Hidup adalah DAKWAH..

credit to deviantart

Assalamualaikum wbt..

ana bikhair..wa antum/nna?
Ana harap antum/nna masih dalam mood: iman yang mantop
insyaAllah..

Sahabat..
Jejari ini ingin saja menaip sepatah dua kata..
tetapi apa akan daya..
terpaksa dikorbankan masa menulis itu..
untuk fokus pada assignment, dokumentary dan Exam yang usah selesai..
Alhamdulillah..

Jadi..
seribu kemaafan dipinta..
andai ada sahabat-sahabat..
yang merasakan ana "lari"..
dari tanggungjawab sebagai bakal daie..

InsyaAllah..
kali ini..
ana ingin berkongsi..
berkongsi pengalaman Daurah..
yang sempat ana ikuti..
sepanjang "kesepian" ana dari Blog Lensadaie.

secebis rasa..
secubit kenangan..
segenggam perasan..
semuanya akan ana ceritakan dalam entry kali ini..
harap antum/nna dalam sama-sama hayati isi hati entry kali ini..
insyaAllah..

Peringatan buat antum/nna...
entry kali ini lebih panjang dari biasa..
dan ianya bukanlah berbentuk paksaan..
tetapi lebih kepada memberi ruang..
pada diri bernama KITA..
agar dapat berfikir dan terus berfikir..

Sahabatku..
Manusia itu dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah..
Pengabdian yang tulus murni lagi benar..
yang menjadi tuntutan bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat..

Pernahkah kita tersedar...
Setiap kali solat dan azan berkumandang..
sering di"perulangkan" ayat syahadah ini..

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah

Yang menjadi persolan sekarang ini..
adakah cukup pada diri kita..
dengan sekadar melafazkan SYAHADAH ???
diri kita "confirm" masuk syurga??

Sahabatku...
ana ambil contoh pilihan raya..
dimana calon yang bertanding..
akan "mewawarkan" memorandum pada rakyat jelata..
jadi apabila menang..DIA perlu tunaikan janji yang dia taburkan..

kalau seorang pemimpin sendiri pun perlu tunaikan janjinya pada rakyat..
inikan pula kita..seorang HAMBA..yang HINA..pada Allah SWT..

jadi..
ingin ditekankan disini..bahawasanya..
Syahadah itu bukanlah sekadar "kata-kata kosong"..
tetapi ianya perlu dibuktikan dengan amal..

Sahabat..
apabila seseorang itu menyaksikan bahawa..
tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah..
maka dia telah meyakini kebenaran itu..
dan perlu bertindak sebagai saksi..
untuk menyatakan kebenaran yang telah diungkapkan..

kerana tanggungjawab KITA ini..
tidak akan terlaksana hanya dengan..
  • menyatakan keimanan kepada Allah
  • para malaikat
  • kitab-kitab
  • para rasul
  • hari akhirat…
  • Melaksanakan solat,
  • puasa, zakat dan haji..dan
  • Melaksanakan undang-undang syarak dalam urusan peribadi
HAK syahadah ini..
perlu dilaksanakan dengan cara..
KITA menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia..
Agar disana kelak tidak akan ada "saksi-saksi" yang memperlahankan proses ke SYURGA..
ataupun ada saksi-saksi yang mempercepatkan jalan ke NERAKA..

Sahabat...
Nabi Kita telah pun menyampaikan risalah ini pada kita..
buktinya..kita telah kenal erti solat,puasa, zakat dll...

Detik ini..
menjadi tanggungjawab kita(umat Islam) pula..
utk menyampaikan kebenaran syahadah..
pada manusia yang belum atau terlupa tentang risalah ini..

kerana..
hari "itu" pasti tiba...
dan setiap dari manusia, yakni kita..
perlu mengemukakan bukti-buktinya didepan Allah SWT..

Malah Allah ada menerangkan hal ini..
dalam surah (Al-qiaamah:13-15)

A013
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan

A014

A015


Sahabatku...
ingatlah...
jikalau kita tidak mahu menyampaikan kebenaran SYAHADAH ini..
akan ada manusia disana kelak..
yang akan "menuding jari" ke arah kita...
hingga menghumban kita ke neraka..

Dalam Surah (Al-Ma'aarij:11-14) ada diterangkan pasal hal ini..

A011
Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,

A012

A013

A014
Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.

Sahabat...
sedarlah...
tujuan hidup kita ini..
bukan sekadar berfoya-foya..
atau bermain-main didunia ini..

Kerana..
kita dilahirkan didunia ini..
atas 2 sebab..

1.Khalifah (pemimpin)
2.Ibadah



Sahabatku..
sama-samalah kita muhasabah diri...
dan buat yang terlupa..
cepat-cepat kembali pada landasan yang benar..
kerana ada "kerja" yang perlu dilangsaikan..
sebelum mata terpejam selamanya..

Akhir kata..
dengan terbongkarnya kisah/cerita ini..
dapat menyedarkan kita bahawa..


HIDUP ADALAH DAKWAH

Yang baik itu kita amal-amalkan..
Yang buruk itu kita jauh-jauhkan..
Selamat Beramal..

p/s:
Baton SYAHADAH sudah ditangan kita..
sama ada hendak berlari ke depan atau berehat..
dan bersenang lenang diperhentian kita..
semuanya ditangan KITA..

2 comments:

anak abah man said...

tanggungjawab syahadul haq itu terlalu berat tanpa iman di dada..nk mencari saksi di akhirat kelak..moga direstui jalan dakwah ini.amin

Hasanahremeli said...

sabda Rasulullah saw ......... ballighu anni walau ayah....bermaksud sampaikan lah apa yang datang dariku walau sepotong ayat.....

allahumma salli ala saidina Muhammad....

syukran atas perkongsian dan peringatan(",)

Post a Comment