Saat Hati Disentuh (2)


Bab 6: Rancangan


Melodi asma Allah bermain di bb Alia….one message receive..

From: Syamim UOM

Date: 28 Febuari 2013

Time: 3:03pm

Message: So,How? Jadi tak plan kita? Bila kita nak jalankan misi ni?


“I wanna hold your hand”.….Iphone Syamim berbunyi..

From : Lia UOM

Date: 28 Febuari 2013

Time: 3:06 pm

Message: Okay..kita buat macam yang kita rancang..pukul 5.30 petang di Eye On London.InsyaAllah..see u there ! ^.^


Fathi dan Farah tidak tahu apa yang sedang dirancang oleh roommate mereka. Mereka sedang sibuk dengan urusan masing-masing.

Tuttt: 1 msg receive..~~~

Fathi yang sedang berFB..mencapai bb nya..lalu membuka msg tersebut..

From: Syamim Roomate

Date: 28 Febuari 2013

Time : 5:15 pm

Message : Salam Fat, study lagi ke? ko free tak petang ni? Jom kita “lepaking” kat Eye on

London. Tak kan study petang-petang ni..jom lah.


Dalam pada itu, Farah juga mendapat msg yang sama. Tetapi pengirim sahaja yang berbeza.

From: Sahabatku Alia

Date: 28 Febuari 2013

Time : 5:18 pm

Message : Assalamualaikum Farah..Farah dah habis study? Petang ni temankan Alia ke Eye of

London boleh? Alia teringin nak ke sana? Boleh tak?

~ikhlas dari roommate yang comel ^.^ ~


“So..macam mana ? Dia jadi datang tak?” soal Alia

“ Of course ! dalam 15min lagi dia sampai..insyaAllah ” persoalan Alia dijawab dengan ketawa bahagia.

Then, Farah jadi datang tak?” Syamim bertanyakan pula kepada Alia

“InsyaAllah..dia cakap dia akan datang. tapi tak lama.. Katanya ada halaqah lepas maghrib ” Jawab Alia.

Kedua-dua rakan lama ini senyum sesama mereka kerana rancangan mereka untuk mempertemukan Farah dan Fathi berjaya buat pertama kalinya.

“Lia, jangan lupa rancangan kita. Pastikan berjaya.” Kali ini suara syamim sedikit serius

“InsyaAllah. Kita hanya merancang. Allah juga merancang. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang.” Itu jawapan Alia atas arahan syamim.

Dalam diam, syamim mengagumi Alia. Sedikit demi sedikit Alia berubah daripada seorang gadis free-hair kepada gadis bertudung. Dia tahu Allah telah menemukan Alia dengan seorang roommate yang mampu mencairkan hati Alia untuk dekat kepada Islam. Dia yakin semuanya atas kehendak Allah SWT.

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang2 yang tidak beriman."

(Al-An'am : Ayat 125)

“Ha, itu pun mangsa kita ! Awak, jom ! ”

Suara Alia mematikan lamunan Syamim. Tidak dibalas sahutan itu. Sebaliknya, dia hanya melemparkan senyuman pada Alia. Ternyata dalam diam, Syamim mula menaruh hati pada Alia.

__________________________________________________________________________


Bab 7: Geram


Tudung labuh di kepala Farah diperbetulkan. Angin malam di Hall Of UOM bertiup sempoi. Tubuhnya mula terasa sejuk. Namun sejuk itu masih tidak mampu memadam bara yang tertanam di dalam hati.

Dia masih lagi tergamang dengan peristiwa yang berlaku di Eye Of London.Tergamak Fathi memegang tanganya ketika dia cuba melarikan diri darinya. Dirinya terasa malu. Hatinya dirobek-robek. Dirasakan drama romantik yang berlaku tadi telah menjadi tontontan jutaan mata. Malah, dia tak dapat membayangkan bagaimana keadaan jikalau drama tadi diupload di mana-mana corong internet.


Ya Allah, ampuni aku..Sesungguhnya aku insan yang sangat lemah ya Allah” Farah menadah kedua tangannya.


Tanpa disedari, permata jernih jatuh ke bumi Eropah. Menyaksikan keikhlasan seorang wanita mempertahankan maruahnya di depan jejaka yang tidak halal bagi dirinya.

Alia yang dari tadi asyik mundar-mandir mengelilingi katilnya, mendekati sahabat baiknya itu. Mode rasa bersalah pada Farah membuak-buak seperti muntahnya lava dari Juju island.

“Farah..Lia minta maaf. Niat Lia dan Syamim ikhlas nak satukan Farah dengan Fathi. Tapi, Lia tak tahu pula ini yang terjadi. Lia minta maaf ye Farah.”


Alia membuka bicara maafnya. Dia hanya menunduk malu..tidak berani bertentang mata dengan sahabatnya. Dia masih dihantui rasa bersalah.


Farah membisu tanpa satu perkataan. Keadaaan di dalam bilik A-302 itu sedikit kelam dan sunyi. Yang ada cumalah bacaan Al-Quran dari Sheikh Saad Al-Ghamidi.


Keadaan ini membebankan lagi perasaan Alia. Lantas Alia memeluk sahabatnya itu. Dalam keadaan suara yang tersekat-sekat, sekali lagi dia meminta maaf pada Farah.


Alia..

Keadaan yang sunyi tadi..mula bergema dengan suara Farah..Farah mula mengatur bicaranya..


“Alia..janganlah menangis..Alia tak salah pun..

Farah yang salah..Farah tak tahu jaga diri Farah..

Maafkan Farah ya..”


“Apa? Lia tak salah..No! Lia yang salah..Maafkan Lia ya..” jawapan Alia sedikit menegangkan keadaan.


“Baiklah, kita sama-sama salah. So kita minta maaf sama-sama ya” Farah mengambil langkah bijak dengan butir bicaranya.


“Ermm..Lia minta maaf ye Farah” pinta Alia sambil mengesat air matanya.


“Baiklah Lia, tapi dengan satu syarat”…


“Ha? Syarat ?”


“Hmm..kita ambil wuduk, pastu solat taubat ye..kita mohon doa padaNya agar ditetapkan iman kita ni..okay?” Suara Farah yang sedikit perlahan.


“Owh..Okay” Balas Alia sambil memeluk sahabatnya itu..


Sejak peristiwa itu, hubungan Farah dan Alia semakin akrab, Alia juga sudah berjaya dibawa “join” bulatan gembira. Farah bersyukur dengan perancangan yang Allah aturkan..

Dia tahu setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..Kini, dia hanya perlu berusaha dan terus berusaha untuk membawa Alia menghayati fikrah islam yang sebenar.


_____________________________________________________________________


Bab 8: Buntu


Skype loading........90%

Tuuuuutuuuutttttt…… “Walid make a video call”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Umi: Assalamualaikum..

Fathi: Waalaikumussalam Umi..

Umi : Rindunya umi dekat anak laki umi yang sorang ni..Fathi sihat ke?

Fathi: Fat pun rindu kat Umi dan Walid. Alhamdulillah..Sihat..Umi dan Walid macam mana ?

Umi: Alhamdulillah..kami sihat ja..Fathi dah makan?

Fathi: Udah umi..Erm, Umi..Walid mana? Tak nampak pon..

Umi: Walid pergi outstation la nak..3 hari lagi balik la..

Fathi: Ooo..okay..Ermm…

Umi: Anak umi ni okay tak? lesu jer umi tengok..

Fathi: Eh, Umi..tak delah..letih sikit la Umi.baru balik dari hospital tadi..

Umi: Alhamdulillah, ingatkan anak Umi ada masalah tadi. Kalau ada masalah, beritahu umi ya.

Fathi: Baik umi..Eh Umi, Fathi kena letak dulu..Fathi ada hal kejap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dimatikan panggilan itu. Sebolehnya dia tak mahu Uminya mengesyaki sesuatu..biarlah masalah dia,dia sendiri yang uruskan.

“Maafkan Fathi Umi..Fathi terpaksa tipu Umi” bisik hati Fathi.

Seminggu selepas peristiwa di Eye Of London, kegusaran hati Fathi masih belum tenang..setiap saat, gambar-gambar drama itu sentiasa bermain-main di fikirannya. Fikirannya buntu, dirasakan tekanan terus menghambat dirinya.

Dia sedar Allah sedang mengujinya.. tetapi dirasakan dia tidak mampu menanggung beban rasa bersalah ini. Lebih-lebih lagi dia terpaksa berhadapan dengan Farah sepanjang tempoh pengajiannya di UK.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Hati yang gusar itu dibawa jauh berlari ke satu tempat. Tempat yang dapat memberikan ketenangan dalam diriNya..

Mungkin sudah telah tertulis di Luh mahfuznya, Fathi bertemu semula dengan insan yang pernah membantunya sewaktu majlis menyambut pelajar baru dahulu.

“Assalamualaikum..ini Fathi pelajar perubatan tu kan.” Akhi Ikhsan memulakan bicara sambil melemparkan senyuman.

“Waalaikumussalam, eh..Abg Ikhsan. Lama kita tak ketemu ya.” Fathi membalas dengan berjabat tangan.

"Ya..agak lama. Seingat ana, last kita jumpa waktu majlis hari tu kan..enta apa khabar?"

Fathi secara tiba-tiba terdiam.. Dia menyoal pada dirinya..patutkah dia menceritakan segala masalahnya pada Akhi Ikhsan.

Fathi….

Sekali lagi, nama Fathi diseru kerana dia tidak menjawab soalan Akhi Ikhsan..

“Erk..maaf abg Ikhsan, dimana kita tadi ?”

“Enta, kita masih di Masjid UOM adik” setiap persoalan Fathi dijawab dengan suara yang tenang

Fathi memberanikan dirinya untuk menceritakan perkara yang berlaku..Dia menarik nafas dalam sebelum memulakan tuturnya..

“Abg Ikhsan..Saya ada masalah la..” bicara Fathi

“Masalah?

Mari..kita duduk dan berbincang dulu..” Akhi Ikhsan mengajak Fathi duduk berbincang tentang masalahnya..

Sebenarnya..

Saya…………………………………………..


__________________________________________________________________

Bab 9: Halaqah


Tanpa kau disisi..
bibir ku terkunci..
lidah ke kelu..
lalu aku terdiam..
tanpa sebutir bicara..

Tanpa kau disisi..
jasadku seperti dikunci..
tanpa seutas cerita..

Untuk mengubat..

Rindu dihati..

Kini..
Dunia yang ku rasa..
Seperti dunia tanpa warna..
kusam dan pudar..
tanpa secebis bahagia..

Ya..
Baru ku tahu...
baru ku sedar...
Baru ku yakin..

Hati ini telah dicuri..
oleh sang Puteri..
bernama..

Nur Farah Syakirah

~~~ Muhammad Fathi B. Adam Tan..0130,University Of Manchester~~~


Ditutup buku kecil itu. lalu diselitkan dibawah bantalnya..

Ya..buku kecil itu dia namakan sebagai diari kehidupan..tempat dimana dia mencoretkan segala rahsia kehidupannya.Coretan kali ini berkisarkan tentang luahan hatinya terhadap gadis bertudung labuh, Farah yang makin menjauhkan diri darinya..

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Walaupun matanya terasa sedikit berat..dicuba sedaya upaya, tetapi dia masih lagi tidak dapat melelapkan matanya.

Lantas, dia membiarkan dirinya terbaring di atas katil..memandang ke luar langit ilahi, sambil dibiarkan fikirannya melayang memikirkan bual bicaranya bersama Akhi Ikhsan pagi tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Enta..

Pertamanya, mari kita beristigfar dan muhasabah kembali diri kita. Lalu kita mohon keampunan dariNya.

Enta..

Kita kena ingat bahawasanya ujian yang kita hadapi sekarang ni..

Hanya secebis dari ujian yang menimpa sahabat-sahabat nabi.

Malah mungkin tidak sampai secebis.

Enta tahu kenapa ?

Kerana iman kita ini terlalu jauh jika ingin dibandingkan dengan mereka..

hati mereka itu suci..hati mereka itu bersih..

Mereka percaya dengan janji Allah..mereka yakin dengan pertolongan dari Allah..

Enta..Semasa daurah yang lepas di Pusat Islam ,Ustaz Salam ada berkongsi sedikit ilmu dengan kami..Jadi, ana rasakan, sudah tiba masanya untuk ana kongsikan juga pada diri enta..

Semasa ceramahnya..Ustaz ada menyebut tentang satu ayat ni..

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Katanya lagi..dalam kehidupan ini..Cuma ada dua tujuan hidup manusia diturunkan ke dunia. Pertamanya untuk beribadat dan keduanya untuk menjadi khalifah dimuka bumi.

Khalifah yang dimaksudkan disini, bukanlah merujuk kepada pemimpin negara sahaja..tetapi yang lebih utamanya adalah pemimpin kepada diri kita sendiri..Jatuh bangun diri dan iman manusia itu atas kehendak dirinya. Seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Ra’d :

…..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…

( Surah Al-Ra’d:11 )

Jadi..

Kita kena jelaskan pada diri kita..bila ujian datang menimpa..tak usah kita rasa resah,gusar atau gementar..Yakinlah pada janji Allah. Kalau kita dah mengalah bila ujian datang menyerang, bermakna kita sudah tewas dalam membentuk asas iman yang teguh dalam diri kita.

Enta..

Apa yang ana katakan sebentar tadi.. harap dapat memberi sedikit penjelasan pada enta. Ana bukanlah Malaikat..ana pun manusia seperti enta. Ada masa naik dan turunnya iman ini. Siapa tahu, suatu hari nanti, enta pula yang menasihati ana. Allah itukan Maha Besar.

Owh ya..

Satu lagi..

Kalau enta ada masa..marilah join Usrah bersama ana..Usrah ni satu bulatan kecil..kita bincang dan berkongsi ilmu agama sesama kita..

Ana tak paksa enta..kalau enta punya masa terluang, marilah join..

Ini no phone ana..

kalau ada apa-apa masalah..

boleh hubungi ana ya..

Ana terpaksa mengundur diri..ana ada kelas Mathematics lepas ni..

Assalamualaikum wbt..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seperti recorder..Fathi menghafal setiap butir bicara akhi Ikhsan. Dirasakan tidak sia-sia dia menceritkan masalahnya pada akhi Ikhsan.

Patut ke aku join Usrah tu?

Aku ni bukannya alim sangat..

Eh..wait a minute !

Farah pun join Usrah kan ?

Why don’t just I try it first..

Who knows..dengan cara ini..

Aku dapat pikat kembali hati Farah..

*Bisik hati Fathi..

Ternyata cukup sukar buat diri Fathi untuk melepaskan Farah pergi. Walaupun Farah bukanlah sesiapa pun. Tetapi dia tetap merasakan Farah calon isterinya..dia tidak akan berputus asa untuk mendapatkan si Dia.

Beepbeppeep…

Deringan Hp Akhi Ikhsan berbunyi..

From : +601238459575849

Date: 15 March 2013

Time : 3:00 am

Message: Salam abg Ikhsan..saya dah decide.Saya nak join Usrah.. ~Fathi~


_______________________________________________________________



Bab 10:Tersalah



“Saya dah nak sampai. Sekarang ni saya masih dalam stagecoach.
Ya, saya akan bergerak ke sana nanti.” Fathi ditalian memberitahu akhi Ikhsan.

Akhi Ikhsan mematikan talian telefon. Dia memberitahu mad’unya yang mereka akan menerima tetamu. Semua bergembira untuk menerima tetamu baru itu.

10 minit sudah berlalu.Fathi tiba di kediaman Akhi Ikhsan di No. 22 Rusholme Place. Dia bergerak perlahan menuju ke pintu rumah lalu mengetuk pintu..

“Assalamualaikum..” Fathi memberi salam pada tuan rumah.

“Waalaikumussalam..Fathi, Alhamdulillah..sampai juga enta ke rumah ana ya..jemput masuk.” Akhi Ikhsan menjawab salam sambil mengajak dia masuk ke rumahnya.

Sambil dia masuk, dia melihat isi rumah akhi Ikhsan..ada lebih kurang 5 orang sedang duduk bersila. Mereka lantas bangun berjabat tangan dan memeluk Fathi.

Fathi kebingungan..

Peluk? Dieorang ni buang tabiat ke ?” geli hati Fathi.

Ini merupakan kali pertama lelaki yang dia tidak kenali memeluknya..Sebelum ini, hanya Walid dan kaum keluarga terdekat sahaja yang memeluknya..itupun masih dirasakan rimas dan kurang selesa.

“Enta datang seorang je ke” Soal Jefri,salah seorang jejaka yang turut berada di dalam rumah itu.

“Ha’a..saya datang seorang ja”.. Fathi tidak banyak bercakap. Apa yang ditanya,itu yang dijawab. Dia masih bingung dengan layanan mereka sebentar tadi.

“Bismillahirrahmanirrahim..Baiklah antum semua,memandangkan semua dah ada disini..mari kita mulakan sesi usrah kita dengan Umul kitab al-fatihah.” Pinta Akhi Ikhsan.

Seusai membaca al-fatihah..Akhi Ikhsan memberikan arahan sekali lagi..

“Baiklah, setiap seorang baca Quran sehelai seorang,lepas tu kita tadabbur ayat..kita mulakan dengan Zafran”

Ha?
Baca Quran?
Sehelai seorang?
Tadabbur ayat?
Ape semua ni?
Dieorang ni buat ajaran sesat ka?
Aku mana ada bawa quran..aduh!

Arahan Akhi ikhsan sedikit membingungkan hati Fathi..hatinya yang bingung tadi bertambang rungsing. Ingin saja dia berlari seribu hasta dari situ..

Tetapi……

Fathi..

Fathi..

“Erk..ya” “Enta sambung ayat tadi ya..nah, ambil Quran tafsir ni” pinta akhi Jefri sambil menghulurkan Quran tafsirnya..

Bacaannya sedikit tersekat. Tetapi dia dibantu sahabat-sahabat seusrah..dia sedikit malu dengan mereka. Bacaan mereka semuanya lancar. Dirinya terasa hina berada disamping mereka semua..

“Okay..ada sesiapa nak tadabbur ayat..Silakan..” suara akhi ikhsan sekali lagi kedengaran.

“Fathi, enta ada nak kongsi apa-apa?” Akhi Ikhsan mengalih perhatiannya kepada Fathi yang sedikit diam ketika itu..

Akhi Ikhsan sedar yang Fathi tidak pernah mengikuti mana-mana usrah. Jadi, dia mungkin sedikit gusar. Lalu dia di datangkan ilham untuk menarik perhatian Fathi..

Okay semua..
Kita semua main satu permainan..
Antum semua mahu..

Permainan?
Semua saling memandang antara satu sama lain..
Masing-masing mula memikir.

“Akhi..kita nak main apa ni?” suara Qofa kedengaran.

Okay..hari kita ada tetamu kan..kita pun tak kenal sama kita..apa kata kita mulakan dengan sesi taaruf.. tapi taaruf kali ini ana nak buat lain dari yang lain.


“Okay..antum kena mulakan sesi taaruf dengan perkenalan diri dan nyatakan satu barang yang ada kat dapur rumah ana..”

“Baik,kita mulakan dengan Qofa” pinta Akhi Ikhsan

Assalamualaikum..
Nama ana Muhammad Qofaruddin Bin Mohd Mansor..
Asal Tambun,Perak dan sekarang tahun 2 TesL.
Ana pilih batu losong..

Assalamualaikum..
Nama diberi Muhammad Zafran bin Jaaffar..
Ana asal Pontian,Johor..
Sekarang ni ana chemical engineering, tahun 2.
Ana rasa kat dapur enta ada kuali..hehe

Selang kemudian, tiba giliran Fathi..

“Aduh..aku ke saya ke ana? Alah, mana-mana jelah” Bisik hati gusar Fathi

Assalamualaikum..
Nama saya Muhammad Fathi Bin Adam Tan.
Asal Marang, Terengganu.
Sekarang ni penuntut Jurusan perubatan tahun 2.
Saya rasa, mesti ada habuk kat dapur. Jadi saya pilih habuk.

Ape? Habuk?
Hahaha..semua disitu bergelak ketawa dengan jawapan Fathi..

“Akhi..ana rasa lepas ni enta kena cuci dapur enta bersih-bersih” gurau senda Jefri pada murobbinya, Ikhsan.


“Baiklah..semua dah ada jawapan masing-masing kan..So, sekarang ni ana nak antum gunakan perkataan tadi dalam ayat ni..”

“Hari-hari saya gosok gigi..hari-hari saya gosok gigi dengan ____________”


“Hahaha! ”
Lot rumah No. 22 Rusholme Place diriuhkan dengan gelak ketawa Usrah Akhi Ikhsan. Mereka semua ketawa melihat gelagat jawapan semua orang. Ternyata mereka cukup geli hati dengan permainan itu.

Permainan itu juga berjaya mengurangkan rasa kurang senang dalam diri Fathi. Fathi juga semakin bersuara dan aktif dalam usrah pertamanya. Ternyata dia tersalah anggap dengan erti usrah itu.


Akhi Ikhsan dapat lihat perubahan tersebut. Dalam hatinya, dia bersyukur diberikan ilham sedemikan. Dia juga berharap Fathi akan terus thabat dalam jalan ini.

Tarbiyah bukan sahaja untuk mereka yang dalam jamaah,

tetapi tarbiyah ialah juga untuk ummah.

Ini adalah risalah dakwah KITA."

{Dr Mahmoud Ezzat, Naib Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin}

1 comments:

Anonymous said...

like

Post a Comment