Impian: Moga jadi kenyataan


Terima kasih ustaz...
atas "Pujian" yang menusuk qalbu itu...
hingga kadang-kadang rasa tak layak diri ini utk bergelar lensa DAIE...

Udah selesai kelas "IQRA" bersama ustaz Wan..
memang terjelas diri ini masih jauh dari title "daie" itu..

Ya Allah...
Aku bersyukur atas segala perancangan yang telah kau aturkan ini...
Aku berjanji akan cuba untuk tunaikan janjiku...

InsyaAllah..
dalam masa 5 tahun ini...
Aku akan cuba utk membentuk diri yang lebih baik dari sebelum aku menjejak ke sini...
Moga Kau permudahkan perjalananku...

Aku akan terus cuba, cuba dan mencuba...
sehingga aku berjaya...

Kerana aku yakin.."Dakwah" ini yang menyebabkan aku masih berada disini..

Mohon doa dari sahabat-sahabatku...
wallahualam...

Assalamualaikum wbt..

p/s:
Harap langkahku benar dan tepat..
Terima kasih ustaz, terima kasih ALLah !

1 comments:

perhiasan said...

kebanyakan orang bila ditimpa musibah,mati kutu, menganggap, inilah takdir Allah, kita tak mampu melawannya.tapi bila mendapat kesenangan, kekayaan, ramai yang berpendapat "tak sia sia berkerja keras bersengkang mata, ini semua kerja keras aku" tak ramai yang berkata "ini takdir Allah yang takmampu aku melawannya" betul tak. sekadar berkongsi. :) bila kita cuba untuk mengubah nasib kita, dengan niat yang betul, insyaAllah kita akan mendapat bantuan Allah, tapi kita kena berusaha kan. semoga kita dimasukkan dalam golongan yang bersyukur. melangkahlah dengan LILLAHITA'ALA. ASSALAMUALAIKUM

Post a Comment