Aku terkena..

Saat bersama Ustaz Salam...minta izin ustaz ^.^



Assalamualaikum wbt...

Moga kalian dalam mood iman...
iman yang mantop..

Mantop ke tidak...
kita tengok lepas habis baca entry ni..

Pada suatu malam..
terdetik dalam diri aku..
untuk berjalan di tepian pantai batu burok..
kerana aku merasakan panggilan bayu darat memanggil kotak hati..
Lantas, ku ambil kunci motorku berserta D9o..dan terus memecut laju..

Dalam hati..
aku percaya.mungkin disini..
dapat ku rakamkan babak indah Dunia..
penciptaan bulan dan bintang..
yang bertasbih pada Ilahi dengan cara yang berbeza..
Subhanallah..

Tanpa ku sedari..
aku terlihat sosok wanita..
bertemankan jubah putih berseri..
wanita itu asyik bermain-main air di tepi laut..
lalu ku cuba mengintai kelibat wajahnya..

MasyaAllah!!
Tak mungkin Allah ketemukan aku dengan zaujah Solehah di sini !
(gelak kecil kotak hati)..Haha..

"Ish, Siapa gerangan wanita itu?"
“Mungkinkah "dia" penunggu di sini...ataupun erkk...erkkk... ?”

*diam seribu bahasa tatkala menoleh jam sudah pun 3 PAGI !

Sejujur..
Aku tak percaya dengan "hantu"..
Aku tak percaya sama "pocong"..
aku tak percaya sama 'pontianak"...

Tapi..
ni dah masuk pukul 3 pagi..
tak kan la...
erk...

Ya Allah...
Aku percaya mereka adalah makhluk lain selain manusia..
mereka adalah jelmaan dari Jin..
Aku percaya mereka tidak akan membunuh..
atau menyakiti manusia seandainya mereka tidak disakiti..

Sebelum aku memberanikan diri menegur "wanita itu"...
sempat aku membaca sepotong ayat..buat penenang hati..

A129
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." {9:129}

Dengan keyakinan pada Allah..
aku memberanikan diri untuk mengenali identiti "wanita itu"

"Assalamualaikum wbt..enti buat apa disini"
taktik pertama dari aku..(*bajet baik)

Wanita berbaju putih berseri dengan senyum yang manis itu lantas menjawab..

"Waalaikumussalam wbt..ana tak berseorangan...ana tengah tunggu sahabat ana.."


"Eh, ye ker? mana teman enti? tak nampak pulak.."
taktik kedua dari aku..(*buat-buat caring)

Dengan senyuman yang mampu mencairkan dunia lelakiku..lantas wanita itu berkata..

"Enta..teman ana ni masih lagi terkandas..terkandas di atas jalan.. dari semalam ana tunggu dia"

"La, pastu tak kan tak sampai lagi..enti tak cuba call dia ke? msg dia ke? kot-kot dia ada emergency ke.."
taktik ketiga dari aku..(*buat rasa simpati)

Sekali lagi..dengan senyuman semanis kurma..lantas dia berkata-kata..

"enta..ana dah cuba dah..dah berkali-kali..tapi dia tetap tak menjawab..kadang-kadang tu ana rasa nak putus asa..tapi sebabkan fikir dia sahabat ana.. ana tetap menunggu..hingga ke hari ini..."

"enta..enta nak tahu tak ana tengah tunggu siapa? "

Seperti lintar pintas..aku menjawab..

"Siapa yang enti tengah tunggu? "


"enta..ana sedang menunggu enta..nak tahu kenapa? sebab dah lama enta tak bangun solat tahajjud..dah lama enta tak buat qiamullail..dah lama enta tak...hurm...enta.. enta tak rindu kat ana ke? Hari-hari ana tunggu enta disini..."

"Enta..kalau enta rasa enta masih perlukan ana... ana masih setia menunggu..

Sebelum sempat aku berbicara...
lantas dia berkata semula..
ayatnya itu..membuatkan aku terjaga..
terjaga dari mimpi tidur yang SANGAT lena...

"zaujku..
aku merindui kamu..
kalau benar kamu juga merinduiku..

bangunlah dari tidurmu..
agar dapat kita ketemu lagi..

Assalamualaikum wbt"

5.30am...
aku terjaga dari mimpiku..
lantas aku beristigfar...

Ya Allah...aku telah melupakan janjiku..
maafkan aku..ampuni dosaku..
lantas ku tunaikan kewajipan pada Ilahi...

usah selesai..diangkat kedua tanganku..

Ya Allah..
bagiMu segala puji..
Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya.
BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi..
Bagimulah segala puji.

Engkaulah yang haq, janjiMu adalah benar, pertemuanMu adalah benar,
firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar,
Nabi-nabi adalah benar, Muhamad s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar.

Ya Allah..
kepadaMulah aku berserah diri, kepada Engkaulah aku kembali, kepada Engkaulah aku merindu, kepada Engkaulah aku berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang tersembunyi ataupun yang nyata..

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin.



Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh
sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga
dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.”

(H.R. Bukhari dan Muslim)



Yang Baik itu kita amal-amalkan..
Yang Buruk itu kita jauh-jauhkan..
Selamat beramal..


p/s:
Cakap pada diri sendiri..PADAN MUKA...siapa suruh tidur lama-lama..

5 comments:

Lensa Daie said...

Assalamualaikum wbt...
ana sedang mencari hadis tentang solat malam yang ada relate dgn bidadari...
ana tak jumpa..
kalau ada sesiapa yang terjumpa, terbaca, atau terhafal..
share pada ana..Jzkk pada jasa antum/nna =)

cik Nd said...

waaa,shuke2 :)

Anonymous said...

like!

Anonymous said...

wslm akhi. ada dalam fadhilat amal, kitab biru yang tebal. selak bab fadhilat solah, insyaAllah jumpa (:

Lensa Daie said...

Anon 2:
syukran laka/i... ^.^
insyaAllah..nanti ana selak-selak..

Post a Comment