Kembara mencari zaujah hati..



Assalamualaikum wbt..

Enti...

terima kasih kerana sudi menerima diri ini..

untuk memimpin baitul muslim kita pada satu hari nanti..
InsyaAllah..

Enti..

pertamanya..
ana mohon ribuan keampunan..
jikalau enti terasa kecewa dengan ana..

Enti..

Sebetulnya..
ana bukanlah seorang ustaz..
mahupun seorang Murobbi..

Ana cuma..
seorang insan biasa...
insan bernama manusia...
yang kurang ilmu agama..

Enti..

baru kini ana sedar..
betapa nikmatnya..
jikalau ana mampu punya..
Zaujah Solehah..
sepertimu..

Enti..

ana harap enti tak kecewa..
dalam memilih zauj mu..

kerana..
ana tak mungkin mengerti..
apa yang terbuku dihatimu...

bahkan tidak mungkin..
untuk diri seperti ana..
merungkap rahsia hati zaujahku..

Enti..

sebenarnya..
sudah lama ana tunggu saat ini..
ana inginkan "kehidupan" sebegini..

Betapa manisnya...
bila diri ini...
diberi peluang..
utk beristerikan..
Ketua Bidadari..

Enti..

Ana tahu..
perlunya didikan kesabaran..
atas setiap rintangan..
yang datang tanpa diundang..

kerana..
ana yakin pada Allah..

setiap rintangan datang dariNya..
merupakan tanda kasih sayangNya..
ataupun penghapusan dosa yang meningkatkan iman..

Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah

:
"Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannnya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Al-Baqarah : 156-157 )

Enti..

ana harap..
enti faham...
betapa..
sukarnya buat diri ana..
utk mendapatkan..
"Perhiasan Dunia" ini..

Enti..
Dari titik mula pena ini..
ana akan usaha..
untuk dapatkan janji Allah..
kerana ana yakin..


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)


Enti..

ana harap..
dengan adanya enti disisiku..
dapat kita sebarkan dakwah..
dengan lebih luas lagi..

Enti..

Ana percaya..
dengan adanya enti disisi..
dakwah kita makin kembang..
kembang mekar..
seperti cintaku padamu..
yang bersandarkan pada Allah taala..
InsyaAllah..

Zaujah Solehah...
Dialah kekasihku..
Dialah Mujahidahku..
Dialah permataku..


p/s:
Pena ini utk sahabat-sahabat ana..
termasuklah diri ini..
yang sudah terkena..
wabak "Zaujah Solehah"..

p/s/s:
pesan pada diri..
ingat pada dakwah..
sebab dakwah itu perlukan kita..
tinggalkan seketika "wabak" ini..
agar segala kerja berjalan lancar..

Moga Allah permudahkan perjalanan dakwah kami dan se-saf dengan kami...
Amin..

*zaujah- isteri..
*zauj- suami..
*enti- awak (perempuan)..if lelaki (enta/anta)
*ana- saya (penulis)..

6 comments:

cik ija said...

wah.sangat sangat tersentuh hati:)
semoga bertemu zaujah yg solehah.amin!!!

Anonymous said...

subhanallah...wahhh....menarik skali post kali ini...ana suka...haha
moga2 ana mempunyai zaujah yg solehah....ana trima 'si dia' seadanya kerna 'si dia' pn manusia dan manusia itu x sempurna..(^_^)

Anonymous said...

post yg menarik...zauj/zaujah soleh solehah mmg impian stiap org..smoga nta dtemukannya...:))

Anonymous said...

ana juga berharap memiliki zauj yg soleh..
untuk mendapat yang soleh perlu berusaha menjadi yang solehah..
walaupun ana diantara manusia yang tak layak memiliki yang soleh.
tetapi masih belum terlambat untuk ana jadi seorang yang solehah
insyaallah..moga allah permudah jalan

Anonymous said...

mengapa mengharap teman setampan Yusof andai kasih tidak setulus Zulaikha. tak perlu dambakan teman hidup seteguh Ibrahim andai diri tidak setabah Siti Hajar. usah dambakan yang sebijak Aisha andai diri tidak sehebat baginda Rasulullah s.a.w. Dan usah dambakan teman hidup semulia dan sesempurna Rasulullah s.a.w andai diri tidak seteguh Siti Khadijah.

sekadar perkongsian yg pernah dibaca online dari seorang insan yang lemah..

Moga kita diberi peluang dan menggunakan sebaiknya peluang untuk menyiapkan diri...jika masanya tiba, insyaAllah maka bermulalah perjalanan menuju syurga cinta yang abadi.

Anonymous said...

nukilan yg indah...t'sentuh disudut hati...islah kn diri dan yakin lah pd janji Allah...
insyaAllah...jika kita berusaha dengan usaha yg t'baik pasti Allah hadiahkn kita yg t'baik...dlm apa jua yg kita kerjakan pastikan Allah sentiasa ditempat pertama sekali...insyaAllah kita takkn kecundang....renung2kn...^_^

Post a Comment