Saat Hati Disentuh (1)


Bab 1: Rindu


Mari-mari kita sejenak mengingat..
Kasih ibu bapa yang tiada terkira..
Walaupun dirinya letih dan penat..
Namun di wajahnya tetap bergembira..

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa..
Yang mengasuh kita petang dan pagi..
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa..
Setelah dewasa tak terkenang lagi..

Wahai Sang muda janganlah lupa..
Taatlah kepada dua ibu bapa..
Jangan-jangan-jangan andakan menjadi..
Anak yang derhaka pada ibu bapa..

Balasan di dunia dah banyak terjadi..
Berbagai derita yang datang menimpa..
Bila ibu bapa dah dibawa pergi..
Menuju pusara meninggalkan kita..
Baginya permata tak berguna lagi..
Selain doa dari anak yang bertaqwa..


Buku guyton yang dibaca Fathi sejam yang lalu..diletakkan seketika. Lagu “kasih Ibu bapa yang berdendang dicorong radio, mengingatkan kembali Fathi kepada Umi dan Walidnya.

Tika itu juga, coretan lama bermain di radio minda. Walaupun 15 tahun sudah berlalu, coretan itu tak pernah hilang dihembus bayu Desaru. Satu persatu filem lama mula berlegar diminda..mengimbau kembali zaman remajanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fathi: Umi, bila dah besar nantikan, Fathi nak belajar overseas la.

Umi: Subhanallah, besarnya cita-cita anak Umi ni kan. InsyaAllah nak..kalau kita usaha,kita akan dapat..yang pasti kita kena buat semua yang kita buat ikhlas kerana Allah.

Walid: Betul cakap Umi tu Fathi. Kalau Fathi nak, kena la usaha dari sekarang.

Fathi : Baik Umi, baik Walid.

Umi : Satu je pesan Umi, kalau di sana nanti, Solat dan Al-Quran jangan sesekali tinggal.

Fathi : Baik Umi..Fathi ingat pesan Umi.

Umi : Walidnya, nampaknya nanti susah la kita nak tengok wajah anak kita yang sorang ni.

Walid : La,apa susahnya..kalau dah sampai sana nanti..kita boleh “skype”..Haha

Umi + Fathi : Ha??! Skype ! Hahaha

Walid : Kenapa? Walid pun pandai main skype tahu sekarang..haha

Rindu !!


Itu saja bibit kata yang mampu terkeluar dari kaca hati seorang jejaka.. Lantas dia membuka ipadnya. Dicari nama Walid dalam “Skype list”nya.. tetapi hampa, tiada insan bernama Walid dalam listnya..

“Mungkin Umi dan Walid sedang bekerja”. Rintih hati Fathi.

Dia tidak terus membuka bukunya semula, sebaliknya dia ke bilik air..Lantas seusai mengambil wuduk, dia solat sunat dan berdoa agar Umi dan Walid sentiasa dalam rahmatnya.

Dia ingat lagi bacaan hadis Ustaz hakimi waktu di tingkatan 4..

Ibnu Mas’ud r.a berkata yang maksudnya:
“Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam, apakah amalan yang paling disukai ALLAH? Baginda s.a.w menjawab: Solat pada waktunya. Dan berkata aku: Selepas itu? Baginda menjawab: Kemudian memuliakan ibubapa. Dan aku berkata: Selepas itu? Baginda berkata lagi: Jihad di jalan ALLAH.”

Hadith riwayat al-Bukhari.

“Terima kasih ustaz!” bisik hati Fathi


_______________________________________________________________


Bab 2: Perasan


Hoiiii !

"Saya sayang awak!" latah Fathi..
MasyaAllah..
Astaghfirullahalazim...


Jerkahan Syamim, membuatkan Fathi terkejut..lantas dia beristighfar beberapa kali..memohon kemaafan dari Tuhan yang Satu..

“Assalamualaikum..mim, mung ni suka buat aku terkejut kan..berdosa tau..” Rintih Fathi

“Waalaikumussalam.Fat, sori wei..aku tengok kau dari tadi asyik termenung je. Tu yang aku sergah kau”. Balas Syamim sambil menghulur tangan tanda meminta maaf.

“Yelah, kalau aku pengsan tadi macam mana.” rajuk Fathi

“Alah, ko kan tuan doktor. Pandai-pandailah rawat diri sendiri..haha” balas syamim

Belum sempat Fathi berkata, Syamim lalu menyampuk semula.

“Ke kau nak aku panggilkan Farah rawat kau? hahaha..”

Mim! Kali ni Suara Fathi sedikit tegas.

“Haha..Aku gurau je wei. ko jangan la terasa pulak.” Syamim cuba menenangkan hati roommatenya.

Syamim tahu sangat perangai roommatenya, Fathi memang sukakan si Farah tu.. tapi takut nak confess..

Pertemuan “cuka” antara Fathi dan Farah..membantut usaha Fathi untuk mendekati Farah,gadis bertudung labuh. Perasaan malu dengan tindak-tanduknya dahulu masih terbayang-bayang hingga ke saat ini.

Dia masih ingat peristiwa sebulan yang lalu ketika di Airport Manchester..di mana dia ….


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Assalamualaikum and Hello everyone. We have arrived at Manchester Airport. All passengers are requested to exit by the door that is provided . We hope all of you have a wonderful day ahead...Thank you for choosing British Airways as your service ..” Pengumuman yang dibuat oleh pramugari bertugas.

Zap !!

Fathi mencapai beg galas merahnya. Lalu turut beratur bersama penumpang lain. Untuk menjejakan kakinya ke bumi “Old Trafford”.

“Thank you Sir..Enjoy your day”. Ucapan bibir manis sang pramugari yang setia melayani karenah para penumpang pesawat MH-3022..

Fathi hanya mampu tersenyum dan terus menuruni anak tangga..

“Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah..kerana Kau telah permudahkan segala urusan perjalananku ” Rintih hati Fathi..

“Manchester…I’m HERE !!!!!!!!!

Jeritan Fathi memecah kesunyian Lapangan Terbang Manchester..

Kerana terkesema dengan sikap Fathi..gadis ayu bertudung labuh, Farah lantas mendekati Fathi..

Farah: enta..behave yourself…

Fathi: Erk..saya………………..

Belum sempat Fathi menghabiskan kata-katanya..Farah bingkas berlalu pergi

meninggalkan dia keseorangan..

“Aduh…apa aku buat ni..buat malu orang Malaysia ja..” monolog hati Fathi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Allahuakbar..Allahuakbar ! [Azan Zohor berkumandang di sekitar U.O.M]

“Mim,jom solat berjemaah” pinta Fathi

“Okay..Jom! balas Syamim

Perasaannya pada Farah? Dibiarkan terkubur begitu sahaja..

___________________________________________________________________


Bab 3: Kacak


[1245]: Library University Of Manchester, UK.

Nur farah Syakirah menutup lembaran Quran tafsirnya. Dia mencium naskah Al-Furqan itu sebanyak 3 kali. Seperti yang pernah diajar ketika dia masih muda. Begitulah rutin hariannya, setiap kali selesai menelaah pelajaran, dia akan cuba untuk membaca bait-bait cinta dari PenciptaNya. Bait-bait itu tak pernah rapuh dimamah usia, tidak jemu dijamu hati manusia..malah kalam itu makin mendekatkan dia pada Murobbi tercinta.

Usai selesai, dia membiarkan telinganya dibasahi zikir-zikir dicorong telinga. Sambil-sambil itu mulutnya turut mengikut melodi zikir, memuji Allah yang Maha Kuasa. Keadaan sunyi di dalam library waktu itu cukup tenang. Lantas, membenarkan dirinya benar-benar terbawa ke dalam alam yang penuh ketenangan itu.

“Farah , jom makan !”

Sapaan Alia, sahabat sekelasnya mematikan mimpi indahnya. Farah hanya mengangguk tanda setuju. Dia mengemas barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam begnya. Mereke berjalan menuju ke gerai “Afgan”, salah sebuah gerai yang menawarkan makanan halal di UK. Jaraknya hanya 1 kilometer dari UOM.

Cuaca hari itu cukup menenangkan, musim bunga pada waktu itu melahirkan seribu kata rasa. Subhanallah..mekarnya bunga-bunga pada waktu itu, melahirkan rasa syukur atas setiap ciptaan Allah yang Maha Berkuasa.

“Farah, Fathi budak kelas MD 03 tu kacak kan.” Luah kata Alia

Farah yang sedang menikmati hidangan nasi beriani yang dipesannya mengangkat wajahnya. Ditenung sahabat karibnya itu, Alia. Alia seorang gadis Kota, cukup fanatik dengan artis koreanya. Sehingga cara pemakaian pun bak gadis Korea.

“Fathi? Siapa Fathi tu ?” dia menyoal kembali sambil menyedut jus orennya.

“Ala, Fathi, lelaki kacak yang kita nampak waktu di majlis menyambut kedatangan pelajar Malaysia hari tu. ” jawab Alia. Tangannya menguis-nguis rojak ayam yang terluak separuh itu.

“Owh, Fathi, lelaki yang waktu majlis dekat Hall UOM tu..seingat farah, yang berlanggar dengan gadis seksi tu ek? ” Balas Farah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dush!

Gelas yang dipegang Sally terjatuh dari gengamannya..Semuanya gara-gara Fathi yang

tidak perasaan akan kehadiran Sally dibelakangnya.

“Hey man! jaga-jagalah sikit ! harap mata je besar ! Grr..jalan punya besar pun nak berhimpit lagi !” rungut si Sally.

“Maaf cik..kawan saya tak sengaja..maafkan dia ya..” balas Ikhsan.

“Huh ! What a mess u guy!” Rungut Sally sambil beredar dari situ..

Fathi yang terkejut dengan peristiwa tadi..lantas bangun dari lamunannya..

Fathi : Erk..terima kasih sebab bantu saya tadi.. sambil dihulurkan tangan berjabat tangan.

Ikhsan : Assalamualaikum..Enta okay tak? Dibalas sambutan erat itu

Fathi: W’salam…tak da papa..cuma terkejut kejap tadi..

Ikhsan: Alhamdulillah..ingat baru nak panggil doktor tadi..hehe..gurau manis Ikhsan

Fathi: Hehe, tak de lah sampai macam tu sekali..

Ikhsan : Hehe, ana gurau ja..ana Ikhsan..Jurusan Mekatronik..tahun 3..boleh ana tahu nama

enta apa?

Fathi: Owh, Abg Ikhsan..nama saya Fathi..dari jurusan perubatan..baru saja mendaftar pagi

tadi..

Ikhsan : Owh..begitu..hebatlah enta..jadi doktor la lepas ni ek.. insyaAllah..moga Allah

permudahkan..

Fathi: Hehe..tak delah..saya biasa-biasa je abang Ikhsan..

Ikhsan: Kalau betul pun apa salahnya kan..boleh bagi MC free kat ana nanti.. gurau Akhi

Ikhsan

Akhi Ikhsan melihat jam tangan casionya, dia seperti terlupa akan sesuatu. Dia sudah berjanji dengan sahabat-sahabatnya untuk bertemu di kediamannya.

“Eh.. asif Fathi, ana terpaksa beredar dulu..nanti ada kelapangan kita jumpa lagi ya..

Assalamualaikum wbt” Kata Akhi Ikhsan

“InsyaAllah..terima kasih ye abang ikhsan..sebab tolong saya tadi..” balas Fathi

Akhi Ikhsan tidak membalas, hanya seukir senyuman yang diberikan. Tanda dia ikhlas

membantu saudaranya. Kelibat Akhi Ikhsan hilang ditelan ratusan pelajar di Hall UOM.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ha, baru Farah ingat, lelaki yang kena marah tu kan” soal Farah pada Alia..Insiden tersebut betul-betul berlaku di depan mata mereka.

“Hehe, ingatkan Farah tak perasaan, handsome kan Fathi tu? Soal Alia sambil senyum tersimpul malu.

“Memang la handsome Alia..tapi Alia kena ingat, Allah tak menilai pada rupa dan harta seseorang tu, tetapi Allah memandang hati dan amalannya."

“Erk! Hihi, Baiklah ustazah Farah”. gurau Alia menandakan dia lemah apabila sahabatnya berbicara menggunakan kata-kata.

Farah memang mengaku ketampanan lelaki bernama Fathi itu, lelaki yang berkacukan Cina-Melayu itu boleh membuat mana-mana hati perempuan cair melihatnya. Tapi, dia cuba untuk menahan matanya daripada melihat yang bukan mahram.

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(An-Nuur: 31)

Ayat itu secara tiba-tiba termain diminda fikirannya, bingkas dia beristighfar di dalam hatinya. Menyesali kelalaiannya dalam dunia yang penuh panca roba.

“Hai, termenung jauh nampak, teringatkan Fathi ke..nampaknya makan nasi minyak juga Lia lepas ni..hehe?” Alia lantas bergurau melihat gelagat sahabatnya yang tidak menjawab soalan-soalannya.

“Eh, Alia, jangan mengada-ngada na..makan cepat rojak ayam tu.lekas, dah nak Zohor dah ni. Lepas ni kita ke Masjid UOM.” balas Farah..

“Baiklah sahabatku dunia akhirat..marah pulak dia..hihi.” sempat lagi Alia mengusik Farah sambil menuruti segala arahan sahabatnya.

Dalam hatinya, dia bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang selalu mengingatkan dia tentang kewajipan pada Ilahi. Perwatakan Farah, bekas pelajar lepasan SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS) jauh berbeza dengannya. Peribadi Farah sentiasa dilimpahi cahaya-cahaya Islam.. Apa-apa pun dia tetap bersyukur atas kurniaan itu.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

_________________________________________________________________

Bab 4: Terserempak

“Fat, dah siap ke belum ni?”

Fathi menoleh kebelakang. Syamim roomatenya sudah berdiri tegak dibalik pintu biliknya.

“Dah-dah.. Jomlah” balas Fathi.

Seusai mengunci pintu bilik, syamim perasaan yang mulut sahabatnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Disebabkan perasaan ingin tahu, lantas dia bertanya kepada Fathi.

“Fat,ko baca ape tu?”

“Baca ape? Baca doa lah..” balas Fathi

“Doa? Doa ape? ” Fikiran Syamim masih buntu

“Ni ha, aku baca

“Bismillah, Tawakkaltu, ‘a-lallah, wa laa hawla wa laa quwatta illah billah.”

“Kita sebagai hambanya kena lah sentiasa berdoa padaNya. Agar dipermudahkan segala urusan kita. Biar kita pergi berdua, pulang bertiga.”

“Ha? Bertiga? !” soal Syamim

“Hehe..aku, mung ngan isteri mung…..hehe” Gurau Fathi

“Ceh, mengade kau! Aku takut nanti kau balik dengan Farah pulak..haha” Perli Syamim.

“Erk! Hmmmm….”

Itulah keistimewaan Fathi, dia seorang sahabat yang pandai mengambil hati kawan-kawanya. Seorang yang sangat happy go lucky dan seorang yang tak pernah lokek dek senyuman. Semua yang berkawan dengannya cukup senang dengan peribadinya.

“Kita nak pergi mana ni? Pinta Fathi

“Ish,pelik benar mamat ni..kau jugak yang ajak aku pergi Library..dah lupa ke ? ” Balas Syamim

“Eh.yeke..hehe..sory, aku terlupa..” Fathi hanya tersenyum dengan sikapnya.

Setelah tiba di Library UOM, mereka terus mencari tempat duduk kosong. Nasib mereka baik, kerana haritu, Library sedikit lenggang.

“Fat,kau lepak sini kejap ek. Aku nak naik atas kejap. Okay?” Pinta Syamim

“Owh, okay. Jangan lama sangat deh. nanti aku kena culik pulak..hehe” balas Fathi

“Mengada kau!! Nah,pegang buku ni.” Kata Syamim sambil berlalu pergi.

Sementara menunggu sahabatnya, Fathi memerhati sekeliling. Dari jauh, pandangannya tertumpu pada kelibat seseorang. Seorang gadis yang manis, bertudung labuh berserta jubah hitam coklat.

“ Eh, macam pernah tengok..tapi dimana ya? Siapa dia? Farah ke? ” Hatinya tertanya-tanya

Dipadamkan hasrat hatinya untuk mengetahui lebih lanjut tentang gadis misteri itu. Dia terus membuka nota pathology ya..

Selang 10 minit kemudian..Syamim muncul kembali..

“Fat, tadi aku ada terserempak Farah..wah comel lah awek kau tu..macam baby doll dah aku

tengok..untung lah kau, dapat Isteri solehah gitu..”

“Ha? Farah? jadi, betullah tadi tu Farah.”

“Rupanya betul sangkaan ku..tapi bagaimana caranya aku nak dekati Farah ?” monolog hati Fathi.

Fathi tidak menjawab persoalan sahabatnya, sebaliknya dia terus bingung. Bingung bagaimana cara untuk dia mendekati gadis bertudung labuh itu. Walaupun mereka sekelas, hijab antara mereka tetap terjaga. Itulah yang menghalang diri Fathi untuk mendekati gadis solehah itu.

“Argh..aku kena buat sesuatu! ” bentak hati Fathi

___________________________________________________________________


Bab 5: Tak Sangka


Kebiasaannya, Syamim akan makan tengah hari bersama Fathi. Entah kenapa, sejak dua-menjak ni, perangai Fathi berubah. Fathi lebih suka menyendiri dan mendiamkan diri.

“Ah..mungkin dia rindukan Umi dan Walidnya” fikir Syamim

Hari ini genap setahun mereka di bumi Old Trafford.. Fathi yang menuntut dalam jurusan perubatan tak punya masa lapang seperti rakan-rakannya yang lain. Dia tak mampu pulang ke Malaysia seperti mana dulu dia di Kyuem. Kini, hanya ‘skype’ tempat dia melepaskan kerinduan pada Umi dan Walidnya.

Dalam keralitan memikirkan keadaan sahabatnya, syamim melangkah menuju ke gerai Jazeera. Hari ini dia terasa ingin mengisi perutnya dengan chicken tikka.

Secara kebetulan, kelibat Alia turut kelihatan di situ. Pada awalnya, dahi Syamim sedikit berkerut memikirkan gelaran gadis itu. Beberapa saat kemudian, baru dia yakin gadis seakan-akan korea itu rakan seperkenalan, di KTS dulu.

Lalu, bermulalah adegan perbualan mereka….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syamim: Salam..Lia, how are you ? mana Lia menghilang ha? Ingat gadis korea mana

tadi..Hehe

Alia: W’salam..eh, Syamim..Alhamdulillah. Sihat..Awak camna? lama tak dengar khabar

kan. Yelah, orang tu kan mengaji engineering, kite ni TESL jer..” balas Alia

Syamim: Btw, saya sorang je ni..mari la duduk sekali. Dah lama tak sembang ngan

Awak.

Alia: Owh, okay.

Syamim: So..macam mana life kat sini? Everything okay?

Alia: Alhamdulillah, done it well..how about you? Study okay? Roommate okay ker?”

Syamim: Ya..study macam tu je lar..roomate saya okay jer..lagipun roommate saya satu

kos ngan awak..mesti awak kenal perangai dia.

Alia: My coursemate? Siapa ?!

Syamim: Alah, lelaki melayu paling hot kat sini..siapa lagi kalau bukan Fathi.

Alia: What ! Fathi! OMG..unbelievable..kebetulan roommate saya,Farah pun satu kelas

dengan dia..

Syamim : Really? Farah Si tudung Labuh tu?

Alia : emm..that’s right! Hehe..

Syamim : Haha..siap la ko Fathi..Aku ada surprise besar untuk kau. Haha

Alia : Hmm..pardon? Surprise apa ni? Lia tak dapat tangkap la.

Syamim : Eh, nothing Alia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syamim tidak menjawab soalan Alia..sebaliknya dia punya rancangan untuk cuba menyatukan hati dua insan..Alia yang buntu terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

“Hahaha ! tunggulah kau Fathi ! ” gelak hati Syamim dengan rancangannya.


1 comments:

Sya Mumtaz said...

(^^,) Nice! Tp kt dialog ni:
“InsyaAllah..terima kasih ye abang Adam..sebab tolong saya tadi..” balas Fathi
mmg abg Adam ke? Bukan Ikhsan eh? Anwy... Thniah!

Post a Comment