Islah atau Tarbiyah?






Alasan semata-mata

Assalamualaikum wbt..
Selamat bersua kembali sahabat-sahabatku..
Ana sentiasa mendoakan yang terbaik buat antum semua..

Jejak lensa daie makin kabur di alam maya..
bukan kerana tak sudi berkarya..
tetapi lebih kepada masalah dunia..
hingga terbantut dalam menulis sebuah karya..

Benar sahabat..
manusia itu sering memberikan sejuta alasan..
asalkan dirinya tidak dipersalahkan..
asalkan dirinya tidak dipertanggungjawabkan..

Huh! memang sikap manusia suka memberikan alasan..

Alhamdulillah..
Tahniah buat antum semua !
ana tahu antum bukan sedemikian rupa..
antum insan yang tidak pernah berkata TIDAK..

Tidak Kepada Keburukan..
Tidak kepada kekufuran..
Tidak kepada pemberi ALASAN..


Fitrah kepada Kebaikkan

Siapa mahu jadi jahat?
Siapa mahu masuk neraka?

Jawapan seharusnya TIDAK..
kerana memang fitrah seorang manusia..
'tergila" untuk menjadi lebih baik dari semalamnya..

Tetapi sayangnya..
manusia itu rakus pada mengejar kebaikkan..
hingga terlupa pada satu konsep dalam mengejar kebaikkan..
Muhasabah DIRI..

Ya..
aku sering muhasabah diri..
aku sering menilai diri ini..

Adakah aku masih di takuk lama..
ataupun kakiku masih di jalan menuju ke syurga..
ataupun kakiku telah lama singgah ke pintu neraka
Allahurabbi.. T.T


Islah ataupun Tarbiyah dulu?

Menjawab kepada persoalan dari seorang sahabat..
yang ingin sekali berubah menjadi insan yang lebih..

disini ana cuba sedaya upaya..
untuk menerangkan serba sedikit persoalan yang terbuku dihati enta/enti..

sebelum menjawab persoalan..
ana ingin fahamkan kembali..
maksud Islah dan maksud Tarbiyah itu sendiri..
agar tak sesat ditengah perhentian..

                                                                             1.Islah..


Apa itu mengislah diri?

Mengislah diri bermaksud kita ingin memperbaiki diri..
dari tidak elok kepada elok..

Baiklah sahabat..
ana ambil contoh mudah dari sudut muslimat..
yakni bila muslimat itu cuba untuk mengislahkan diri..

Contohnya..
bukan mudah bagi seorang muslimat..
yang tidak memakai tudung..
untuk menjinak-jinakkan diri..
untuk memakai tudung daripada free hair.....

jadi disini..
muslimat tersebut telah mengislahkan diri dia..
untuk menjadi yang lebih baik..


                                                                            2.Tarbiyah..

Tarbiyah bermaksud didik..ataupun mendidik..

Ana masih mengambil contoh muslimat tadi..
agar sahabat faham beza antara tarbiyah dan Islah..

Situasi pertama: Orang yang tidak memakai tudung(free hair) hendak memakai tudung..

Untuk situasi sebegini..
kita sebagai daie..
haruslah memberikan sedikit penerangan tentang apa itu aurat..

Semua ini..
perlukan kreativiti daie..
gunakan konsep KISS (Keep It Simple & Short)

Biar benda yang kita terang tu..
penuh dengan sebab muhasabah berserta dengan contoh yang kukuh..
agar muslimat tadi faham..
kenapa dia harus memakai tudung..

dan semua inil adalah bertujuan untuk mendidik(tarbiyah)..


Situasi kedua: Orang yang memakai tudung

dalam konteks ini..
daie harus tanya kembali kepada muslimat itu..
atas sebab apa dia memakai tudung labuh?

Selepas dah selidik..
baru kita tarbiyah atau didik
dan jawapan daie adalah berdasarkan..
kepada jawapan yang muslimat itu berikan..

               "saya pakai tudung sebab tengok cantik sangat kawan-kawan pakai tudung"

Disini..
sebagai daie..
mungkin kita boleh perjelaskan kembali..
berkenaan hadis tentang niat dan aurat..
agar dia tahu kenapa kawannya pakai tudung..

Sahabat..
Daie(pendakwah) tidak mampu mengislahkan muslimat tadi..
tetapi daie hanya mampu mentarbiyah diri muslimat tadi..
dengan ilmu-ilmu yang berkenaan sahaja..

kerana..
Islah hanya berlaku dalam diri tuan empunya badan..

dan sepastinya...
Islah itu bergerak seiring dengan Tarbiyah..


Mahu jadi baik?

Muhasabah DIRI..

Ya..
Muhasabah diri merupakan "langkah pertama"..
dalam usaha kita menjadi baik..
kerana dari situ kita cuba mengukur kembali..
sejauh mana kita dengan syurga dan neraka..
adakah sejengkal..
ataupun sehasta..

Dari muhasabah diri juga..
kita mampu menangis..
merenung masa silam kita..

Rasanya cukup dengan satu cara ini..
yang seterusnya..
adalah "milik" kita..
adakah kita mahu mengislahkan diri..
ataupun membiarkan diri kita masih tercari-cari..
ataupun terus memberikan alasan..

Daie hanya mampu mendidik(tarbiyah)..tetapi tidak mampu mengubah(islah)..
yang mampu tarbiyah dan islah hanyalah diri kita sendiri..

wallahualam...
segala persoalan,kutukan,kritikan,ataupun nasihat membina..
bolehlah berurusan di lensadaie@gmail.com..
ataupun tinggalkan pesanan antum di ruang komen..
Jzkk..


p/s:

Jalan ini pasti tidak akan mampu dilalui oleh sesiapa yang manja..

ia tidak akan terlaksana seperti apa yang diimpikan..
jangan membiarkan harapan dan impian tinggi melambung ke langit..
tanpa ada usaha mencapai dan menggarapnya..

Siapa kita hari ini adalah apa yang kita pilih masa lalu..

siapa kita akan datang adalah apa yang kita pilih hari ini..
ya!, jalan ini perlukan kefahaman yang begitu jelas..

Buatlah pilihan yang terbaik..
Angkat tangan,mohon doa..


harap menjawab persoalan saudara/i..
jzkk..

~Lensa Daie~

5 comments:

Anonymous said...

salam alaik..

syukran jazeelan ya akki ats jwpn yg sgt2 membina,alhamdulillah.

bi iznillah, usaha yg berterusan dsertai niat yg ikhlas ign mncari madhotillah..

ana msih punya prsoalan,
adakah Allah tgk usaha bukan hasil?

& sungguh, praktikal lg susah dr blajar teori..
susah nk buang beban jahiliah..
especially community sndiri,trlalu byk prkara negatif..

ana harap enta dpt bantu ana utk sama2 bgkit dr beban jahiliah ini..

praktikal & teori?

Travelog Lensa Daie said...

Waalaikumussalam wbt..
afwan sahabat..

Adakah Allah melihat Usaha ataupun Hasil?
Ana tak rasa penjelasan ana lebih baik dari penulis ini..

http://darimataerna.blogspot.com/2012/05/tawakal-di-hati-bukan-hanya-di-mulut.html

Sahabat..
memang nak berubah tu susah..
ana berikan satu kisah yang dikongsikan oleh sahabat ana..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada hamba Allah ni bercerita..
selepas dia baca buku tentang kesilapan sebelum solat..
baru dia sedar yg dia sbnrnya rugi sebab tak mulakan wuduk dengan Bismillah..
Jadi,dari hari tu dia start baca bismillah once nak ambil wuduk..

Memang kadang-kadang tu dia terlupa..
dan alhamdulillah..
setelah dua tahun "praktis dan praktis"..
benda tu jadi sebati dalam hidup dia..
malah waktu nak ambil wuduk..
secara automatik, ucapan bismillah tu terkeluar dengan sendiri..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sahabat..
sedangkan semudah-mudah bismillah pun perlukan 2 tahun..

apatah lagi dengan usaha utk mengubah diri menjadi super HERO di syurga nanti..

mahu bebas JAHILIAH?
dapatkan buku JOM!

Buku:JOM!
Edisi: 3
Tajuk: AKU MAHU BEBAS JAHILIYAH

buku ni best..dapat dibaca waktu sebelum tido..
plus ubat "muhasabah diri"..

moga terus thabat..insyaAllah..

Anonymous said...

salam alaik..

syukran ilallah..

iktikad dgn cara yg betul?

ana hrap enta dpt bantu ana dlm menjawab persoalan ini..?
insyaAllah...

akki,
ana ada stu lg persoalan..
bgaimana pnjelasan enta ttg mksud "JAGA HATI"?

Anonymous said...

salam alaik..

ana mohon maaf krn kemukakan 2 soalan..
ana nk tnye,
cmne nk tawakal dgn sebenar-benar tawakal?

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim....

Bagaimana iktikad dgn cara yg betul =)
Alhamdullillah..tdak semua insan mmpu utk b'tnyakn soal ini..kekadng mungkin lngsung tdak t'lintas pn dek akal yg Allah 'pinjam'kn buat semntara..yg sering mereka fikirkn hidup prlu diteruskn, tempuhi hri2 mndtg.

duhai hati..duhai insan..
itukah yg dinamakn kehidupn?
soal'y BAGAIMANA tk jalani kehidupn?
pasti'y ia memrlukn asas, pasti'y memrlukn pegangan,
sdgkan utk makan sekalipun kita memerlukn asas & cara yg betul =)
guna kaki kah?guna siku kah? atau sekadar mngambil bau?
(teringat kisah p.ramlee 3 Abdul) =)

iktikad.pegangan.keyakinan. =)
p'soalan yg dilihat remeh & simple, tp hakikat'y memerlukn pnjelasan yg amat luas & mendalam...sudah bersedia tuk membaca?

Jom! kita mulakn!

Bismillahirrahmaanirrahim.....
pegangan dgn cara yg betul?
CARA YANG BETUL?
=) =) =)
duhai sahabat ku,
tdk ada kira'y insan yg ku lihat,
yg paling daku cintai,
yg paling kuat iktikad'y pd agama Allah,
serta yg paling tepat cara'y,
melainkan..
Allahurabbi...
melainkan cara Rasulullah s.a.w yg sgt2 daku rindui, yg sgt daku cintai..Allah..Allah..

duhai hati..duhai insan..duhai sahabat..
lihatlah cara iktikad Rasulullah s.a.w...
telitilah cara Baginda s.a.w
& ikutilah..
itulh sebaik2 cara iktikad yg menepati kehndak Allah s.w.t..

seandai'y sahabat ingin diperincikn lagi soal ini,
bagi hamba yang fakir, sukar utk mnjelskn p'soaln bkaitan iktikad..krn isu'y sgt luas..melibatkn kpd rukun Iman y 6, seterus'y rukun Islam y 5, memrlukn kpd murabbi yg setia di sisi,tdk semudah menaip..
krn itu, hamba yg fakir mnyarankn kpd sahabat utk mlihat & meneliti bgaimana cara iktikad Baginda s.a.w. & contohilah,

asasnya,
cara iktikad kita,
"melakukn sgl printh Allah s.w.t..& mnjauhi sgl larngn Allah s.w.t dgn cara yg ditunjuki olh Rasulullah s.a.w" Allahu A'lam =)


SOAL JAGA HATI.
umum tu..mungkin sahabat blh spesifikkan skop'y,
jg hati dpd mati,
jg hati dpd mksiat pd Allah,
jg hati dpd tlintas'y makhluk lain,
@ bgaimana..
iAllah Travelog Lensa Daie ada pnjelasan'y =)


TAWAKAL DGN SBENAR-BENAR TAWAKAL.
bserah diri kpd Allah s.w.t dgn didahului olh usaha.

hmm..bgaimana ye?
=) duhai shbt,
tawakal itu letak'y di dlm hati,
& bmula dgn kyakinan,
kyakinn thadap Allah s.w.t,dgn sbenar2 yakin!

apbila kyakinn kita pd Allah itu mntap maka mmpulh sseorang itu btawakal pd Allah dgn sbenar2 tawakal,
& sebalik'y,
apbila tiada kyakinn pd Allah, maka mustahil lah utk sseorang itu btawakal pd Allah.

lihat, bgaimana kita bsandar pd dinding,
adkh kita mngukur ktebaln dinding itu tlebih dahulu sblm bsandar pada'y?
ataupn..
adkh kita mngetuk2 dinding itu tlebih dhulu utk memstikn bhw ia'y kukuh?
tdk ana kira,
pasti'y kita trus bsandar tnpa smpat bfikir samada ia kukuh @ pn tdk =)
mngapa? krn kita YAKIN pd sifat'y,pd zat'y..
duhai shbt,sama soal'y dgn tawakal =)

jd..mulakn dgn ykin pd Allah s.w.t =)
binalh kyakinanmu,bukn skadar mnanti saat seru,lihat & amatilh akn kbesarn Allah s.w.t,
psti hati kecilmu akn btmbah yakin pdNya,
& di saat itulh kamu akn 'berani' utk mnyerahkn diri pdNya(bertawakal)

duhai shbt,ssungguh'y..
iman seorang hamba itu akn mndorong'y utk MEYAKINI bhw tkdir yg tlh dittpkn olh Allah s.w.t adlh yg TERBAIK utk'y..shinggakn kyakinn itu akn mmbuatkn'y bsyukur kpd Allah s.w.t walaupn ktk itu dia sdg bhadpn dgn MUSIBAH.. =D

shbt, ssungguh'y bnarlh..
segala'y brmula dr hati..

"YA MUQALLIBAL QULUB..TSABBIT QULUBANA 'ALA DIINIK, WA'ALA TO'ATIK..WA'ALA SABIILIK.."
AMINN YA RAB...AMINN..

InsyaAllah akan ada penambahan dari TLD dan shbt2 lain.. =)
Allahu 'Alam...

Post a Comment