Siapa Lelaki itu ?


Siapa lelaki itu?

Dalam kesibukkan belajar, masih mahu berprogram? Cuti musim panasnya diisi dengan menjadi tukang sapu, dan gajinya diberi bulat bulat kepada dakwah? Cukup jumlah yang diperlukan, terus berhenti kerja. Sudah, bukanlah duit itu untuk dirinya. Malamnya berbulatan gembira dengan adik adik, tidurnya sejam dua, kemudian terus bangun tanpa buang masa.

Siapa lelaki itu?

Katanya seorang jurutera dari syarikat minyak, tapi rumahnya kosong sahaja? tiada sofa, tiada perabot perabot, tiada peti tv. Yang ada cuma meja makan. Zaujahnya tidak berisi barang perhiasan. Cuma sebentuk cincin tanda perkahwinan.

Siapa lelaki itu?

Katanya seorang doktor, tapi mengapa sudah berkerja lebih dua puluh tahun namun hanya mampu membeli motor? Dengan motor itu dia berulang alik ke sana ke mari. Mujur baru baru ini zaujahnya menghadiahkan sebuah kereta Wira, semoga ringan beban bersama.

Siapa lelaki itu?

Katanya seorang pelajar tajaan di luar negara, tapi kenapa hidupnya tak kena? Selalu berlapar, pernah hanya bermodal sebiji telur, dikongsi bersama enam orang ikhwah yang lain sekali makan. Kuahnya dibuat biar lebih, telur itu disuap sama rata.

Siapa lelaki itu?

Dengar katanya sudah 4 kali dibedah, dan baru keluar wad kerana denggi. Tapi mengapa tabahnya dia turun berprogram bersama sama? Berjumpa dengan ikhwah, tiada riak wajah duka dia sua. Mengapa tahajudnya lebih lama dari orang orang sihat biasa?

Siapa lelaki itu?

Berlapang dada yang sangat luar biasa. Keretanya dia pinjamkan kepada seorang akh, namun tidak lama selepas itu kereta itu dicuri. Apa katanya? "Biarlah. nak buat macam mana.."
Mengapa ukhwah padanya lebih berharga dari harta dunia?


Siapa lelaki itu?

Mereka sekadar lelaki biasa. Manusia yang bersaudara kerana Allah, dan berkerja untuknya.

p/s:
Perkongsian dari seorang sahabat: Menang atau Syahid Adwa' ^.^

0 comments:

Post a Comment