Colour Of life




Assalamualaikum wbt pembuka bicara..
perjalanan Lensa Daie dimulakan dengan langkah Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...
Diri ini telah diberikan peluang sekali lagi..
buat merungkap sedikit kata-kata..
untuk pedoman bagi yang "menonton" kisah hidup seorang manusia..

Seorang manusia yang menggunakan Lensa dan Pena..
lensa buat mencari makna disebalik gambar..
dan pena yang dapat berkata-kata di alam maya..
dalam misi mengenali erti kehidupan sebenar...

Kisah kehidupan Pemilik Lensa..
diteruskan dalam bentuk bersiri...
Mungkin ini siri yang terakhir..
dan mungkin diteruskan dengan siri seterusnya..

kerana Malaikat Maut sentiasa disisi..
menunggu tibanya kepulangan anak Adam..
utk dilangsaikan segala hutang dunia..

Alhamdulillah..

Pertama kalinya...
mari kita sama-sama panjatkan kesyukuran pada Allah..
atas segala nikmat yang masih dicurahkan pada diri kita..

sejujurnya..
diri ini tidak layak untuk menerima anugerah "nikmat" yang sebegini..
tetapi disebabkan kasihnya sang pencipta pada diri ana..
diteruskan jua nikmat yang melimpah-limpah..
agar mendidik diri ini tetap bersyukur padaNya...

Itulah bukti Cinta Allah pada hambanya...


Cinta...
sesuatu yang sangat sinonim dengan remaja kini...

kerana Cinta..
hidup manusia berubah sekelip mata...

tak perlu ana rungkaikan dengan kata-kata..
bagaimana berubahnya manusia..
kerana nikmat pancaindera yang diberikan oleh pencipta...
boleh diguna utk menilai sendiri "keseronokan" dunia..

Sahabatku..
ada tikanya..

Cinta yang dirasakan "Halal"
menjadi bubur..
tanpa rasa dan warna...
walaupun diletakkan seguni gula di dalamnya..
ditambah pula pewarna yang menarik deria rasa..
tetap yang keluar adalah tawar "hebar"...

sahabatku...
Kekadang cinta yang kita kejar...

hari ke hari semakin basi...
basi ditelan masa...
basi ditelan zaman...
basi ditelan arus kejahilan..

dan itulah antara buktinya...
bukti betapa manusia tak serik mengejar cinta..
Cinta bernama DUNIA


Adakah cinta Sang Pencipta itu bakal Basi??
seperti basinya cinta terhadap isi DUNIA ??


Sahabatku..
rasanya tidak perlu ana rungkaikan segala persoalan..
dengan jawapan atau kata-kata yang membosankan antum/nna semua..

Ana manusia..
antum manusia...
Antunna manusia..
Kita semua Sama sahaja...

mari gunakan "nikmat" yang ada...dan kita mula BERFIKIR
wallahualam...

Yang baik kita amal-amalkan..
yang buruk kita jauh-jauhkan..
Selamat Beramal...



p/s:
Moga dipermudahkan diri ini..
dalam menggunakan nikmat yang ada...
dalam Kehidupan yang "sebenar"..
Saat antum/nna baca ayat terakhir ini..
ianya telah menjadi sejarah..
Majulah sahabat-sahabatku..jangan kita lengahkan masa...

2 comments:

perhiasan said...

Maha berkuasa Allah boleh membolak balikkan hati seseorang dalam sekelip mata. Alhamdulillah tersedar selepas Allah bolakbalikkan hati ini, syukur!!berharap dapat kembali ke jalanNya, kerana banyak masa yang telah siasia. kali ini, cinta pada Allah, ingin cinta kepada hamba yang mencintaiNya,kerana ingin mencari cinta dariNya. terima kasih atas entry yang banyak berpesan.

Lensa Daie said...

Harap enta/enti berjumpa dengan hamba yang mencintaiNya...InsyaAllah..Teruskan berfikir..wallahualam..

Post a Comment