Nikmat



Assalamualaikum wbt..

NIKMAT….
ape itu nikmat?????

Nikmat tu mesti sesuatu yang menyenangkan dan mengembirakan kita kan…..dan bila kita bertanya ttg nikmat terbesar yg Allah kurniakan kpd kita,dan jawapan skemanya yg mostly muslim jwb……

“Nikmat terbesar bagi saya mestilah nikmat islam”

Tapi sekali lagi cube tanya pada diri sendiri…..
betul ke tidak kita betul-betul faham nikmat islam yg Allah kurniakan kpd kita semua???

Apakah kita pasti dan yakin..
yang kita sudah menggunakan nikmat islam nih sebaik mungkin???

ISLAM…..

memang mudah nak sebut…..
sgt mudah…
even nak jadi org islam pun mudah….
klu parents kita islam,kita InsyaAllah pun akan islam…
plus kat IC pun dah ter’cop’ yg kte nih islam…

mudah kan?????

Mungkin sebab mudah lah..
ramai org yang tidak menghargai nikmat islam yang Allah beri nih..
berbanding dgn seseorg yg berusaha utk cari agama yg benar..

kita ambil contoh golongan mualaf..
mereka lebih bersyukur dan menghargai nikmat islam yang mereka MINTA kat Allah…

Tapi kita…..
TANPA MEMINTA…..
Allah beri kita nikmat tu kat kte……
tapi,adakah kita menghargai nikmat tersebut??

tak rasa malu ke,tanpa kita minta,Allah tetap rahmati kita dgn nikmat islam ni…..tanpa kita minta kawan2….tapi Allah tetap bagi…..

Sebab ape?????
sebab Allah sayang kat kita….

tetapi maaf..
sekali lagi ana bertanya….
dah cukup ke tidak kita menghargai nikmat Allah nih????
cuba tanya hati kecil sahabat-sahabat semua..
dan jwb soalan dibawah ni dgn jujur….

Adakah kita mengaku je islam,tapi karat2 jahiliyyah masih melekat dalam hati????

Adakah hati kita gembira tatkala kita menyembah Allah???

Adakah sesuatu ibadat itu dilakukan semata-mata untuk menyelesaikan,
dan bukan sbg satu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada-Nya???

Adakah kita dah merasa puas dgn nikmat Islam ini sehingga
jika kita ditakdirkan untuk mati pd esok hari,kte dah bersedia???

Adakah kita yakin Islam yg kte pegang ni islam yg sebetul2nya,
dan bukan islam hanya pada IC???

Kita yakin tak Allah bangga dgn kita sbg hamba-Nya???

DAN ADAKAH KITA BENAR-BENAR IKHLAS DALAM AGAMA ALLAH NI??


Ikhlas dalam diri hanya Allah je yg tahu….
malaikat,syaitan,even diri sendiri pun tdak boleh nak pastikan..
betul ke kita ikhlas?

Ikhlasnya seseorang hamba tu apabila dia hanya mengharapkan redha Allah dlm segala amal dan ibadatnya…….hanya redha Allah,bukan yg lain-lain…

Segala puji bagi Allah yang maha tinggi,apabila Dia Mencintai seseorang hamba,maka akan ditetapkan dan dimatikan hamba tersebut dalam islam…..ternyata Allah Sayang kat kte…..

Sepatutnya,tiada kegembiraan yang lebih besar dari bagi seseorang hamba selain kegembiraannya terhadap islam….kita mestilah bersyukur kpd Allah kerana menjadikan diri kita seorang muslim….

Dengan rahmat Allah,kita dilahirkan sebagai muslim dgn Allah mencampakkan Islam dan iman dalam hati kita tanpa kita memintanya dan berharap agar Allah mengurniakan kte syurgaNya tatkala kte memintanya…Amin……

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
[Surah Al-Isra':97]


p/s: perkongsian ilmu dari murabbi cinta

4 comments:

ijatazyan said...

tak dapat dinafikan masih terdapat karat dalam diri ni..

assalam, senior, nak tanya, senior ade buat page fb TLD tak? pendapat saya, blog senior ni banyak pembaca, jadi senang kalau ada page, bagi yang tak jadi follower blog senior ataupun tak ada blog, supaya dapat tahu perkembangan blog ni, dan juga bagi followers yang tak ada personal fb senior. sekadar cadangan. salam..

~Ahli TLD~ said...

W'salam wbt..insyaAllah..Pihak TLD akan pertimbangkan cadangan enti..Jzkk..Selamat beramal

Anonymous said...

salam, ana setuju denagn cadangan tu, ape2 pun, keputusan di tangan TLD. macammana nak join jd ahli TLD ni? terbuka pada semua ke?

Travelog Lensa Daie said...

W'salam wbt..

Ijatazyan:
Setakat ni belum ada lagi..insyaAllah..nanti ana akan cuba usahakan..insyaAllah..hmm...bila kita berbicara tentang ramai pembaca..mungkin ianya satu bonus buat kami,ahli-ahli TLD...agar segala yang kami cuba sampaikan..dapat sama-sama kita muhasabah balik diri kita..dan sama-sama kita beramal dengan akhlak-akhlak yang baik..itu lebih utama daripada ramai pembaca,tetapi kurangnya yang ambil iktibar dan start berubah..

Anon:
W'salam..rasanya kalau enta/i ada baca post ana(lensa daie) berkenaan dengan Skim Simpanan Syurga[SSS]...ada terangkan cara dan bagaimana..
Begini..kalau enta/i berminat..boleh hantarkan artikel tulisan enta/i ke email ana(lensa daie) di email csi_mejar@yahoo.com...enta/i diberi kebebasan dalam cara menyampaikan artikel masing2..tajuk juga bebas..cuma nanti ana akan edit dan oleh bila dimasukkan ke blog..sertakan sekali nama pena utk memudahkan kerja admin..Jzkk..

p/s: setakat ni peluang menjadi ahli TLD masih lagi dibuka..
FB: Csi Haikal Azahar..boleh pm utk keterangan lanjut..


Allahualam..Assalamualaikum wbt..
~admin~

Post a Comment