Cara pandangan KITA pada MEREKA !

Assalamualaikum wbt..
Segala pujian dan kesyukuran kita dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan nikmat iman dan islam. Selawat dan salam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam yang telah menunjukkan jalan dakwah yang panjang buat para daie. Moga kita masih lagi tergolongan dalam golongan manusia yang masih bersyukur.

Wahai saudara seIslam ku..
Janganlah sesekali kita melihat diri kita lebih baik dari orang lain...

Contohnya, kita merasa bangga atau mulia disebabkan kita dapat bertahajjud pada setiap malam sedangkan sahabat-sahabat kita tidak bertahajjud (yakni lena dibuai mimpi)..

Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kepada Allah..

Janganlah kita melihat orang yang berbuat dosa ataupun orang yang berbuat maksiat dengan pandangan PENGHINAAN..Kerana perbuatan itu satu keadaan yang sangat berbahaya..

Kenapa dilarang?

kenapa berbahaya?

Sahabat..
Pandangan sebegini dilarang kerana ia akan memberi kesan pada hati..Sikap sebegini akan menyebabkan hati menjadi gelap!!
Nauzubillah..

Dikisahkan..

Seorang ‘abid (ahli ibadah) dari bani israil, 500 tahun hanya beribadah kepada Allah semata-mata.. Si ‘abid itu telah melihat kepada seorang fasik dari bani israil yang tidak pernah taat langsung kepada Allah..

Pada satu hari, Si ‘abid berselisih dengan si fasik tadi dalam perjalanan mereka masing-masing..Ketika kedua-kedua mereka ini melihat sesama mereka, terus kedua-duanya berpaling ke arah lain..

KENAPA?

Sahabat..
Ahli ibadah tadi berpaling atas sebab keangkuhannya terhadap orang yang bermaksiat(fasik) itu dan dia menyangka Allah tidak akan mengampuni dosa-dosanya selama-lamanya..

Okay..maybe ayat sedikit skema..tapi ana beri satu contoh Skrip dialog orang sekarang..Contoh yang ana ambil adalah artis-artis, perempuan yang berpakaian tapi ‘naked’, orang yang tidak pernah solat, etc..

Gaya skrip lakonan tu mungkin begini....


A: “umphh, dia ni dah hanyut jauh sangat dah nih dari cara hidup Islam yang sebenar,
confirmm Allah tak ampun dah..sebab dah banyak buat Allah murka..


Sambungan cerita tadi..

Si ‘abid tadi pula melihat dirinya lebih bagus ats sebab IBADAHnya..Ahli ibadah ini berbangga dengan amalan ibadahnya..Sedangkan makna ibadah yang sebenar-benarnya adalah ibadah yang akan MENAMBAHKAN KERENDAHAN DIRI kita dan SENTIASA MERASA KEKURANGAN..

Tetapi..berbeza pula dengan orang yang bermaksiat..orang itu berpaling dari ahli ibadah tadi atas sebab MALU terhadap Allah subhanahu wa ta’ala..

Allahuakbar!!

Ketika orang fasik ini berpaling dari ahli ibadah itu, dia pun berdialog didalam hatinya:

“Astaghfirullah! Siapalah aku ini untuk berjumpa dengan seorang yang baik
lagi beribadah, sedangkan aku ini orang yang fasik!”


Sahabat..
Si ‘abid tadi dari golongan bani Israel, dia mendapat karamat (kemuliaan) kerana ibadah yang bagus yang dia telah dia lakukan. Dikatakan, awan menaunginya apabila dia berjalan..apabila mentari terbit di waktu pagi, awan datang menaunginya..
Subhanallah..

Tetapi, ketika dia bertembung dengan orang fasik tadi, dia telah berpaling dari si fasik itu kerana takabbur! MasyaAllah..

Allahuakbar! Atas kuasa Allah..ketika mereka berpisah, awan yang berada diatas si abid itu tadi terus meninggalkannya dan mengikuti si fasik lalu menaunginya selepas itu...

Allahuakbar.. sahabat-sahabat rasa apa sebabnya??

Sebabnya mudah..Kerana Si abid itu memandang dengan pandangan penghinaan..
MasyaAllah..


Hinalah MAKSIAT tapi jangan kita menghina si PELAKU MAKSIAT..
Hinalah KEKUFURAN tapi jgn kita menghina si KAFIR..


Jadi, berdasarkan kisah Si abid dan Si fasik tadi..secara langsung, kita diceritakan yang kita tidak dibenarkan untuk menghina seorang pun daripada makhluk Allah...termasuklah makhluk yang lain..

Menurut Syeikh Habib Ali Al-Jufri..
Manusia mempunyai 3 jenis pandangan.. 3 pandangan ini kita niat agar dijauhkan darinya..

1. Melihat kepada aurat iaitu apa yang diinginkan oleh nafsu
2. Melihat dunia dgn pandangan kebesaran
3. Melihat makhluk Allah dengan pandangan penghinaan

Sama-samalah kita minta perlindungn dari 3 jenis pandangan di atas dengan pandangan yang akan mencurahkan cahaya pada hati kita...

Pandangan yang akan mencurahkan cahaya pada hati adalah pandangan yang telah dibenarkan Allah ta’ala untuk melihatnya dengan pandangan tafakur..Iaitu...

  1. Pandangan kepada ibubapa, ulama’, dan sahabat-sahabat seislam dgn pandangan kasih sayang
  2. Pandangan kepada pelaku maksiat dgn pandangan belas kasihan..
  3. Pandangan kepada orang yang taat (perintah Allah) dgn pandangan kemuliaan..

Sahabat..
Tiga pandangan ini mampu memberikan cahaya dlm hati... dan InsyaAllah ini merupakan jalan penyelesaian terhadap 3 jenis pandangan yang kita minta perlindungan darinya tadi..

Kesimpulannya..
Wahai saudara seIslamku yang dilimpahkan rahmat dan kurniaNya..Sama-samalah kita berjaga-jaga terhadap perkara ini.

Jagalah hati kita, kerananya hati kita memerlukan langkah-langkah penyelesaian sehingga kita mampu menahan kekacauan dan kezaliman terhadap hati kita..

Kemudiannya, kita bawa hati ini, bersihkan ia dengan izin Allah..lalu bergerak bersama menuju kepada Allah, jagalah hati kita dengan KETAKUTAN terhadap Allah!

Sama-samalah kita berazam untuk menjaga langkah-langkah ini, agar disinari hati kita supaya dapat berjumpa denganNya dan Dia redha terhadap kita...
InsyaAllah..Allahumma Ameen Ya Allah.. ..

“Wahai Allah Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu
dan ketaatan kepada-Mu”


Pesanan admin:
Sedarilah fitrah hati itu suci dan lembut. Hati juga fitrahnya suka akan kebaikan..Sejahat manapun manusia itu, pasti akhirnya dia akan mencari Allah..dek kerana itu, janganlah kita bersikap "ANA KHAIRUN MINKA/I"

*Ana khairun Minhu: saya lebih baik dari kamu!
*terima kasih atas teguran pembaca..

Catatan lensa dari UHA




3 comments:

Anonymous said...

slm..rasenye klw u 'ak lbh baik drpd kamu' lbh tepat klw gune 'ana khariun minka/minki'..'ana khairun minhu' lbh sesuai u 'aku lbh baik drpdnya'...btw,nice post!..wallahua'alam

Qurratu'ain said...

salam'alaik...Alhamdulillah,perkongsian yg baik...ana ada nak kongsi jugak satu pesanan dari ustaz nazrul nasir katanya untk para penulis, supaya bila tulis tentang Nabi kta Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam,biar ditulis namanya dgn lengkap,sebolehnya jgn guna singkatan SAW...ana tahu bila dengar kuliah beliau di u-tube,mungkin anta boleh cari untuk lebih penerangan..wallahua'alam

Travelog Lensa Daie said...

Anon:
W'salam...jzkk..ana dah "re-edit"...jzkk atas teguran..

Qurratu'ain:
W'salam wbt..jzkk juga pada enti atas teguran tersebut..TLD akan lebih berhati-hati selepas ni..jzkk

Post a Comment