Berfacebook Bersama Allah

ihsan: deviant art


Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua?

Camna dengan exam yang baru-baru ni?
ok? ko?
ke separuh Ok?

Ucapkan Alhamdulillah..
atas setiap yang berlaku dalam diri kita..
mahu yang baik..ataupun yang buruk..
agar kita tergolong..
dalam kalangan manusia yang bersyukur..

Sahabat..
"waktu exam" merupakan waktu yang paling best..
serius best..

Percaya tak kalau ana cakap..
waktu exam ni best?

ana tak tipu..
dan cuba untuk tidak menipu..
sebab benda ni berlaku dalam diri seorang pelajar..
terutamanya..diri ana sendiri..


KENAPA best ??

Sebab apa best?
Ya..sebab waktu ni..
KITA..
akan "rajinkan" tangan..
untuk berdoa padaNya..

Doa?
Doa Ape?
antaranya...

Ya Allah...
Kau berikanlah aku keputusan yang cemerlang


tak kan antum/nna nak nafikan lagi..
serius la...
mesti waktu doa..
ada diselitkan doa tu...

Okay... itu baru satu contoh...

yang ini paling best..

ada tu..
yang "bertahajud"...
yang "berqiamullail"..
yang "berfacebook" (bermuka buku medic)..

Subahanallah...
hebat la antum/nna ni..
sempat lagi bertahajud dan berqiamullail..
kira dah jumpa la "bidadari" malam ek..
Tahniah! ^.^

Sahabat..
yang KITA buat tadi tu..
waktu kita masih dalam "zon merah"..

Tapi ana risau la sekarang ni..
nak tahu sebab apa?

sebabnya..

kita dah masuk "zon Hijau"..
yakni Zon KEBEBASAN..

kebebasan yang beerti..
kita bebas dari terikat dengan..

DOA..
Solat MALAM..
SEDEKAH...

etc..

MasyaAllah...
antum/nna semua nilai sendiri..
Mungkin inilah sikap kita..
Sikap manusia yang PELUPA..
PELUPA..
Dan terus terLUPA..

sebabnya..
kita hanya MAMPU ingat Allah...
waktu ditimpa kesusahan..

Tetapi.. bila dah SENANG..
jangankan Doa..
solat pun nak tak nak je..
nauzubillah..

Sahabat...
Kembali pada tajuk..

BerFB bersama Allah..

Bila berbicara tentang FB..
ramai manusia terutamanya..

Rasa bahagia..
bila dibukanya FB masing-masing..

tup-tup..
500 notifications...
"mungkin" ini reaksi manusia..

Hihi..sukenye
(ayat perempuan)


Pergh...banyak giler
(Ayat lelaki)


Sampaikan satu tahap..
bila "noti" masuk...
rasa "nikmat" yang teramat..
terus direply comment tu "serta-merta"..

Tetapi..
betapa sedihnya..
diri manusia..
terutamanya ditujukan pada ana sendiri..

Bila "noti" itu..
datangnya dari Allah..
tidak terjawab dengan "serta-merta"..

bahkan..
ada juga yang "ignore" seruan Ilahi..

MasyaAllah...
Adakah kita layak dipanggil HAMBA ?
adakah layak untuk dikabulkan doa kita tadi..
bila panggilan Ilahi tidak dijawab..


Sahabat...
ana mengajak diri ana..
dan sahabat-sahabat disini...
agar kita kembali..

kembali pada kehidupan yang sebenar..
jalan yang sepastinya lurus..

Sahabat..
walaupun mungkin kadang-kadang..
"jalan" itu sedikit berlopak, rapuh ataupun bengkok..

pastikan kita tetap usaha..
usaha..dan terus berusaha..
untuk kembali pada jalan yang LURUS itu..

Apa perasaan antum/nna bila notification kita tak berbalas ??

sama-sama kita renung-renungkan..
wallahualam..



Yang baik itu kita amal-amalkan..
Yang buruk itu kita jauh-jauhkan..
Selamat beramal...

p/s:
Jangan lupa "balas" notification yang datangnya dari ALLAH..

0 comments:

Post a Comment