Maaf!! Aku TIDAK suka menunggu!




Assalamualaikum wbt..
Apa khabar antum/nna semua?
Semoga terus berada dalam rahmat Allah SWT.

Alhamdulillah..
kali ni sekadar ingin berkongsi..
pengalaman diri di hospital sebentar tadi.. (too bad, D90 tercicir di bilik)

Penantian itu satu penyeksaan!

Ya, memang!
Penantian itu menyeksakan!
lagi memenatkan !


Operator : 0020, kaunter 3
Lensa : "pegang no 0151".. ( Allah, lamanya =.=" )


Tatkala badan ini "setia" menunggu..
utk dibuat "pemeriksaan" dan diberikan "rawatan"..

"Akal kecil" ini mula berlegar-legar..
berlegar-legar di alam fantasi...
alam yang penuh dengan mimpi-mimpi..
yang mungkin dikecapi suatu hari nanti...
InsyaALlah...

Hati lensa ini "mengidam"..

jikalaulah diri ini..
diberi layanan istimewa...
berlenggang-lenggok ke kaunter daftar...
lalu dilakukan segala procedure sehingga selesai..
dan terus berlalu pergi dari hospital...

MasyaAllah...
Tingginya "angan-angan" si Lensa daie ni.. ^.^

Sahabatku yg disayangi..

Dengan masa yg terlalu "berada"..
dibukanya teratak coklat bernama "Al-Furqan"...
diselak-selak lembaran suci itu..
utk "makanan" si hati yg lapar ini..


A014

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [3:14]


Sahabat..
Antum lihatlah sendiri...
antum nilailah sendiri..

Diri Si Lensa ni..
masih lagi bermaharajakan Al-hawa' (nafsu) !

Sedangkan Maimun bin Mahran rahimahullah..
seorang ahli hadis yang thiqah (yg menundukkan pandanganya)..
pernah berteriak..

“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam !!”



A086

Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. [2:89]

Ya Allah...
dek kerana beberapa ayat ini...
macam kena "tendangan" kencang ja..
Kau ampunilah dosa hambuMu ini.. =(

Alhamdulillah..
Aku bersyukur atas nikmat Islam yang tak putus-putus ini..
nikmat yg tak mampu diberi oleh mana-mana manusia...
moga aku masih lagi tergolong dalam manusia yg bersyukur..
dan ana pun harap antum/nna pun sebegitu jua..
InsyaALlah..

Sahabatku...
nukilan diatas sekadar mukadimah...
utk beri "sedikit" perasaan..
pada diri yang makin "RAKUS"..
RAKUS melayan kerenah anak manja...
anak manja bernama "al-hawa"

Sahabatku...
Tinggi dan mulianya seseorang manusia itu..
bukanlah diukur pada kekayaan, pangkat atau keturunan yang dimiliki..
akan tetapi ianya diukur dari sudut ketakwaannya kepada Allah SWT ..
disamping dilihat pada kesucian hatinya yang "bebas" daripada segala sifat mazmumah..

Rasulullah s.a.w. menjelaskan perkara ini ketika ditanya oleh seorang sahabat..

"Wahai Rasulullah s.a.w. siapakah manusia yang terbaik ?" jawab baginda S.A.W orang mukmin yang bersih hatinya..tanya sahabat lagi "apakah maksud orang yang bersih hatinya itu? ‘ jawab baginda S.A.W. ialah yang bertakwa, bersih yakni tidak ada kederhakaan, pengkhianatan , dendam dan kedengkian '
[Riwayat Ibnu Majjah]

Sahabatku...

Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya..
akan mudah dihinggapi penyakit hati..
dek kerana penyakit ini muncul dari dorongan al-hawa..
al-hawa yang jahat..
tambah-tambah lagi..
ianya hasil dari godaan syaitan..
yang sentiasa ingin menyesatkan manusia !!
Nauzubillah...

Saudara-saudariku...
jangan "set in mind" yang Islam itu berat..
kerana sesungguhnya Islam itu ringan..
bahkan Allah itu kasih sayangNya luas.

Jadi..
Sama-samalah kita lihat kembali keadaan kita...
Mari persoalkan pada jiwa-jiwa kita....
apakah kita telah bergerak dan berusaha bersungguh-sungguh menjadi hambaNya??

Memang !
Memang ramai yang beri alasan ianya sukar !

Dan memang ternyata..
jawapannya memang jalan menjadi hambaNya ini sangat sukar.

Akan tetapi !!
Apakah kita hanya ingin menjadi pemberi alasan, dan bukannya pemberi jawapan ??

Maka..
Kalau benar kita mahukan jalan mudah utk ke syurga..
tanpa perlunya "pemeriksaan" dan "no giliran"..

Berubahlah!!

Bangkitlah!!

Majulah!!


Persoalannya sekarang..

adakah kita telah mula bergerak menuju rahmat Allah yang luas itu??
atau kita sekadar berpeluk tubuh! alpa ! dan leka !
dan akhirnya membiarkan diri kita kekal binasa??

Kesimpulannya...
Marilah sama-sama kita melihat kembali kehidupan ini..
Bermulalah kita mengubah diri..

Mari Menjadi Hamba!

Yang baik kita amal-amalkan..
Yang buruk kita jauh-jauhkan..
Selamat Beramal ^.^

p/s:
Alhamdulillah..syukur atas nikmat kesihatan yg masih Allah beri..
ana "terselamat" dari TB..jzkk atas sahabat-sahabat yg terus mendoakan kesihatan ana..
moga Allah balas jasa antum/nna semua...amin..

2 comments:

perhiasan said...

assalamualaikum, sekadar ingin berkongsi satu kajian yang diceritakan oleh seorang guru tak lama dulu. (maaf, masih mencari tentang hal ini), tetapi kajiannya amat menarik 'prosedur'nya, begini.
'eksperimen' ini dilakukan terhadap beberapa kanakkanak yang masih kecil. mereka diberikan sekeping biskut dan diletakkan syarat.syaratnya jika mereka menunggu selama 15minit tanpa memakan biskut yang satu itu tadi, mereka akan mendapat ganjaran biskut yag lebih banyak.jadi apabila 15 minit itu selesai, didapati ramai antara mereka yang telah menghabiskan biskut kerana 15minit itu dianggap lama.hanya beberapa orang yang masih menunggu tanpa memakan biskut yang satu tadi.
years later, setelah semua kanakkanak tersebut dewasa, didapati kanakkanak yang memakan biskut sebelum 15 minit tamat, kurang berjaya dalam hidup.dan kanakkanak yang tak menyentuh biskut dan menanti sehingga 15minit berlalu,menjadi orang yang berjaya dalam kerjaya dan hidupnya.harap fham dengan apa yang ingin disampaikan. untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, kita MESTI bersabar. manusia yang berdoa berkehendakkan HIDAYAH dari Allah juga, takkan mendapatkannya hanya dengan sekali berdoa. setuju? ^-^
diakui, sebagai manusia, memang diri ini sendiri kadangkadang terasa 'panas' apabila harus menunggu lama, tetapi bila ad insiden 'meunggu lama' macam ni, akal ini selalu teringatkan kisah kanaknkanak dan biskut tadi, dan hati pula akan mencabar diri. 'kalau boleh menunggu sehingga selesai, pasti kamu akan dapat 'sesuatu' yang berguna lepas ni' biarlah walau hanya mendapat 'pengalaman' dengan harapan kita mendapat keredhaanNya.
ingatlah, ibu kita juga pernah menunggu 9 bulan untuk menyambut kelahiran anak yang dikasihi.bila kita berdoa memohon pertolongan, atau dimurahkan rezeki pun, mungkin sekarang kita belum nampak hasil doa, kerana Allah s.w.t tu Dia nak hambahambanya merintih,mengadu dan 'bersembang' denganNya selalu,bila masa kedepannya pula, bila tiba masa Dia memberi, Dia akan bagi lebih dari apa yang kita minta.inshaAllah.. assalamualaikum, sahabat.salam perkongsian :) entry yang bagus, dan Alhamdulillah dikurniakan kesihatan badan.

Lensa Daie said...

waalaikumussalam wbt..
pendapat yang dpt diterima akal.. =)
terima kasih atas perkongsian..

Pasal eksperimen budak-budak itu..mmg menarik kalau kita "masukkan" dalam kehidupan seharian kita..

Memang penantian itu satu penyeksaan..sebab itu ana ajak sahabat2 yang pernah melalui saat "penantian"..utk cuba ubah diri dgn melakukan perkara yang berfaedah...bukannya dgn perkara lagha..

terima kasih juga buat perhiasan...moga dapat lagi kongsi sedikit ilmu dgn lensadaie..yang sememangnya cetek dgn ilmu agama..moga Allah redha...wallahualam..

Post a Comment