o_g_i_

empayar hebat = Islam
pemerintah = Allah
kontraktor 1 = muslim yg islamnya syumul merangkumi seluruh hidup
kontraktor 2 = muslim yg hanya menunaikan 5 rukun islam sahaja.

Sahabat..
Gambaran contoh di atas menyamai orang islam yang mengatakan..

"Aku dah mengucap syahadah, solat, puasa, zakat dan buat haji..
cukup la tu sebagai seorang Islam.."
Islam itu lima rukun dan lima rukun itu Islam..
cukup dengan mengamalkan 5 asas Islam yang utama adalah memadai sebagai seorang
muslim, adalah tanggapan yang dibauri salah faham..
Satu sabda rasul saw yang cukup dikenali,

Abu Abdurrahman Abdullah bin Umar bin Khattab ra berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda..

"Islam didirikan atas lima (rukun), penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan ibadah haji dan berpuasa Ramadhan"
[ hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]

rukun = tapak = batu asas

Penelitian kepada maksud hadis di atas, iaitu pada awal lafaz sabda Rasulullah saw
"Islam DIDIRIKAN ATAS lima..", bukan "islam ITU lima.."..
Mengucap dua kalimah syahadah, solat, zakat, puasa Ramadhan dan haji hanyalah batu asas dalam agama Allah. Terbinanya di atas asas tersebut ialah..
bangunan Islam yang merangkumi keseluruhan hidup..
Akhlak mulia, taat ibu bapa, menutup aurat, ukhuwwah islamiyyah, dakwah, dan jihad sebagai puncak tertinggi dalam binaan Islam, sebagai contoh..

Praktikal sebagai muslim memerlukan pemahaman segenap erti mengapa
Islam diutuskan menyeluruhi kehidupan manusia, tanpa tertinggal satu
aspek pun, termasuk sekecil-kecil perkara.

Masa-masa yang berlalu adalah petanda menghampiri kiamat kecil..
sebelum kiamat besar bagi muslim, iaitu mati..
Maksud hikmah daripada Imam Hassan al-Banna,

"Kewajiban lebih banyak daripada masa yang ada"

Dalam menghadapi waktu kita yang semakin singkat, pendek dan tidak
akan diulang, wajarkah kita sekadar membina batu asas Islam sahaja?

Andai kata kita berpeluang menyertai pertandingan melukis dalam masa yang ditetapkan.. adakah kita hanya mengharapkan sagu hati??
ataupun ingin menjuarai pertandingan sebagai johan??
Fitrah kita akan mengatakan tidak kepada sagu hati..
bahkan ingin mendapat tempat pertama..
dan akan membuat yang terbaik..
untuk menjadikannya realiti..

Hidup ini, ianya perlumbaan untuk mempertingkat dan memperbanyak amalan kerana Allah swt dalam masa yang terhad, sebelum maut menjemput..
Maksud firman Allah swt..
A032

" Kemudian Kitab (alQuran) itu kami wariskan kepada yang terpilih diantara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada yang pertengahan dan ada (pula) yang lebih dahulu [berlumba] berbuat kebaikan* dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang besar" [ Faatir 35 : 32 ]

Sahabat..
Ada *3 golongan manusia di dalam perlumbaan hidup ini..

1) "menzalimi diri sendiri" ialah orang yang lebih banyak kesalahannya
daripada kebaikannya,

2) "pertengahan" ialah orang yang sama kebaikannya dengan kesalahannya,

3) "orang yang lebih dahulu berbuat kebaikan" ialah orang-orang yang
kebaikannya sangat banyak dan sangat jarang berbuat kesalahan.


Pilihan di tangan kita untuk menjadi orang yang biasa-biasa..
atau orang yang luar biasa yang sentiasa menjuarai dalam mempersembah amalan kepada-Nya.

Maksud kata-kata Ibnu Taimiyyah tentang pengertian ibadah,

"Satu nama yang merangkumi setiap perkara yang disukai Allah dan diredhai-Nya, dari segi perbuatan dan perkataan"

Jadi, cantikkan bangunan Islam kita dengan praktikal yang menyeluruh..
dalam setiap perkara sebagai ibadah, dan tidak mensia-siakan..
apa yang dilakukan tanpa niat yang ikhlas kerana Allah..

wallahu a'lam..

Yang baik kita amal-amalkan..
Yang buruk kita jauh-jauhkan..
Selamat beramal.. =)

p/s:
Binalah batu asas yg benar-benar kukuh..agar bangunan itu tidak bergoyang ketika digoncang..

2 comments:

Anonymous said...

semoga Allah memberi ana dan seluruh kaum muslimin kekuatan dalam mengamalkan segala perintah-Nya..

Anonymous said...

nice entry :)

Post a Comment