Sekilas Kenyataan Kehidupan



Assalamualaikum wbt..

Sahabat..

Manisnya apabila kita benar-benar mengetahui dan memahami hakikat hidup. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar mengerti perkara ini?

Setiap orang memandang kehidupan itu dengan berbagai-bagai tafsiran. Si kecil mengatakan dunia ini satu permainan dan kegembiraan apabila bersama ibu bapanya,

Apabila sudah remaja dia berkata hidup mesti kena enjoy, mesti dengan kawan-kawan 24 jam dan umur pun masih muda lagi,

Dah dewasa sikit sibuk pula mencari populariti sana dan sini, percampuran lelaki dan wanita bebas, tiada batasan-batasan dalam pergaulan, penindasan dan penipuan berleluasa

Bagi ana, hidup satu pertarungan. Fahamilah bagaimana Allah SWT itu menjadikan manusia. Hasil dari pertarungan berjuta-juta sperma yang cuba berusaha memasuki ovum, maka terbentuklah satu zigot dengan izin Yang Maha Pencipta. Kemudian, ia melalui proses yang berperingkat-peringkat membentuk seorang bayi yang lengkap dengan anggota dan pancaindera. Subhanallah.

Hayati ayat al-Quran ini

A002

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " {surah al-Insan : 2}


Allahu akbar..

Kemudian, tahap pertarungan diperhebatkan lagi mengikut tahap keimanan dan cara didikan yang diperoleh seseorang manusia. Para ulama' telah menggariskan bahawa antara bentuk ujian yang Allah swt akan turunkan untuk menguji hamba-hamba-Nya ini adalah :

1. Perhiasan Dunia
2. Kenikmatan Dunia
3. Godaan Syaitan
4. Godaan Hawa Nafsu
5. Kebaikan dan Keburukan
6. Ketakutan, Kelaparan, Kerugian Harta dan Anak
7. Anak dan Harta
8. Pangkat dan Darjat.


Namun, jangan pula kita mengeluh apabila ditimpa ujian, berkiralah juga dengan segala nikmat Allah SWT yang dikurniakan.


A018


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tidaklah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
{Surah an-Nahl:18}


Sahabat-sahabat..

Berdasarkan surah al-Insan ayat ke-2, alangkah betapa nikmatnya apabila kita menyedari diri kita mampu mendengar dan melihat dengan sempurna, walau bagaimanapun ana juga seperti antum semua yang dapat merasakan betapa pahit dan pedihnya apabila nikmat ini disia-siakan sama ada disedari ataupun sebaliknya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.” (Hadis riwayat Darimi)

Sentiasalah bertaubat dan memperbaharui iman antum. Ingatlah masa itu hanya benar-benar milik orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Rujuk kembali Surah al-Asr dan jadikan ia sebagai pegangan dan panduan dalam membentuk keperibadian kita. Jangan mudah putus harapan wahai sahabat-sahabat.

Firman Allah bermaksud:

A053


Katakanlah (wahai Muhammad saw): Wahai hamba-hambaku yang telah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa: sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
(Surah al-Zumar, ayat 53).

Wallahu a’lam..


Cebisan pena dari Asmaajamilah

2 comments:

Ar-Rumaisa' 1411 said...

moga jadi doktor yang benar2 membawa Islam dalam kariernya...

dr zulaikha said...

salam ukhuwah, penulisan yang menarik,
semoga semangat perjuangan sentiasa membara. :)

Post a Comment