Angry bird pun nak jadi Daie ^.^




Assalamualaikum wbt..

Rasanya diri ini..
masih berpeluang..
utk mengucapkan salam eidul adha..

Post kali ini...
ana ingin berkongsi cerita yang ana dapat dari FB..
just ana "edit" mengikut bahasa Lensa Daie..
jadi..jangan terkejut kalau antum/nna terbaca entry ini ^.^

Angry Birds

Game ni antara yang paling "legend" sekarang..
tak kira umur...
tak kira bangsa..
tak kira agama..
semuanya pasti tertarik...

Tak percaya??
cuba tgk sekeliling..
adik antum/nna yang "asyik" pakai baju angry bird..
antum/nna yang asyik main dalam Hp..
malah ana sendiri pun baru cuba game ni (tu pun lepas baca artikle ni la)..
mmg best..sampai lagha kejap..huhu

Kejap..
kita berhenti main dulu..
kita berehat kejap..
fikir-fikir kejap..
tanya-tanya pada diri sendiri..

kenapa mesti angry bird??
apa yang best sangat dengan game ni?

Padahalnya..
game ni simple ja..
game yang berkaitan dgn burung-burung yg marah..
marah kepada babi-babi berwarna hijau..
yang mencuri telur mereka..

Sedar tak kita??
jawapannya senang..
kerana ianya dipenuhi dengan nilai-nilai..
dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

Apakah nilai-nilai & prinsip-prinsip tersebut??


1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

ini antara ciri yang paling power..
sebab burung-burung yang marah tu..
semuanya sanggup berkorban..
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka..
untuk mencapai matlamat mereka..
dgn menghapuskan babi-babi hijau..
yang suka tersengih jika masih hidup..

Sahabat..
mungkin yang merah, biru dan hijau..
hanya sanggup mencederakan diri sendiri..
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih??

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!!
yang putih pula? sanggup mengorbankan anaknya!!

ini bukanlah satu pengorbanan yang senang..
menghantar anak yang masih dalam telur..
ke medan jihad..

segala-galanya..
untuk mencapai satu matlamat..
me"lerai"kan tembok-tembok jahiliyah..
menghapuskan babi-babi hijau..
terutamanya ketua mereka..
yang memakai mahkota emas

A111
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."(At-Taubah 9:111)


2) Amal Jamaie

Sahabat..
dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah..
yang begitu kukuh bak kereta kebal....
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan..
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkanny..
jika bertindak secara berseorangan..

maka mereka bersatu..
bersatu tenaga mereka..
bertindak secara berjemaah..
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu..

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

Dah ada team nak meroboh..
tapi adakah "burung-burung" ni main langgar je??
siapa yang serang dahulu dan kemudiannya??

Tidakkah mereka sedar..
setiap burung mempunyai kemampuan..
dan semangat pengorbanan yang berbeza..

setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza..
jadi dalam game ni..
mereka susun yang mana pergi dahulu dan kemudian..
kenapa mereka buat macam tu??

sebab Saidina Ali pernah mengatakan..
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)


Tapi bagaimana pula cara diorang susun "siapa pergi dahulu" ??
diorang susun dengan menilai..
cara yang paling muntij dan cepat..
untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu..

maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza..
berfokus kepada kelebihannya..

yang reti potong kayu pergi serang kayu..
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu..

dan menjadi tanggungjawab kita pula..
sebagai qiyadah (ketua) mereka..
untuk detect..
apakah kelemahan musuh kita..

Dan dengan segala kekuatan..
serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza..
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi..
untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi..
dengan tenaga yang paling sikit..
dan masa yang paling cepat..


5) Taat


Sebagai qiyadah(ketua)..
perkara yang paling menyenangkan hati kita..
dan meneruskan semangat kita untuk berjuang..
adalah kalau kita suruh burung-burung itu..
menyerang ke atas..
maka dia akan pergi ke atas..
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan..

sama juga dengan kita..
kalau ketua cakap A, buatlah A..
janganlah gatal-gatal buat B..
nanti rosak Plan A..
tergadai plan B..
terpaksa buat plan C pula..
kan haru biru lagu tu..


6) Ukhuwah

lastly..
kita kena faham bahawa ukhwah..
antara burung-burung yang marah itu..
sangat kuat dan jitu..
bak "ionic bond"..

dan itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang..
mereka sedih dan marah..
apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya..
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka..
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara..

seperti mana kita umat Islam bersaudara..
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita..
kita turut merasakan penderitaannya..
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita..
daripada musuh yang nampak di dunia..
dan juga musuh yang tidak nampak..

Sahabatku..
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu..
adalah berteraskan dakwah kasih sayang..
kerana cinta kita hanyalah kepada Islam dan Umat Islam..

Sahabatku..
tidak akan wujud game "Angry Birds"..
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka..

begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam..
malahan mustahil akan menang gerakan Islam..
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam..


A001
A002
A003
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"(An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah teman seperjuanganku..
pertolongan Allah tidak akan datang..
jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam..
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna..

Sahabatku..
semua yang antum/nna baca tadi..
adalah pengajaran daripada Angry Birds..
tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat..

iaitu jika kita melihat dunia ini..
dengan perspektif Islam yang jernih..
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza..
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya..
sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

Akhir Kata...
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"


Yang baik itu kita amal-amalkan..
yang buruk itu kita jauh-jauhkan..
Selamat beramal ^.^


p/s:
Lepas ni boleh sambung main game "Angry Bird"..
tapi bukan versi MAYA...
tetapi versi REALITI.. ^.^

entry asal ialah dari sini :
http://www.izzuddinyussof.com/2011/10/angry-birds-dari-perspektif-dakwah-dan.html

3 comments:

uci ulala said...

subhanallah!!
bru hr ni sy memandang angry birds dlm perspektif yg brbeza walaupun dh lama hbis smua level game ni... =(((
huhu mmg tahu main je, tp xbrfikir langsung.. =( *sigh*

terima kasih lensa daie ats post ni..sgt2 berguna..T_T
~totally good!! pop up in ma head~
Semoga kita smua mampu meneruskan prjuangan ini di alam realiti, amin.

*skdr perkongsian= prkara yg paling yahudi geruni adalah bilangan umat islam solat subuh berjemaah menyamai bilangan umat islam solat jumaat [sumber=beduk diketuk, Pahrol Mohd Juoi].

Anonymous said...

salam, pemilik lensa. ana tak pernah teringin main angry birds wlpn sepupu kecik ana dah pro dah main. terima kasih atas perkongsian ini.:) ana mohon untuk sebarkan di website ana. moga ini dapat membantu kita sebarkan da'wah dan ukhuwah sesama kita. :)

Pemilik Lensa said...

w'salam wbt..
dipersilakan ya akhi/ukhti...
tak rugi pun ilmu ni kalau dikongsi bersama ..
teruskan berkongsi...
utk kebaikkan bersama ^.^

Post a Comment