kedudukan Hati




Persoalan ini telah lama terbuku di hati. Ana sering tertanya-tanya dimanakah letaknya kedudukan sebenar hati insan bernama manusia?

Liver dan Hati itu tidak pernah sama..

Liver (di dalam bahasa inggeris) merujuk kepada organ di dalam badan manusia. Sering kali dikaitkan dengan proses-proses penting di dalam badan manusia seperti menyahtoksik dan pembentukan protein. Andai kata organ ini tidak berfungsi, kebarangkalian untuk kita meneruskan hidup terasa tipis sekali.

Sahabat, lazimnya - apabila kita berdoa, acap kali kita memohon agar hati kita ditetapkan dijalanNya . Malah, sewaktu berdoa, tidak pula kita merujuk hati kita pada mana-mana organ di dalam badan. Tetapi, apabila diri kita sudah dikerumuni rasa berdosa, "hati"lah tempat yang mula-mula akan merasai kesan perang emosi. Akibatnya, timbullah rasa gundah-gulana, tak sedap hati , dan tidak tenang.


Sekali lagi tanya pada diri kita, dimanakah tempatnya kita merasakan semua itu?

Diri ini....terus mencari...

p/s:
Alhamdulillah...
setelah sebulan rasanya tak update kat blog TLD..
hari ini terdetik nak update seketika..

sahabat-sahabat yang dikasihi..
ana akan mula menulis di HandOnWriting..
penulisan disana lebih kepada catatan nota..
buat buku-buku yang akan ditelaah dalam tempoh 3 tahun ni..
insyaAllah..

minta jasa sahabat-sahabat semua doakan..
agar dipermudahkan dalam urusan ini..
kalau antum rasa Lensa Daie dah lama tak menulis di sini..
silalah jejakkan mata dan hati di blog HandOnWriting..

sekian dari ana..
yang lemah lagi dhoif..

faiza'azamta fatawakkal 'alaAllah..

2 comments:

Inspector Saahab said...

first time ziarah. serius menarik !
jazakallah atas perkongsian. pinjam few photos :)

LD said...

Afwan,tiada satu pun milik kami...semuanya milik Allah..silakan..

~LD~

Post a Comment