Mencari RedhaMu..




Saat ku membukakan mata..
Saat itulah aku mula mengenal dunia..
Oh..ini rupanya dunia!
Penuh dengan ragam manusia..
Penuh dengan cerita di dalamnya..
Sedih, gembira dan hampa..
semua dirangkum bersama..

Saat aku mula belajar menjadi dewasa..
Aku mula mencari-cari..
Apa yang ku inginkan..
Kanan ku mereka yang menjaga batasan..
Dan kiri ku penuh dengan kebebasan..

Tanpa berfikir panjang..
Aku memilih yang kedua..
Di saat ini aku sudah jatuh cinta..
Cinta ku cukup besar pada dunia..
Tanpa secebis ingatan buat Sang Pencipta Dunia..
Jauh pula untuk sujud padaNya..

Tapi...
Walaupun disirami kegembiraan dunia..
Aku masih juga tercari-cari..
Semakin ku mencari..
Jiwa ku semakin tidak tenang..
Jiwaku tidak merasa bahagia..
Jiwaku kosong..

Apakah semua ini!!!

Aku tidak pasti..
Sedang dilamun keresahan..
Suatu suara menyapa..
Cukup menyentuh kotak hati..

Wahai anak adam..
Berhentilah dikau dari lamunan..
Ku mengerti apa yang berada di benak mu..

Marilah ikuti Aku..
Di sana kau akan ketemui..
Kebahagiaan yang kau cari..
Bukan seperti yang kau peroleh selama ini..
Mahukah kau ikuti Aku ??

Pantas aku terima huluran bai'ah itu..

Tetapi...
Hatiku meruntun malu..
Malu dek kerana aku pernah menolak ajakan Mu..
Malahan pernah mengherdik jalan Mu..
Aku pernah menghina dengan apa yang kau lakukan..
Mana mungkin untuk aku mengikuti Mu..
Sungguh hinanya diri aku..

Dengarlah manusia...
Walaupun dulu kau pernah menolak Aku..
Walaupun dulu kau pernah menghina jalanku..
Tetapi Aku tidak pernah membuangmu
Malah masih menerima mu..
Marilah ikuti Aku..
Jalan itu sedang menunggumu..

Ya Rabbi..
Baru ku tersedar..
Betapa selama ini..
Aku telah menghina diri ku sendiri..
Aku telah membuang agama dari jalan hidupku..
Dek mencari bahagia dunia..
Sehingga aku leka..
buat Sang Pencipta Dunia..

Ya Tuhan..
Kini aku kembali..
Aku kembali untuk mengumpul juraian benang- benang keimanan..
Untuk ku jahit semula dengan ketaqwaan..

Ya Tuhan..
Andai jahitan ku ini..
tidak serapi amalan ku..
Harap kau terima..
segenggam benang iman ini..
sebagai bekalan dalam menuju mu..
Ampuni aku..


p/s:
Jzkk pada Ustaz Wan..
atas ilmu yang terus diberi..
walaupun kami mungkin "menghampakan" ustaz..
kami akan cuba utk lakukan yang terbaik..
demi menjunjung Kalamullah..
harapan kami, moga ilmu yang ustaz curahkan pada kami..
dapat kami gunakan dalam mengembalikan Islam yang makin terasing..
doakan kejayaan kami..dan semuanya..Amin..

p/s/s:
sayu dengar doa ustaz tadi..harap dapat kita bertemu lagi..insyaAllah.. T.T

1 comments:

dai'e perindu syahid insani.. said...

alhamdulillah moga Allah SWT mnemukan kita kmbali....jln m'cri kbnaran moga d'luaskan olehNya...

Post a Comment