Saat Hati Disentuh (3)




Bab 11: Kembali


“Farah..Okay tak macam ni ?” soal Alia pada sahabatnya,Farah.

“Subhanallah..cantik sungguh Alia..wah, dah macam Fatimah Syahra dah Farah tengok..hihi” gurau Farah pada Alia..

“Ala, saja nak perli Lia la tu..” Alia menarik mukanya.

“Ala busuk-busuk..merajuk ker? Kalau suka merajuk, nanti tak comel dah..hihi” Farah cuba membuat lawak untuk menarik hati Alia semula.

“Alah, biarlah. Lia memang comel pun kan..Hihi” Ayat balas dari Alia


Gelagat Alia membuat kedua-dua sahabat ni bergelak sesama mereka.


Dalam lubuk hati Farah, dia sangat bersyukur pada Allah..kerana sahabatnya kini telah berubah 180 darjah. Daripada seorang gadis ‘free-hair” kepada seorang gadis yang menutup aurat. Dia hanya mampu memanjatkan kesyukuran pada Allah.


Coretan manis itu akan sentiasa tertanam di hatinya..dia sendiri terkejut dengan anjakan paradigma yang di ambil sahabatnya itu. Saat itu, dia bisu seribu bicara..hanya butiran permata mampu menggambarkan peristiwa.


“Eh, Farah..kenapa menangis ni? Alia bertanya apabila melihat sahabatnya tiba-tiba menangis.


“Ermm..tak de pape lah Lia..mata Lia masuk habuk tadi” balas Farah.. dia seboleh-bolehnya ingin merahsiakan perasaan gembiranya itu.


ketika cinta bertasbih, nadiku berdenyut merdu
…Hp Farah berbunyi..


“Assalamualaikum..ye ana……………….” Farah menjawab panggilan itu.


“Lia..dah siap? Jom, mereka semua dah tunggu diluar” Soal Farah selepas mematikan panggilan tadi.


Dieorang dah sampai ya?
cepatnya..Okay..Jom!

Jawab Alia sambil memimpin tangan sahabatnya keluar dari kediaman mereka..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di kediaman sang putera ..lain pula ceritanya..

Fathi meribai wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Mata yang terasa berat itu dipejamkan seketika supaya keletihannya berkurangan. Nota-nota hafalannya berselerak diruang meja studynya. Sedikit tekanan dirasa dalam dirinya bila memikirkan banyak ruang di “log book” tidak terisi.


Itu baru “Log book”, belum lagi difikirakan tentang “case” yang perlu dibentangkan di depan Prof Barman. Terasa otaknya seperti dicarik satu persatu-satu. Beban dalam “fasa klinikal” cukup membebankan dirinya.


Sebenarnya, Fathi seorang yang pandai menguruskan masanya. Kalau dulu, dia antara pelajar terbaik dalam akademik. Tetapi selepas kemaruk mengejar cinta Farah, dia jadi tak tentu arah.

Dia ingatkan apabila dia “join” usrah, Farah akan terbuka pintu hati untuk menerima cinta Fathi. Tetapi, seperti manusia mengejar bayang-banyangnya. Lagi dikejar cinta Farah, lagi Farah cuba melarikan diri.


“Fat..tido ke? ” Syamim menegur sahabatnya yang sedang terlelap dibangku meja. Dia baru sahaja pulang dari futsal.

Fathi sedikit demi sedikit membuka matanya, lantas melontarkan senyuman pada roommatenya, syamim yang baru duduk di atas katil. Walaupun keletihan, dia tetap setia melayani sahabatnya itu. Teman sebiliknya yang hampir 4 tahun itu sudah dianggap seperti adik kandungnya.

“Fat..kenapa ni? Aku tengok kau letih semacam jer? Ko sihat tak?

Kerisauan Syamim terhadap keadaan Fathi membuktikan keikhlasan dia bersahabat dengan Fathi.

Fathi tidak mampu menjawab segala persoalan yang dituju. Dia hanya diam dan sepi tanpa sebarang kata. Yang ada cumalah ukiran senyuman yang tak pernah lekang.


“Haish, ko ni Fat..kita ni kawan dah dekat 4 tahun Fat. Susah senang kita hadapi bersama..macam mana pun aku tetap sayang sahabat aku sorang ni.."


“Dah la, ko pergilah berehat dulu..nanti aku belikan makanan malam..kau nak pesan apa-apa tak?” bicara Syamim sambil membuka pintu bilik dan bersedia untuk keluar..

“Mim…thanks. ” perlahan saja suara Fathi waktu itu..dia benar-benar dalam keletihan selepas On-Call seharian..

“Alah..small matter..kita kan sahabat..”


Ditutup pintu bilik itu lalu beredar pergi..

___________________________________________________________



Bab 12: Cinta


Seperti biasa, seusai sesi membaca Al-Quran, Akhi Ikhsan akan meminta adik-adiknya untuk tadabbur ayat. Kali ini Akhi Ikhsan memilih surah Al-imran : 31……


Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

{3;31}


“Jefri..enta ada nak kongsi apa-apa dengan ayat ni.” kedengaran suara akhi Ikhsan bertanya kepada Jefri.

“InsyaAllah..ada..kalau ada salah silap..betulkan ana ya.” Pinta Jefri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Based on ayat ni..Allah meminta kita untuk mencari cintanya..Tetapi, dalam konteks kehidupan kita pula, ana hanya ingin berkongsi tentang “cinta” itu sendiri..

Seperti yang antum semua lihat sekarang ni, cinta itu ada dimana-mana . Ada manusia yang cintakan harta, ada manusia yang cintakan artis-artis pujaan. Tapi, yang paling ana nak tekankan di sini adalah cinta pada kaum hawa.

Ana bukan bermaksud nak hentam mana-mana pihak, tetapi pada pandangan ana sendiri. Dan ana sendiri pun berharap tiada dikalangan kita yang berkelakuan sedemikian rupa.

Pada pendapat ana, manusia ini suka dibelai, dimanja dan diberi perhatian. Bila mereka tak jumpa semua tu pada Pencipta mereka yakni Allah, mereka akan mula mencari cinta dusta, yakni cinta manusia.

Ana ada terbaca tentang cinta ni. Dan ana tertarik dengan kata-kata penulis tu..

Cinta adalah tanggungjawab..
seorang hamba kepada Sang Khaliq..

Cinta juga adalah anugerah..
bukti betapa Dia Maha Kaya..

Ana rasa ayat ni sesuai buat kita semua. Rasanya itu saja. Allahualam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Subhanallah..hebat sungguh enta berkata-katanya..Jzkk..” Pujian Akhi Ikhsan pada Jefri.

“So, ada lagi yang nak menambah?” Akhi Ikhsan bertanya kembali.

“Akhi..ana ada nak kongsi..harap dapat kaitkan dengan penerangan akhi jefri tadi.” Jawab Qofa.

“Silakan..” balas Akhi Ikhsan.

Qofa memulakan hujahnya..

Bismillahirrahmannirrahim…………….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasan Basri pernah ditanya kenapa melamar Rabiatul Adawiyah. Then, dijawab dia tertarik dengan mata Rabiatul Adawiyah. Jadi Rabiatul Adawiyah pun dapat tahu rupa-rupanya matanya yang telah membuatkan Hasan Basri jatuh cinta kepadanya.

Rabiatul Adawiyah yang terkenal dengan kesufiannya,tidak menerima lamaran Hasan Basri, Sebaliknya, dia sanggup memberi matanya untuk Hasan Basri. Dia lakukan semua ni sebab cintanya hanyalah satu sahaja iaitu Allah..

Lalu, apabila sampai mata tu di tangan Hasan Basri, terkejutlah dia..Lantas dia ditegur oleh Rabiatul Adawiyah.


Rabiatul Adawiah : Hai Hasan,dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian, 9 untuk lelaki 1 untuk wanita.
Rabiatul Adawiyah : Dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan nafsu?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian, 9 untuk wanita 1 untuk lelaki.
Rabiatul Adawiyah : Hai Hasan , aku dapat menguasai 9 nafsu dengan 1 akal, sedangkankamu,

pihak lelaki tidak dapat menguasai 1 bahagian nafsu dengan 9 akal yang

kamu dapat.



At the end..Rabiatul Adawiyah menjadi buta, manakal Hasan Basri hanya mendapat mata tu ja..Allahualam..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“kalau ana jadi Hasan Basri, memang tercabar juga iman nih..Haha” Qofa menghabiskan pendapatnya dengan sedikit gelak ketawa.”

“Mumtaz! Hebat enta semua ni..ana kagum dengan enta semua..Ana doakan kita semua mendapat cinta yang terbaik untuk diri kita..”

“InsyaAllah..” semua disitu serentak menyebut kalimah ini.

____________________________________________________________


Bab 13: Sedar


Fathi membuka FBnya..dicari nama “Murobbi Cinta”..Murobbi Cinta adalah Akhi Ikhsan. Ada sesuatu yang ingin dibicangkannya.

Tut!

Fathi: Salam Akhi, ana nak bertanya ni?

Murobbi Cinta: W’salam..ya akhi Fathi..insyaAllah..apa yang ana dapat jawab,ana jawab.

Fathi: Hati ana ni gundak-gelana. Ana masih teringatkan pasal “cinta” yang kita bincangkan

tempoh hari.

Murobbi Cinta: owh,kenapa ya enta? Boleh jelaskan..Ana kurang jelas..asif =)

Fathi: Niat sebenar ana masuk usrah adalah untuk menarik hati Farah..Ana dah lama minat Farah ni. Tapi dia selalu menjauhkan dirinya daripada ana. Ana buntu waktu tu. Ana hanya fikir Usrah ja yang dapat tarik hati Farah. Tapi, ternyata ana salah. Bila dia tahu ana join usrah, dia menjauhi ana. Ana betul-betul cintakan dia akhi. Macam mana ni akhi? =(


Mesej Fathi tidak berbalas..agak lama dia menantikan jawapan dari naqibnya.

Secara tiba-tiba bb-nya berdering..

“Salam, ana ada diluar rumah enta..mari kita bincang di Masjid UOM”

Rupanya-rupanya murobbinya telah mengambil langkah drastik dengan datang menemuinya. Dirinya terasa dihargai.

Bummm!

Pintu bilik ditutup! Fathi berlari anak.. Dia tidak mahu akhi Ikhsan menunggu lama…


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tok tok tok!

“Assalamualaikum..” Panggilan salam dari Fathi..

“Waalaikumussalam.ha, ko ke mana dari tadi. Aku call pun tak angkat.” Balas Syamim

“Aku keluar bandar tadi. Sori wei..aku tertinggal Hp dalam laci la” Dia menjawab setiap persoalan sahabatnya sambil mengeluarkan handphonenya dari laci meja.


*One message receive from Akhi Ikhsan..


“Assalamualaikum wbt..alhamdulillah..moga apa yang kita bincangkan tadi. dapat enta hadam dengan sebaik mungkin. Jangan lupa baca “hadis pertama”..assignment utk enta ^.^”

Fathi mencari buku hadis yang dihadiahkan Zafran, geng usrahnya. Dibelek satu persatu buku-buku yang tersusun rapi di rak bukunya..

“Ha, nia dia..kat sini kau terselit ya!” bisik hati Fathi sambil membuka hadis pertama.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


“Hmmm…ternyata aku tersalah selama ni.” Bisik qalbu Fathi.

Dia ternyata kembali sedar. Sedar akan kesilapannya.Kini dia yakin dan faham fungsi usrah. Dia juga rela hati untuk ditarbiyahkan.

“Terima kasih Akhi” dia mengesat airmata yang berciciran jatuh.

“Eh, Fat, ko kenapa? Asal tetiba nangis ni?”

Syamim dari tadi asyik memerhatikan lagak gaya fathi sementala pulang. Dia risau kalau ada apa-apa yang terjadi pada sahabatnya.

“Eh..tak da apa-apa lah..aku mengantuk ni ha ? Fathi cuba menyembunyikan rasa hatinya.

“Yelah, papelah..eh,by the way..aku nak beritahu ni..hujung minggu ni aku balik Malaysia”

“Balik? Ko nak buat apa balik waktu camni? ” Syamim tiba-tiba tekejut dengan kenyataan Syamim.

“Dah-dah, dah macam nangka busuk ja aku tengok muka kau..dont worry, aku ada urusan keluarga sedikit..nanti aku belikan kau serunding ayam ek..hehe”


_________________________________________________________


Bab 14: Sibuk


“Farah..bittaufiq wannajah..moga kita semua dapat jawab “long case” dan pass exam Pro ni nanti..InsyaAllah” Kata Alia.

“Jazakallahu khairan ya sahabat..ana turut mendoakan yang terbaik buat enti” balas Farah.

Hari ini merupakan Pro-exam bagi pelajar medic Gen 32. Sekiranya mereka lulus..mereka akan keluar dari situ dengan title “Dr”..

Fathi juga tidak terkecuali..disisi hujung jendela itu, dia tenang. Setelah berusaha sedaya mungkin, kini dia meletakkan segala harapan pada Allah.

Tarbiyah bukan segalanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah..

Selepas peristiwa “cinta” dirumah akhi Ikhsan, Fathi betul-betul focus pada Dakwah dan Tarbiahnya ( DnT ).Kini,sudah menjangkaui 3 tahun dia bernaung dibawah payungan usrah..Saat itu, dia sudah punya adik-adik seramai 5 orang. Dia kini sudah berjaya menjadi seorang daie yang unggul.

Kepetahannya dalam tutur bicara, telah menyakinkan Geng Ikhwah untuk melantik dia menjadi Person In Charge (PIC) untuk group dakwah under pelajar medic UOM. Dia betul-betul telah melupakan cinta nafsunya pada Farah.

Farah pula seperti biasa..masih kekal dengan imej solehahnya. Dia juga telah dilantik menjadi PIC untuk Geng Akhawat.

Sahabat Farah, Alia kini betul-betul seperti Fatimah Syarha. Dia kini kiat berdakwah dengan keayuan penanya. Gaya penulisannya mampu membuat hati manusia meronta-ronta untuk berubah.

Syamim pula ? Sudah berhenti dari UOM.. Dia hilang tanpa khabar berita.. Sahabatnya, Fathi juga tidak tahu ke mana dia pergi. Dia hanya mampu berdoa memohon dipanjatkan rahmat ke atas sahabatnya itu.

_____________________________________________________


Bab 15: Penutup


“Aku terima nikahnya Noor Alia binti Basir dengan mas kawin 300 ringgit tunai..”

“Sah para saksi? ” Tanya tok kadi pada para saksi.

“Sah !” semua saksi bersetuju dengan akad nikah tadi.

“Alhamdulillah…..” kalimah ini bergema di Masjid Besi,Putrajaya.

Penyaksian kepada terbinanya sebuah mahligai indah yang diwarnai Islam yang sebenar..

“Tok..boleh ana pimpini bacaan doa?” Pinta si pengantin lelaki.

“Eh..silakan..lagi molek..haha” Jawab Tok kadi sambil bergurau.

Al-fatihah………………lantang suara pengantin lelaki.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah Ya Tuhan kami..

dengan barakah dan inayah daripadaMu..

kami telah selamat diijab kabulkan pada petang yang berbahagia ini..

maka Engkau berkatilah masjid yang baru kami bina ini ya Allah.

Ya Allah..

Engkau suburkanlah perasaan kasih sayang..

dan lemah lembut antara kami berdua.

Kau tunjukkanlah pada kami jalan ketaqwaan dan petunjukMu..

Panjangkanlah umur kami di dalam kesenangan dan kebahagiaan, kegembiraan yang berkekalan dan hati yang lapang.

Ya Allah..

Engkau jadikanlah dalam hati kami ini..

berasa cukup dengan apa yang Engkau rezekikan..

dan peliharalah rumah tangga kami.

Ya Allah..Tuhan yang Maha Pemurah..

Kurniakanlah kepada kami kesabaran dan ketenangan..

di dalam menghadapi segala cubaan hidup berumah tangga yang penuh pancaroba lebih-lebih lagi di akhir zaman ini.

kurniakanlah kepada kami..

zuriat yang soleh dan solehah serta taat pada perintahMu ya Allah.

Ya Allah..kau perkenankanlah doa kami ini ya Allah..

Amin…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Barakallah…moga hidupmu dipenuhi barakah..tahniah sahabatku.” Farah mengucapkan tahniah kepada sahabat baiknya.

Dia tidak menyangka Alia sudah pun berumah tangga..pipinya dilimpahi air mata kegembiraan. Dia sangat gembira melihat sahabatnya telah bertemu dengan lelaki Soleh.

“Syukran ya sahabat..ana tak sangka jodoh ana yang sampai dulu..” balas Alia sambil mengesat air mata sahabatnya.

Alia sendiri tidak mengerti apa yang terjadi, sedangkan Farah yang mengisi borang “baitul muslim”..tetapi alik-alik dia pulak yang bernikah.

Bernikah pulak bukan dengan calang-calang orang..Ustaz Syamim pulak tu.Dia betul-betul terkejut. Dia rasakan dia seperti bermimpi.

Kini..baru dia sedar..kehilangan Syamim dari UOM adalah kerana dia ingin mengubah dirinya. Sebab itu dia nekad untuk keluar dari UOM dan mula menuntut ilmu agama di Universiti Al-Azhar. Dia sangat terharu dengan pengorbanan Zaujnya..

Burkkk!
Dua insan bertembung secara tiba-tiba..

Fathi..?
Farah..?
Masing-masing terkejut..lidah mereka tiba-tiba kelu.

“Erk…ana…erk…ana…minta maaf..ana tak perasaan tadi ” Fathi meminta maaf..suaranya sedikit tersekat-sekat.

“Tak mengapa sedara..ana yang salah..maafkan ana..maaf,ana terpaksa beredar..assalamualaikum” balas Farah sambil berlalu pergi.

Jantung Fathi berdegung kencang..lakonan bisu yang pernah terjadi 6 tahun lalu seperti dilakonkan kembali. Lidahnya seperti digam.

“Fat.. Farah masih tak berpunya..enta pergilah jumpa parent dia”… dari jauh Alia nampak Syamim membisikkan sesuatu pada Fathi..

“Selepas apa yang berlaku..sudikah Farah terima aku jadi suami dia? Soal hati Fathi…

Tatkala CINTA itu hadir..

untuk bertasbih dalam hati manusia.

Manusia bagaikan terawang dalam lamunan CINTA itu..


Manusia ibarat tidak bisa membezakan..

cinta manusia atau cinta Allah..

Itulah hebatnya kuasa CINTA!..

Islam itu hadir utk kita mencintainya..

supaya kita ini mampu utk menginfaqkan ketulusan CINTA kita ini..

untuk Islam tanpa berbelah-bagi..


Saat Hati Disentuh..

Maka terserlah kuasa cinta..

yang mengubah segala paradigma kehidupan...

Saat Hati Disentuh..

maka terbayang hakikat kekuasaan Allah..

yang menyebarkan cinta kpd hambaNya...

Ya Allah..

sampaikanlah tahap kecintaan yg tertinggi kepadaku..

terhadap agamaMU.

~Lensa Daie~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~TAMAT~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. selesai membaca..
Penulisan yang baik untuk first time writer..
Simple and nice..
Lepas ni leyh try wat lagi..
=)

fnatasha.hafizi said...

subhanallah..hati ni terdetik seketika.. ^__^ nice one doc.. :)

Q' said...

mengapakah?...haha

anyway..nice..hope for another series

me~ said...

nice one ^_^

Post a Comment