Masih mahu menangis?






I'm about to lose the battle and cross the line
I'm about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can't help thinking to myself
What if my time would end today
Can I guarantee that I will get another chance
Before it's too late

FORGIVE ME
MY HEART IS SO FULL OF REGRET
FORGIVE ME
NOW IS THE RIGHT TIME FOR ME TO REPENT

Am I out of my mind?
What did I do?
Oh, I feel so bad
And everytime I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I'm trying hard to walk away but
temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it's too late

I know, Oh Allah, you're the most forgiving
And that you've promised to always be there
when I call upon you
So now I'm standing here ashamed of
all the mistakes I've committed
Please don't turn me away and hear my prayer
when I ask you to

FORGIVE ME
MY HEART IS SO FULL OF REGRET
FORGIVE ME
NOW IS THE RIGHT TIME FOR ME TO REPENT


Nahmaduhu wa nusolli ‘ala Rosulihil Karim. Amma ba’d..

Assalamualaikum w.b.t. kpd saudara/i yg seagama dgnku.

Saudara/i yang dirahmati Allah sekalian, dalam mengharungi kehidupan seharian yang penuh dengan ujian dan pancaroba, sedarkah kita bila masanya iman kita naik dan turun?? Apakah symptom-symptom ataupun tanda-tanda iman naik atau turun?? 

Ketika naiknya iman ke puncak tertinggi, Allahu Akbar!! Hanya Allah sajalah yang Maha Mengetahui perasaan dan kemanisan beribadah kepadaNya ketika itu.

Tapi yang menyedihkan lagi terseksa bilamana iman kita jatuh merudung, merudung ke titik yang paling rendah disebabkan maksiat-maksiat yang telah kita lakukan pada setiap masa atau kebanyakan masa, astaghfirullahaladzim.

Ketika itu, apa yang saudara/i rasa?? 

Atau mungkin kita tidak merasa sesuatu yang telah hilang?? Nauzubillahi minzaalik..

Di saat graf iman merudung jatuh ke bawah..membuatkan jiwa meraung ingin kembali mendekatkan diri kepadaNya..

Alhamdulillah jika kita menghadapi perasaan sedemikian, sekurang-kurangnya, insyaAllah kita akan berusaha mencari jalan untuk menaikkan balik graf iman kita yang merosot tadi…

Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Makhluk yang bergelar manusia ini mana yang tidak pernah buat salah dan silap. Namun, kita hamba Allah yang sangat beruntung kerana Kalamullah ada yang berbunyi:

                            A053

…”Wahai hamba-hambaKu yang telah MELAMPAUI BATAS terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya ALLAH MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA. Sesungguhnya Dialah jua YANG MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI”…
(Az-Zumar:53)

AYUHLAH sahabat, mari kita sama-sama bertaubat atas dasar kesedaran dan keinsafan, dan bukan sekadar ungkapan kosong tanpa roh, penuh kelalaian, lakonan, dan kedangkalan.

Tersebut kisah dalam kitab Bidayatul Hidayah:

Pada hari Kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun.

Setiap orang, sampai para nabi berkata: “Nafsi-nafsi”. Kecuali Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam. Baginda Sallahu Alaihi Wassalam berkata “Umatku, umatku.” 

Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam Berusaha menolaknya sambil berkata, “Demi orang-orang yang solat. Demi orang-orang shiddiq. Demi orang-orang yang khusyuk. Demi orang-orang yang puasa. Kembalilah engkau wahai api.” Namun api tidak juga terpadam.

JIBRIL AS. BERKATA, “SESUNGGUHNYA API HENDAK MEMBAKAR UMAT MUHAMMAD.”

LALU DIA MENGHAMPIRI NABI MUHAMMAD SALLAHU ALAIHI WASSALAM DENGAN MEMBAWA SEGELAS AIR SAMBIL BERKATA: “AMBILLAH AIR INI, PERCIKKAN IA KE API ITU!”

KEMUDIAN NABI MUHAMMAD SALLAHU ALAIHI WASSALAM MEMERCIKKAN AIR KE API TERSEBUT, DAN SEKETIKA ITU API PUN PADAM.

LALU NABI BERTANYA KEPADA JIBRIL, “AIR APAKAH INI?” JIBRIL BERKATA, “ITULAH AIR MATA UMATMU YANG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH DAN SEKARANG AKU DIPERINTAHKAN UNTUK MEMBERIKAN AIR ITU KEPADAMU SUPAYA ENGKAU MEMERCIKKAN KE API ITU SEHINGGA PADAM DENGAN IZIN ALLAH.”

Sahabat..
Rasulullah sering berdoa, dan kita pun boleh ikut serta berdoa..
 
“Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis”

Bekunya air mata kerana KERASNYA HATI
Kerasnya hati kerana BANYAKNYA DOSA
Banyaknya dosa kerana PANJANGNYA ANGAN-ANGAN
Panjangnya angan-angan kerana TERLALU CINTAKAN DUNIA

Astaghfirullahaldzim…

Sahabat..
Menangislah kita dan berusahalah untuk menangis mulai saat ini, dan semoga dengan setitis air mata yang keluar kerana takutkan Allah, ianya dapat menyelamatkan kita dari azab neraka….
Amin Ya Robb…

Janganlah kita berlagak sombong!

Sedangkan, Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam yang maksum itu pun menangis pada setiap malam dalam qiamnya sehingga membasahi helaian janggut Baginda. Allahu Akbar!!

Terbitkanlah rasa malu dalam diri kita yang tidak lekang dari melakukan maksiat pada kebanyakan detik masa di atas hamparan muka bumi ini

Lagi pula..
Sekeras-keras, segarang-garang lelaki, Saidina Umar Al-Khatab r.a, merupakan penangis di hadapan Allah yang hebat!

MasyaAllah…Saidina Umar menangis kerana takutkan Allah, bersungguh-sungguh menangis sehinggakan di mukanya ada dua garis hitam bekas air mata!!

Allahurabbi……

KU BERDOA PENGAKHIRAN HIDUP BIAR TENTERAM
WALAU TELAH JENUH AKU LEWATI ONAK RANJAU LEMBAH BARA
DATANG & PERGI, TERJATUH, TERSADUNG, LALU KU BANGKIT SEMULA MENCARINYA
PADAMU JUA AKU BERSERAH, AKU BERSUJUD
OH TUHANKU
~Fitri Haris~

Akhir kata, sama-samalah kita berharap dan berusaha kepada dua perkara sepanjang mengharungi kehidupan di dunia ini iaitu:

1.PENGAMPUNAN
2.KEREDHAAN ALLAH S.W.T.

Kerana masuknya kita ke syurga Allah di akhirat kelak bukan disebabkan amal kebaikan yang kita lakukan sepanjang berada di atas muka bumi ini tetapi dengan RAHMAT dari Allah s.w.t. InsyaAllah…

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatuulahi wabarakatuh wamaghfirotuh waridhwanuh...^^

~coretan UHA~

p/s:
Menangislah..
kalau tidak mampu,buat-buatlah menangis
Moga titisan air mata kita dapat menyelamatkan kita daripada api neraka..

3 comments:

Umi Sakinah said...

Subhanallah.. Astagfirullah... kita hambaNYa y biasa nipun sering leka.sedangkn Rasulullah y dh kompem2 masuk syurga pun beribadat macam esok nak ajal..='(.. sayunye bile baca.rasa diri kerdil..syukran enta..perkongsian y bmanfaat..=')

Anonymous said...

syukran ilallah :')
semoga enta dpt truskan usaha dakwah n tarbiah yg sgt brmanfaat.. alhamdullilah

Travelog Lensa Daie said...

Assalamualaikum wbt..

afwan sahabat..
yang menulis artikel ini adalah saudari/ukhti UHA..
ana hanya penyelaras blog TLD..

doakan agar kami terus thabat dalam jalan ini..
insyaAllah..

teruskan bersama kami dan menyokong dakwah kecil kami.. ^^

Post a Comment