Masih berkicau?

Blog: APG


1.0 Bismillah

   Sebelum masa lapangku diambil semula, elok rasanya saya gunakan masa lapang ini untuk menulis suatu jalan cerita. Alhamdulillah, setelah tiga minggu bersama disamping keluarga tercinta, saya kini telah kembali ke kota tarbiyah. Kota yang sentiasa membawa saya mengenali Islam. “Kota” yang sentiasa saya titipkan doa pada suatu ketika dahulunya.
  
   Saat mata berkelip dikala senja dan terang, tidak tersedar, saya kini sudah hampir memasuki tahun tiga perubatan. Tahun dimana saya akan mula berurusan dengan pesakit sebenar.

   Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah, kerana telah memudahkan urusan aku dan sahabat seperjuangan. Aku tahu, tanpa pertolonganMu, mungkin kami tidak dapat meneruskan langkah kaki kami yang sumpah panjang ini.

  Tidak juga saya sangka, segala warkah yang ditulis di sini, sudah menjangkau usia 3 tahun. Pelbagai kritikan,komen,cadangan, dan pujian yang saya terima. Dan semuanya saya terima dengan hati terbuka, kerana saya adalah manusia biasa, tidak pernah lengang dari berbuat dosa.
 
   Sahabat, saya sendiri tidak pasti, sehingga seberapa lama lagi akan saya tetapkan hati dalam dakwah maya ini. Mungkin ketika datangnya malaikat maut, ataupun ketika leka hanyut dengan kemewahan dunia.

Nauzubillah minzalik, minta dijauhkan yang keduanya.

Rabbi, bila aku jatuh hati..
Aku ingin terbang cepat..
Hingga syaitan tak sanggup hinggap..

(Salim A. Fillah)


2.0 The Road Not Taken

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth; 

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same, 

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

   Saya teringat ketika saya masih dibangku sekolah menengah , ketika mana saya disuruh Puan Alice untuk menerangkan maksud tersirat sajak di atas. Mungkin pada saat itu, saya sangat fasih dalam mengutarakan konteks sajak tadi, tapi dari segi praktikalnya, baru kini saya sedar yang sedalam-dalamnya.
  
   Ya, jalan yang saya pilih sekarang, bukanlah satu jalan yang mudah. Jalan yang saya lalui kini, jalan yang menjanjikan aku ke syurga. InsyaAllah.
Kalau bukan kerana jalan dakwah, harus jalan apa lagi?


3.0 Roda sentiasa berputar   

“Di sana ada cita dan tujuan
yang membuatmu menatap jauh ke depan.”

    Sejak seusia 5 tahun, saya membesar bersama-sama rakan-rakan yang berbangsa Cina. Saya belajar budaya mereka, saya belajar bahasa mereka, dan pada masa yang sama, mereka menghargai saya seperti rakan yang lain.

    Saya gembira untuk semua itu.Tetapi, saya masih kekurangan sesuatu di sana. Saya sentiasa diabaikan dengan ilmu agama. Hingga kadang-kadang, hampir 2,3 bulan saya tidak dapat belajar pendidikan islam.
   
    Yang saya tahu, saya harus baca, dan selitkan “A” di dalam slip peperiksaan. Itu satu kemestian. Hingga saya terlupa, untuk apa saya belajar agama.
   
    Ya, mungkin saat itu, saya terlalu muda untuk memikirkan tentang itu semua, tetapi bila melangkah ke alam matrikulasi, semua itu seperti roda. Roda yang berputar 180 darjah.

     Ustazah:   Awak ini dah berapa kali khatam Al-Quran
Mr L:   Erm, ada la dalam 3,4 kali.

      Ya Allah, bila saya fikirkan kembali, betapa 17 tahun yang saya lalui dulu, sudah dibazirkan dengan dunia.  Sejujurnya, peristiwa inilah , saya “terlalu” menyalahkan sekolah lama saya, kerana membuatkan saya jadi begitu “naif” dengan agama saya sendiri. Saya asyik menyalah orang lain hinggakan saya sendiri tidak pernah berusaha untuk kembali ke jalan yang benar.


4.0 Usaha hingga termampu 
               
     Alhamdulillah, bila difikirkan semula peristiwa yang berlaku dulu, saya terus bersyukur dengan caturan Allah. Betapa hebatnya rancangan Allah pada hambaNya yang ingin mencari cintaNya. Kini, saya dikelilingi “lambakan” sahabat yang bergerak seiring mencari syurga Firdausi.
    
     Sahabat, coretan ini bukanlah untuk mengangkut diri saya ke dalam bakul, tetapi lebih kepada jawapan buat email seorang sahabat. Seorang sahabat yang terasa malu dengan dirinya. Seorang sahabat yang merasakan dirinya hanyalah “Islam” pada “ICnya”.

"Kalau badan malas bergerak, mulut jangan berkicau."
     
      Ya, kita semua manusia. Manusia yang tidak pernah jemu dari berbuat dosa. Tetapi yang membezakan kita adalah gerak kerja kita.

Jangan kita punya mulut yang asyik berkicau. Ini salah! Itu salah!
Tetapi bila diberikan solusi, badan dan hati kita masih malas bergerak!

Kalau begitu, lebih baik kita berhenti berkicau. Kerana natijahnya tetap sama! KITA tetap akan kalah.

Begitu juga dengan saya sahabat, saya masih sama seperti kalian semua, ada masanya saya futur, ada masanya saya jatuh, ada masanya saya naik.

Yang pasti, saya tidak mahu menjadi manusia yang hanya tahu berkicau, tetapi manusia yang tahu bergerak.
Maka? Bagaimana dengan kamu?

Tetapi, kami tak tahu caranya!
Jika tidak tahu, maka tanyalah pada yang lebih tahu.
Kerana Allah telah berfirman di dalam surah al-Nahl dan surah al-Anbiya', mahfumnya:

Fas-alu ahla zikri, inkuntum la ta'lamun.
(Bertanyalah kepada orang yang tahu, sekiranya kamu tidak tahu)


5.0 Penutup 

Jika engkau merasakan bahwa segala yang di sekitarmu gelap dan pekat,
tidakkah dirimu curiga bahawa engkaulah yang dikirim oleh Allah
untuk menjadi cahaya bagi mereka ?

Berhentilah mengeluhkan kegelapan itu,
sebab sinarmulah yang sedang mereka nantikan,
maka berkilaulah !

   Akhir kata, moga kita tidak cepat mengalah dengan ujian yang melanda. Ingatlah, jangan dibiarkan mulut kita hanya tahu berkicau tanpa sebarang tindakan.

Wallahualam. Assalamualaikum wbt.

1 comments:

Iman Lurv Islam said...

Alhamdulillah, sangat menarik....we chose the same road..so? hahahaha

Post a Comment