Pendosa yang Bijak!



Ini Kisah harian “Aku”..


Hari ini aku terlewat dari jagaan mimpi yang panjang.  Aku ingat lagi,waktu tu dalam pukul 615 pagi..Awal la tu kan..Walhal sepatutnya pukul 4 lagi aku dah terjaga ..tetapi disebabkan rasa malas untuk bertahajud, aku terus dibuai mimpi hingga subuh hampiri ke garisan penamat.

Lantas ku bangun dari tidur,ku pimpin badan yg lemah ini, bermain-main dengan air..seusai berwuduk, aku terus menunaikan hutang yang perlu dibayar.  Ah..leganya~~~

Emm…seusai solat,ku bangun dari sejadah usangku..

Doa? tinggalkan saja..belum tentu doaku ini diterima..malah,belum tentu solat aku ini diterima Allah! Ah,pedulikan..

*Memori kisah malaikat yang mengangkat solat ke langit mula bermain dimonolog fikiran..

Jarum pendek sudah menuju ke arah 9..ya,sepatutnya aku telah mula ke kampus..tapi,aku tertidur..

“alah,tidur lepas subuh ni best! dapat recharge energy untuk kuliah pagi ini.” falsafah yang  tidak pernah betul!

Owh ya, satu lagi..Aku hampir terlupa. Pagi tu aku  tak sempat membaca Al-Quran. Walhal dah berjuta kalinya ibu pesan supaya jangan lupa baca Quran sebelum ke kuliah. Wahaha,aku derhaka? Biarlah..bukannya ibu tahu pun! Gembiranya hati..hahaha!

Aku ingat lagi, Dr Fazilah kamsah pernah berkata, pagi-pagi ni sedekahkan Al-Fatihah pada ibu bapa..yang hidup ataupn yang sudah tiada. Tetapi aku? Aku sedekahkan kredit aku pada kekasihku..

“Nak jaga hati kekasih, kenalah labur sikit saham” falsafah yang menarik bukan? Haha

Orite, aku berjalan ke kuliah..dengan hati yang senang,bertemankan “tasbih” yang mendendangkan lagu Punk rock! Owh yeah! Inilah kehidupan sebenar!

orite..mungkin ini saja pengalaman hidup pagi aku..kamu bagaimana? Mesti sama kan? yeah! Daebak!



Kehidupan Kita
Bagaimana sahabat? Ada tak persamaan tak dalam karakter “Aku” dalam cerita ni?

Ya sahabat,kita memang tak pernah lari dari berbuat dosa. Malah,kadang-kadang tu memang ada saja. Kalau ada yang kata dia maksum,wallahualam..ana ucapkan tahniah. Sebab ana sendiri rasa setiap hari ada buat dosa,malah mungkin setiap saat.

Kalau kita mengaku dan sedar kita ini pendosa, maka kita haruslah bijak dalam menangani masalah ini. Yakni dengan sedaya upaya, kita cuba perbaiki diri kita.

Sahabat, memang nak ubah diri tu cukup sukar,lebih-lebih lagi bila benda tu dah jadi “perencah 3 rasa” dalam diri kita.

Melalui pengajaran cerita “Aku” di atas ni..ana nak kabor la ke antum semua. Walaupun kita rasa, solat kita tak diterima, jgn berputus asa, jangan sombong dan berlagak sampai langsung tak nak berdoa.

Lagi. Ustaz ana  mendidik anak-anaknya untuk membaca Al-quran sebelum pergi kelas, malah kalau kita fikirkan balik. Bila la masanya kita nak buka kalamullah ni kalau bukan waktu kita free..malah,ana sangat-sangat salute pada sahabat-sahabat yang baca waktu dalam kuliah.

Tetapi baca waktu dalam kuliah nampak tak sesuai lak kan? so..memang logik dek akal,yg mana kita boleh baca waktu kita free..

*habislah,lepas ni ramai yang tak baca Quran..sebab tak da masa Free...

Hahaha..ana akan gelak dan cakap orang tu tersangat rugi kalau dia bagi statement macam ni..Sebabnya nabi kita pun mampu berikan 1/3 masanya utk Allah..so..kita ni? Tak kan 5 minit nak baca pun ter”lampau” sibuk? Fikir logik la wei…

So,kalau ada kawan-kawan yang bagi reason mcm ni lagi..mari kita gelakkan dia..haha!
Berkenaan dengan "saham dengan kekasih"..ana tak tau nak cakap apa..ana hanya nak mereka bezakan dua benda..yakni antara

                                                                       Faham dan Sedar


Faham: dah tahu the truth,dan saja buat tak endah
Sedar: dah tahu the truth,dan sentiasa nak berubah kearah yang lebih baik


Berkenaan dengan “tasbih”..tasbih la sangat, tah–tah memang …..”tak ha bis” (baca dengan nada yang perlahan- mohan)

Buat ape lah sangat dengan lagu-lagu lagha tu..walhal kalau tyme berjalan tu..kita boleh je gunakan jari yang Allah beri..
ha? Nak buat ape? Meh nak ajar..

Subhanallah 33 kali..
Alhamdulillah 33 kali..
Allahuakbar 33 kali..

tup-tup dah sampai kampus..wah,tak sia-sia kan..dapat pahala.........(kalau ikhlas)


Kesimpulan

Pulau Pandan So Far Ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Triple,
Benda Mungkar Together Kita Cegah,
Dosa Maksiat Jangan Ambil Simple.

Buah Cempedak Outside The Pagar,
Take The Galah Tolong Jolokkan,
Larangan Agama Don't Dilanggar,
Pesan Ulamak Dont Di Bodohkan.

Two Three Kucing Berlari,
Mana Nak Sama The Kucing Belang,
Make Sure Istighfar Setiap Hari,
Just In Case Ajal Menjemput Senang


Hidup sebagai seorang pendosa memang menyedihkan..tetapi lebih sedih bila kita tidak cukup bijak untuk merancang kehidupan kita..

adakah kita sudah mula melangkah menjadi pendosa yang bijak? Renung-renungkan..


Weh lensadaie, ko ni cukup-cukup la..ko tak ingat ke pesan Allah..{61:2-3}

“Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? “
“(itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?”

Sob-Sob..amek ko lensaDaie..kan dah kena sebijik dari sahabat…banyak sangat berleter!

Segala yang diperkatakan disini..
andai terdapat sebarang percanggahan..
boleh komen dan utarakan fakta yang sebenar..

Assalamualaikum wbt..

6 comments:

Life's Not simple said...

kita tahu kita buat salah, kita nak berubah jadi baik. Tapi kaki tangan jiwa tak reti nak bergerak ke arah itu.. Bagaimana? Susah bila hati da keras. Nak lenturkan hati bukan semudah melihat straw dilentur n cair dalam api...

Iman Lurv Islam said...

Subhanallah, nice entry...pagi2 lagi kita dah kena rebut peluang buat pahala...in term of Solat Subuh kita, bacaan Al-Quran kita, zikir kita & doa kita...kalo tak buat pagi tuh, memang susah la sbb komitmen duniawi tak sabar2 nak menerkam kita...Ayuh, ke arah kehidupan Islamik

p/s - jadikan Firman ALLAH (61 : 2-3) sebagai motivasi utk menjana amal....Actions speak louder than Words...

ctNabilah MN said...

salam ziarah.
entry yang menarik. dan ana nak kongsi satu benda. ana ada masalah dengan hiburan yang melampau ni. ranting all lagu jiwang always. telinga pom slalu jeh disumbat dengan makcik earphone. huh. ana pernah tanya sahabat cne nak ubah diri ni.
dye jawab simple jeh. dengar lagu not a sin asalkan tak lagha. dan kalo la terdengar lagu yang lagha tu. kafarah la diri sendiri. kafarah dengan baca AQ. try it!

Anonymous said...

salam alaik..
ana nk bertanya kiranya anta dpat mnjwb kemusykilan ana ni
cmne nk jd baik..?
dan mne stu perlu, islah atau tarbiah dlu yg hrus diutamakan?

Anonymous said...

Islam and ego - Nouman Ali Khan. search n watch on youtube. sekadar berkongsi =)

Travelog Lensa Daie said...

Assalamualaikum wbt...
jzkk kepada antum..yang sentiasa menyokong usaha kami..

ana(lensa daie) sebgai admin memohon maaf buat sahabat kerana membiarkan blog TLD bersawang seketika..

InsyaAllah..post2 dari ahli TLD akan disiarkan nanti..

Jzkk kerana masih menyokong usaha dakwah kecil kami.. ^^

Post a Comment