Kembara Ukhuwah


Assalamualaikum wbt..
segala pujian hanya untuk-Mu ya Allah..
yang telah menemukan aku dengan sahabat-sahabat seperjuangan ini.. Ya Allah..

Ternyata diri ini masih lemah..
lemah dalam memupuk ciri-ciri daie yang mantap..
Hinggakan aku sendiri telah terlupa..

Ya..
aku telah terlupa..
tentang satu cerita..
Cerita Ukhuwah antara KITA..

Pemergianku dari TLD..
telah membawa diri ini untuk terus berlayar menyelusuri ufuk selatan..
Tempat dimana segala cerita yang telah Allah susunkan dengan sebegitu baik sekali..

Sahabat..
bila berbicara tentang Ukhuwah..
sering kali ianya dikaitkan dengan iman kita..
menurut Iman Assyahid Hasan Al-Bana(IHAB),

Ukhuwah adalah:

“Hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah”

Sahabat..
Bila dikatakan tentang hati dan jiwa yang terikat..
beerti ianya terikat dengan ikatan tauhidullah..
dan bukanlah dengan ikatan yang lain..


Mengapa perlu Ikatan tauhidullah, kenapa bukan ikatan yang lain?


Sahabat..
Ukhuwah itu terbina atas dasar tauhid kepada Allah SWT.
kerana ianya merupakan ikatan yang paling kukuh.

Jadi..
dengan ukhuwah..
seseorang itu akan merasai bahagia bersama-sama dengan saudaranya.
Malah, dalam Al-Quran, Allah telah berfirman:

A103

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
[3:103]


Sahabat..
jangan dipaksa “ukhuwah” ini..
kerana ukhuwah adalah anugerah Allah..
anugerah kepada orang-orang yang beriman.
dan ianya bukanlah ciptaan manusia..

ana sertakan dengan dua contoh..
harap ianya dapat menerangkan..
betapa “Ukhuwah” ini adalah anugerah kepada orang-orang yang beriman.

Seperti yang ana katakan tadi..
kembara bersama sahabat ke mersing-JB..
telah menemukan ana dengan “Sifat” itu..

kerana sepanjang perjalanan..
ana hanya mampu menjadi pemerhati..
kepada persahabatan antara Akhi Muta’al dan Akhi Siddiqi..

Ana hanya mampu tersenyum..
melihat betapa ukhuwah antara mereka kukuh..
Kukuh seperti iman mereka..

“Enta, bagi sikit keropok tu kat ana.” kata Siddiqi pada Muta’al

apa yang ana lihat..
sahabat ini bukan hanya memberi..
malah menyuapkan pada sahabatnya..

Subhanallah..
bagi yang tak cukup iman,
pasti akan merasa geli,rimas,annoying dengan sikap mereka..
tapi itulah bukti ukhuwah yang mantap!

Saat itu..
ana teringat peristiwa “first time” disuapkan makanan dalam mulut ana..
waktu tu ana terkesima kejap..
siapa lagi kalau bukan murobbi terchenta ^.^

Sahabat..
Allah itu Maha Besar..
bukan peristiwa itu sahaja yang Allah tunjukkan pada ana..
tetapi Allah tunjukkan lagi satu peristiwa..
peristiwa yang betul-betul menguji “ukhuwah” antara 2 sahabat ni..

“Siq,habis duit ana..hilang 900..duit program 500 pun hilang..ya Allah” Rintih akhi Muta’al

Dipendekkan cerita..
akhi Siddiqi yang turut kesempitan wang..
lantas menghulurkan wang kertasnya pada sahabatnya..
balance 10 digunakan utk tol dan minyak kereta..

Ya Allah..
sungguh kuat iman mereka..
ternyata ana masih belum mampu sekuat iman mereka..

Sahabat..
Ukhuwah mampu mengukur tahap keimanan seseorang..
Ukhuwah itu terjalin atas dasar iman yang kukuh..
Tanpa Iman,rosaklah Ukhuwah..

Akhir kata, ana mengucapakan ribuan terima kasih pada sahabat-sahabat yang turut menjayakan kembara Ukhuwah ini..

Pilot:
Akhi Siddiqi


Co-Pilot :
Lensa Daie


Co-GPS:
Akhi Mutaal


Penginapan dan makan minum hari pertama:
Akhi Rais Yatim dan keluarga


Penginapan dan makan minum hari kedua:
Akhi Hilmi Razak dan keluarga

p/s:
kepada saudara Rais : Udang tu sedap,tapi jangan risau..gatal-gatal tu dah hilang ^.^
kepada saudara Hilmi Razak, "Mee Ukhuwah" tu jangan lupa habiskan.. ^.^

*KITA:
saudara-saudara seperjuangan di medic unisza..ukhuwah antara kami tak dapat digambarkan dengan kata-kata..terlalu banyak rahsia ^^

Ditulis oleh ~lensadaie~

2 comments:

Iman Lurv Islam said...

ha, da lama x drop by here...tapi xtahu la knp aku boleh tersentuh baca entry ni...aku suka part *KITA...terlalu banyak rahsia...nice...

IQRA SOLUTIONS said...

Salam Ukhuwah dapatkan Pen pembaca Al-Quran dari kami sempena promosi Ramadhan kami menawarkan harga istimewa

Post a Comment