Senyum Bertemu Allah (SBA): Watak 1



Watak 1
Ramadhan Kareem

Walid..
Kenapa ramai orang dekat masjid tadi?
Selipar banyak, kereta motor bersepah keliling masjid..
tetapi bila satu waktu, hilang separuh dari manusia tadi.

Fudhail, anakku..
Pesta Ibadah sudah bermula nak..
Jadi ramai la berkunjung ke masjid..
kerana mahu meraikan kedatangan bulan mulia ni..

Lagipun, waktu ni syaitan semua sudah diikat..
Hantu pun dah kena ikat sekali..
Jadi, manusia sudah berani berkunjung ke masjid..

Owh, begitu ye walid..
baru Fudhail tahu..
terima kasih walid..

Sama-sama Fudhail..
Jadi, Fudhail nak join pesta ibadah ni tak?

Well..
Of course!
sebab pesta ni takda hantu!

~Hahaha~
________________________________________________________________________________

       Saya sedang duduk di tepian tangga masjid, menanti sahabat yang masih di dalam masjid. Apabila peristiwa ini berlaku di depan mata saya, Saya tersenyum sendirian. Menyaksikan gelagat dan jawapan si anak dan walidnya.

       Seperti terpijak kaca dibuatnya. Sungguh, saya faham benar maksud tersirat dari kata-kata si Walid tadi. Betapa di dalam kata-kata walid tadi, terselit sedikit duri buat saya. Aduh, sakitnya hati ini.

“Katakan yang benar mestipun pahit”

      Allah..begitu rupanya rasa hati, apabila kita diperli dek si Walid. Betapa manusia benar-benar "takut" ke masjid. Terutamanya di hari kebiasaan. Lantas, apabila tibanya musim ibadah, tanpa ribut dan perit, entah dari pelosok mana datangnya manusia, lalu mengerumuni masjid di sekitar kediaman.

     Oh ya, mungkin kita sudah terlupa. Semuanya gara-gara syaitan dan lebih-lebih lagi “Hantu” sudah tiada.
 
“Kita harus memijak cactus yang berduri, bagi mencapai bintang di langit”

Jalan ke syurga itu memang memenatkan..
Terutamanya bila kita sentiasa menjadi pendosa harian..

Mahu senyum bertemu Allah?
Maka mari kita mula mencintai rumah Allah..

Ikatan hati kepada Rumah Allah..
akan mendekatkan kita bertemu Allah..

Lalu..
Senyum bertemu Allah..

2 comments:

Travelog Lensa Daie said...

Jalan ke Syurga ibarat berjalan di dalam Gua..
Tiada Terduka apa yang tersedia di depan mata..

Aku hanyalah manusia biasa seperti kamu..
Yang ada masa turun dan naiknya iman..

Tetapi Aku punya niat yang satu..
Aku harap kau pun begitu..

Senyum Bertemu Allah
~Lensa Daie~

p/s:
InsyaAllah...
sekadar post pendek..
kalau diberikan kejayaan dalam peperiksaan..
akan diteruskan siri motivasi daie ini..
semua watak didalam siri..
adalah berkaitan dengan pengalaman kami dalam medan DnT..
moga Allah redha..
salam alaik!

aishah said...

nice! mesti fudhail tu sangat comel kan?alhamdulillah, dari kecik lagi dah hidup dalam biah yg soleh..heh, agk2nye mmg org takut nak ke masjid sebab hantu kot..keke..

Post a Comment