The Power of Words..



Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..
Diri ini sudah menjangkau usia 20++..
tetapi usia yang telah melangkau ke usia 20++ ini..
masih belum digunakan dengan sebaik mungkin..
dalam menghadapi liku-liku kotoran dunia..

Bahkan kotoran dunia ini..
masih terlekat dipakaianku..
biarpun telah aku usaha dan usaha...
dengan segengam azam dan cita-cita..

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Jalan ke Syurga dibentangi dengan perkara yg tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wahai dunia..
Lihatlah kamu..
betapa kamu telah lama ku puja..
hinggakan pada saat ini..
begitu sukar buat diriku..
untuk meninggalkankanmu...

Lihatlah..
betapa aku telah menzalimi diriku..
daripada mendekati syurga yg dihajati..
*sigh*....


A044
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri. [10:44]


Sahabat..
Itulah kata-kata..
kata-kata yang mengasyikkan minda..
minda para pembaca blog lensa..
yang setia melayan kata-kata Si "pendusta"..

Sahabat..
kita sering bertutur dan berbicara..
tak kira masa..tak kira tempatnya..

Malah..
semuanya hendak dibicara..
hinggankan tak tertapis..
kata-kata yg "tak patut" dibicara..

Sahabat..
dalam kita melayari kehidupan..
mungkin pernah terjadi..
suatu peristiwa..
dimana hati ini terluka..

Terluka dek kata-kata..
yang terus "meluntur" semangat dan perasaan..
hinggakan kadang-kadang...
jatuh permata jernih ke tanah "coklat"..

Pernah jua..
pada suatu ketika..
kita dipuji..
dilambung tinggi...
diawangan yg tinggi..

Dan..
kata-kata "itu"..
telah menghidupkan hari-hari..
yang dulu pernah dilukai..
lalu menjadi khabar gembira..

Sahabat..
tidak perlu ana hurai panjang lebar..
kerana tajuk utama telah ana berikan..

Sekarang..
menjadi tugas antum/nna..
utk merungkai dibalik kehebatan "kata-kata"..

sebelum itu..
ana tinggalkan antum/nna..
dengan satu kata pujangga..
moga kita sama-sama BERFIKIR

“Handle them carefully, for words have more power than atom bombs.”
Pearl Strachan


Yang baik itu kita amal-amalkan..
Yang buruk itu kita jauh-jauhkan..
Selamat beramal ^.^


p/s:
Kata-kata mampu buat kita..
terduduk, merangkak dan berjalan..
Hebatkan kata-kata ini ^.^

2 comments:

cik kotak said...

i cant agree more...hati-hati dalam permainan kata-kata...mampu membawa 1001 perubahan dan rasa

Anonymous said...

"Raise your WORDS, not your voice. It is rain that grows flowers, not thunder." - Rumi

Words could build, but also could kill. kata2 ni, barangkali ada seninya juga. pilih yang terbaik :)

mungkin usia kita dah 20++, adakah kita hidup sepanjang usia kita, atau adakah kita hanya sekadar wujud dalam usia?

let's stop existing and start living :)

Post a Comment