Daie yang FUTUR



Dialog bersama abang cashier

Seusai menunaikan solat zohor, ana menemani dua sahabat ana ke cafe..
Alhamdulillah, kami diberikan segelas air teh tanpa dipinta..
Moga murah rezeki tuan cafe..

Sambil menunggu sahabat menghabiskan makanan, abang cashier tadi datang untuk mengutip pinggan-pinggan yang letaknya tidak jauh dari kami. Maka,berlakulah dialog antara kami.

Sahabat:        Abg dah makan ker?
Abg cashier:  Alhamdulillah..dah sempat ambil 'brunch' tadi..
Sahabat:        Yeke, habis tu malam makan tak?
Abg cashier:  Biasanya tak,sebab malam abg mengajar di UMT..
Sahabat:        Ajar ape dekat UMT?
Abg cashier:   Jadi tutor math kat sana..

Belum sempat sahabat ana meneruskan soalan. Abg cashier terlebih dahulu menjawab persoalan yang terbuku di dalam hati kami..

Abg cashier:  Abg dulu pensyarah di UPM..12 tahun mengajar biostatistic kat sana..
Sahabat:        Habis tu sekarang ni abg full time lah kat cafe ni?
Abg cashier:  Tak lah, abg kerja part time jer, selesa kerja kat cafe ni. Tak stress..lagipun dah 12
                       tahun tengok nombor jer. Bosan dah rasa, tu yang resign dan balik kerja dengan
                       kakak ni..

Sahabat:        Lah, gitu ker..lepas ni boleh lah ajar biostatistic kat kami. Minggu depan kami nak
                       exam statistic..

Abg cashier:  InsyaAllah...(sambil senyum dah bergerak pergi)

Mata yang asyik membaca entry “futur” di blog encik gabbana terhenti seketika..lantas dibiarkan fikiran berkeliaran memikirkan kisah abg cashier tadi..

Bagaimana seorang insan yang menghabiskan hidup  selama 12 tahun sebagai pensyarah, memilih untuk keluar dari medan pendidikan dan menjadi orang kebiasan..
Alahai ruginya..


Dilantik menjadi Daie


Ha,Daie?
Siapakah Daie?

Mengikut kamus dewan Jom!, Daie merupakan manusia yang “innocent”..Mereka tidak pernah tahu apa itu ISK,IPK, WP dan apa itu SH. Mereka (Daie) merupakan manusia-manusia yang diperdengarkan dengan sejumlah pengisian yang melunturkan hati mereka yang keras, apatah lagi mencairkan air mata yang sudah lama membeku..

Mahu ayat yang lagi berbunga?

Ya..mereka DIPERJELASKAN dengan sejelas-jelasnya tujuan mereka diwujudkan dimuka bumi! Berpegang pada firman Allah dalam surah (Al-Nahl:125):

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Dari situ, mereka berjanji untuk menggalas beban dakwah. Semuanya atas satu matlamat. Ingin membentuk Uzyatul Alam pada satu hari nanti!

Dan itulah erti menjadi seorang DAIE!


Bosan jadi Daie


Mungkin kerana diri ini sudah terbiasa dengan sesi “tadabbur ayat” di dalam bulatan gembira..
Lantas kisah abg cashier tadi hendak ditadabburkan..

Ana cuba membayangkan kehidupan abg cashier tadi dengan kehidupan daie.

Bagaimana rasanya “KITA” yang berbulan-bulan dan bertahun-tahun, disuapkan dengan santapan rohani, disajikan dengan fikrah Islam, akhirnya kembali futur ke jalan yang dulu. 

Selamat tinggal ikhwah
Futur dalam kata erti lainnya, kembali menjadi “orang-orang biasa” yang bersedia untuk disentap syaitan yang kelaparan..

Ya Allah, takutnya!

Lantas, apabila ditanya penyebab kepada ke“futur”an si daie tadi.. Jawapannya mudah.. kerana sudah BOSAN menjadi Daie!
Ya! kerana telah bosan!



Recurrent Jahiliyah

Bila Daie ditarik syaitan bernama jahiliyah

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kami semua mengetahuinya"
(Al-Baqarah: 42)

Seperti kebiasaan di pagi hari, selepas solat subuh, si daie masih lagi terlupa membaca Al-Quran. Al-mathurat usah ditanya, entah ke mana buku itu dicampakkan.

Dibalik petangnya pula, setelah berpenat-lelah berjihad di dewan kuliah, Si daie menghiburkan seketika hatinya dengan movie dan lagu yang mencecah paras parasedar.


Lantas, apabila bosan dengan  malam yang telah lama mengunjung, si daie mula melayari Facebook, lalu berchit-chat bersama teman wanita.
Hari bersilih ganti. Usrah, daurah ,jaulah dan rehlah sudah acap kali dihadiri si daie tadi. Maka, jangan hairan pada satu masa nanti, si daie makin terasa bosan dalam medan ini.

Pengakhiran kepada kisah si daie malang ini adalah apabila sampainya satu saat, si murobbi mula mendapat SMS dari si daie tadi..

“Salam,sori akhi..ana tak dapat datang usrah.. ana tak berapa sihat la akhi”

Sah! Inilah RECURRENT JAHILIYAH!


Mari kita duduk kembali

Ikhwah menghulurkan Senjata pemusnah Jahiliyah

Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyannya..
Andai kamu hampir terlena, moga ini menjadi penggeranya..
Sedang syurga telah menggamit penghuninya yang sedang berjihad di dunia
Eushahida raffar
Universiti Tasmania, Australia


Buat para daie diluar sana, ana menulis entry panjang ini bukanlah untuk melemahkan semangat juang, tetapi lebih kepada satu peringatan dan booster untuk kita lebih kuat dalam medan ini.

Mungkin hari ini kita boleh katakan kita kuat dalam menangkis tarikan jahiliyah, tetapi bila iman kita sudah mula merudum jatuh, Nah! rasakan tembakan virus bernama Jahiliyah!

Kita mungkin hampir tersungkur hingga terpaksa diberikan sedikit "vaccine" berbunyi:

"Akhi, ana rindu berprogram bersama enta, ana doakan agar kita masih setia bersama dalam medan ini"

Buat daie yang hampir futur, sudah tiba masanya untuk kita duduk kembali. Kita duduk kembali dan muhasabah kembali diri kita.

Saat kita duduk, kita nilai kembali diri kita. kita timbanglah sedalam-dalamnya. Adakah jalan yang kita pilih kini benar-benar menjamin kita ke syurga nanti.

Ingatlah daie yang futur, jikalau kita terkeluar daripada pasukan ini, mungkin kita akan kehilangan sebuah "jambatan" untuk meloncat ke syurga.

Moga kita terus thabat dalam jalan ini..

Yang Ikhlas,
Lensa Daie
0300am, Unisza


kaki nota:
1.Brunch = Breakfast + lunch
2.ISK = Ini Sejarah Kita
3.IPK = Ini Peranan Kita
4.WP = Wahai Pemuda
5.SH = Syahadatul Haq
6.Recurrent = berlaku kembali

2 comments:

zana said...

Mintak maaf, tapi saya rasa ada pembetulan pada ayat 2:42 tu. Rasanya kamu bukan kami. Terima kasih

zana said...

Mintak maaf, tapi saya rasa ada pembetulan pada ayat 2:42 tu. Rasanya kamu bukan kami. Terima kasih

Post a Comment