Senyuman Duka..




Biarkan aku diberi nama Iqbal..
Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana..
Dibesarkan dalam sebuah teratak usang...
yang mungkin roboh pada bila-bila masa..

Ibu bapa ku bukanlah insan yang berkerjaya..
namun mereka masih mengerah keringat,..
dalam memberi sesuap nasi buat kami 8 adik beradik..
Agar kami dapat membesar..
dan mengubah takdir kehidupan kami..

Ayah aku hanya seorang nelayan kecilan..
Berbekalkan sampan kecil yang disumbangkan..
Ayahku mencari rezeki ditengah kota bernama lautan..
Aku tahu betapa seksanya, bosannya, panasnya -ketika berjemur ditengah sana..
yang hanya bertemankan "insan"..
berwarna ke-biru hijauan..

Biarkan seketika cerita ayahku..
yang jauh nun disana..
kerana tak mungkin ayahku mendengar luahan ini.
luahan dari anakandanya yang sedang berjuang...

Sahabat..

ingin aku bawa kamu dekat sini..
ya dekat disini..

kerana ketika saat ini..
ibuku masih dalam keletihan..
letih dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan..

Ya, tugas insan bergelar ibu..
yang setia menjadi penyeri rumah..
dikala kami pulang dari perantauan..

Aku masih ingat ketika aku masih kecil..
Kira-kira aku masih berusia 8 tahun..

Ya!!
aku yang masih LAPAN tahun..
yang masih MENTAH..
yang masih MUDA..
yang masih BUDAK..
dan...............
TIDAK PUNYA PERASAAN..

Waktu itu..
aku kebingungan..
aku dibawa bersama van putih..
ke sebuah bangunan yang serba PUTIH..
lalu aku dibawa ke sebuah tempat..

Aku lihat..
ibu dikelilingi alat-alat ..
yang membelit-belit diri ibuku..
hingga menyukarkan beliau bergerak..

Ya...
AKU masih terlalu MUDA..
terlalu MUDA untuk FAHAM..
apa itu..
KESAKITAN


ketika itu...
aku masih lagi dalam emosi "ter"kejutan..

KENAPA??
KENAPA??
KENAPA??

Kenapa ibu diperlakukan sebegitu rupa..
dimana DOKTOR???!
DIMANA?
kenapa biar ibu meraung kesakitan..

Ya..
ketika itu..
Aku terlalu MUDA...
untuk luahkan perasan..

30 min "asyik" berlalu..
aku terpaksa dibawa pergi..
arah tuju yang belum ku ketahui..

Sebelum itu..
sempat aku salam dan cium ibuku..
walaupun dalam keadaan ketakutan..
takut diperlakukan sebegitu rupa..

HAHAHA!!!

betapa "pandainya" aku waktu itu..
itukan ibu...
untuk apa aku takut dengan ibu..

"IQBAL"............!
Ibu sayang IQBAL.. (rintihan ibuku)

Hmmm...
itulah ayat terakhir..
yang ku dengari..
sebelum aku keluar dari situ..

Perasaan aku ??

Lupakan...
waktu itu aku bukan REMAJA..
waktu itu aku bukan DEWASA..
waktu itu aku hanya "BUDAK"...

Ya..
Budak yang sekali lagi..
TIDAK punya PERASAAN..

Kini...
14 tahun telah berlalu..

ketika aku...
masih leka dengan buku...
ketika aku..
masih leka dengan hidupku..
ketika aku..
BERJAUHAN dari IBUKU..

Aku terima satu pesanan..
dari kakakku..

Adik, Ibu SAKIT...


HA?
Kanser !!

PERASAAN !!


Dimana PATUT aku letakkan "PERASAAN" ini...
PERASAAN yang tak dapat digambarkan...

walaupun cuba ku utuskan dalam pena ini..
tetap...
dan tetap...
rasanya..

Tawar berperisakan "cuka"..


Sahabat...
waktu ini..
detik ini..
mungkin..
seorang insan yang aku sayangi...
pergi dari sisi hidupku..

Detik ini..
sudah puas aku menangiskan "hujan" mata..

Detik ini..
belum sedia untuk aku..
terima berita sebegini rupa..

Kerana..
Aku masih dalam "dilema" PERASAAN..

Ibu..
jangan kau pergi..
ingin aku jumpa ibu buat kali terakhir..

kerana aku...
kerana aku....
Err...
kerana aku...

Argh!!

PERASAAN!!!

tolong pergi dari sini..
biar aku habiskan ucapan aku.. ~~sigh~~

Ibu...
Maafkan Iqbal ibu..
Halalkan semua makan minum Iqbal itu..
Iqbal janji kita akan jumpa di Syurga..
Iqbal sayangkan ibu !



~~~Tuuuuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt....~~~~~( talian terputus)


maafkan aku Ibu..
aku tak dapat tunjukkan betapa sayangnya aku..
maafkan aku ibu...
aku sangat merindui ibu..

aku tak dapat berbuat apa-apa..
Maafkan dosaku ibu...

p/s:
manusia sering dinoda..
dinodai arus percintaan dan kedunian..
sehingga terlupa masih ada insan..
yang setia berkorban..
atas nama KASIH IBU..

atas peluang yang ada..
jangan biarkan insan itu..
tertunggu-tunggu panggilan dari kita..

kerana takut..
"Panggilan" maut yang mendatang...



Sahabat..
warkah ini ditulis..
saat diri Pemilik Lensa..
merindui keluarganya..
lebih-lebih lagi diri IBU..


Maafkan anakmu..


Yang Benar,

Haikal Azahar

2 comments:

Ruby said...

Excellent csi!...i miz my mum too!..

aishah said...

touching la plk pg2 ni..

Post a Comment