Kisah M bersama A,B dan S


Biar Dia disini digelar M...
dan dia disana digelar A&B..

M memang akui...
dirinya bukanlah insan sempurna..
perlukan masa...
untuk satu perubahan yang sukar digubar..

M sentiasa berdoa...
berdoa..
dan terus berdoa..
agar kisah silam yang sering menghantuinya...
dapat dipadam...
dengan adanya Insan bernama sahabat..

Lalu..
Allah pertemukan dengan Insan bernama A & B..
Memang, pertemuan kali pertama agak dingin..
memandangkan M bukan seorang sahabat yang baik..
terlalu sukar buat M untuk memulakan kata-kata..
kerana sudah terbiasa dengan kehidupan insan yang bukan bernama Islam..

Inikan pula nak bersahabat dengan sahabat..
yang rata-rata Islam Keseluruhannya..

memang..
detik didaftarkan ke sini..
betapa malunya M pabila rakan yang baru dikenali, S
mampu mengimani jemaah..

Sedangkan Dia yang bernama M..
terus merasakan dirinya terlalu jahil dengan Islam Yang SEBENAR..
betapa dahulunya dia disesatkan dengan mentaliti dunia semata-mata...

Memang..
M mula sedar tentang itu semua..
dan M mula mengatur langkah..
langkah demi langkah...

hinggakan satu saat...
M terlalu gembira berdamping dengan A..
A yang sentiasa memberi pandangan, nasihat, dan kata-kata..
yang sering menarik hati ke lubuk Islam Yang Sebenar...

memang..
memang M sedang mencuba..
tetapi...
seperti biasa...
M juga manusia BIASA...
BUKAN seperti manusia bernama A ataupun B...

Ini semua hanyalah detik permulaan..
hanya doa dan usaha sahaja yang terdetik difikiran M sekarang...
jadi, supportlah M...

Kerana..
M bukan Nabi..
M bukan rasul..
M bukan Malaikat...
M manusia yang baru..
baru ingin kenal erti Islam Yang SEBENAR...

Jadi,
bantulah...
jangan hingga M itu tawar..
hingga M menjauhkan hati dari Islam..

Bila jauh dari Islam...
maka M akan sesat semula..

Kalau antum diberi pilihan dan diberikan watak A/B..
Inginkah antum/nna melihat sahabat antum/nna yang bernama M...
jadi tawar hati???
lalu melarikan diri??

sama-sama muhasabah diri...
dan ingatlah...
permainan kata-kata sangat berbahaya..
jadi, berhati-hati dalam berkata-kata..
kerana kata, hati gembira..
kerana kata juga, hati sengsara..

wallahulam..

p/s:
Tiba-tiba terfikir pasal ni..jadi,asif kalau tak faham...

1 comments:

Anonymous said...

ana faham. ana pernah merasainya suatu ketika dulu walaupun M dlm kes ana berbeza dgn M yg diceritakan di atas. ana hampir rasa putus asa untuk cuba menariknya menerima islam secara keseluruhan, namun Alhamdulillah Allah berikan ana kesedaran. Ana diberikan kekuatan untuk terus mencuba kerana ana yakin Allah akan berikan hidayah kepada hambaNya. ana tahu ana perlu teruskan walaupun usaha ana itu hanyalah sebesar zarah. sama-sama lah kita mendoakan diri kita, sahabat ana, sahabat enta dan saudara seislam agar sentiasa di beri petunjuk dan hidayah Nya.

Post a Comment