Senyum Bertemu Allah: Watak 2


credit: deviantart  
 
Watak 2:
Loceng Penggera

Akhi, esok kalau boleh, kejutkan ana ya..
Ana takut tak terbangun subuh nanti..

InsyaAllah..
ana cuba yang termampu..

Enta gerak la kuat sikit..
Ana ni kadang-kadang masih dalam separuh sedar..

Eh, ana dah gerak itu kira ok tahu..
kata mahu jadi Daie..
Maka usahakan sendiri..

Ingat akhi, control your ego..
then u will always be free..

~Errrk!~
_______________________________________________________________________________

“Orang yang tidak menikmati Subuh, dia akan sukar menikmati bahagia”
(Hilal Asyraf)

         Setiap pagi, saya akan cuba untuk menjenguk facebook akhi Hilal. Dari situ, sedikit sebanyak saya mendapat tarbiyah maya. Saya suka dengan ayat-ayat dihening subuh menjelma, kerana dari situ saya belajar untuk cuba menjadi hamba. Terima kasih akhi!

         Oh, memori lama mula berlayar di alam minda. Saya masih ingat ketika saya masih di bangku sekolah, sekali saja umi gerakkan saya waktu hari sekolah. Lantas saya bangun dan menunaikan kewajipan saya.
        Tetapi  bila tibanya hari cuti, usahkan sekali, berjuta kali juga umi cuba gerakkan saya. Apabila sudah tak terdaya, tibanya “kerja” Walid.

What? Walid?!
Zappps! Sebelum dikerjakan dek Walid, saya terus bangun.

        Cuit rasanya hati, apabila mengenangkan zaman kecil dulu. Bersusah payah Umi dan Walid mendidik diri menjadi anak yang soleh. Terima kasih Umi, terima kasih Walid!

       Di saat saya ditarbiyah di bumi Terengganu. Saya berkenalan dengan sahabat bernama Mr M. Saya kagum dengan beliau. Beliau antara sahabat yang saya sayang. 

       Saya ingat lagi ketika mula-mula saya ditarbiyah. Beliaulah yang banyak menyokong dan membantu saya dari belakang.  Dialah yang banyak mengajar saya tentang erti kehidupan, mengajar Al-Quran dan sepastinya mendidik saya bangun subuh dihening pagi.

Ish! Susahnya bangun subuh. Well is it true?

Secara logiknya,manusia sentiasa dalam perasaan inginkan sesuatu. Samaada di dalam bentuk fizikal, kenyataan mahupun kajian.

Kita buntukan jawapan untuk setiap persoalan yang terbuku dihati. 

“There will be no peace if you don’t get the answers. Not answer is to answer.”
(Prof Tariq Ramadhan)

     Jadi, kenapa Allah mewajibkan ke atas kita untuk solat subuh di hening pagi? Kenapa tidak pukul 9 pagi ataupun 10 pagi?

I really need the answer for this question!
Huish, isbir. Jangan marah-marah. Saya akan cuba jelaskan.
KEBEBASAN.

      Rata-rata manusia dipelusuk dunia mendefinisikan kebebasan adalah dengan riang-rianya melakukan apa yang disukainya. Erk..wait a minute..

      Bukankah di dalam negara kita sendiri ada undang-undang, yang mana harus kita patuhi. Lantas kalau benar kita yakin dengan definisi kebebasan tadi, cuba kita letakkan kereta kita tadi di kawasan larangan.

Rasa-rasanya, adakah encik pegawai bandaraya “rajin tangan” untuk hadiahkan tiket buang duit?
Erk!

Jadi, definisi kebebasan yang sentiasa dipegang oleh kita selama ini ternyata salah. Lantas apakah maksud kebebasan yang sebenar?

Kalau ditanya pada saya, saya akan berikan contoh “EGO MANUSIA”.

Kenapa mesti ego?
Kerana  ego yang menghalang kita mencapai kebebasan. kita akan secara sukarela memaksa diri kita masuk ke dalam dunia penjara yang dicipta oleh kita sendiri.

Situasi 1:
Sombonglah dia ni. Dah la baru lagi kat sini. Tak tahu nak tegur aku pulak tu. Huh! Malas aku nak kawan dengan budak sombong macam si fulan tu.

Situasi 2:
Assalamualaikum saudara, ana tak pernah lihat saudara lagi. Saudara baru lagi ya disini. Ana Abbas dari jurusan perundangan Islam.  Enta?

        Dengan meleraikan sikap ego kita, kita mampu membebaskan diri kita dari bersikap negatif terhadap seseorang. Lantas, hanya dengan kita cuba menguasai “teknik” itu, kita mampu mencapai tahap sebuah kebebasan.

Lantas, apa kaitannya dengan bangun di subuh pagi?

“Al Sholatu Koirun minan Naum…”

Ingatkah lagi kita dengan kalimah di atas?

Ya..
Sembahyang itu lebih baik dari tidur.
Bangunlah wahai sekalian manusia. Bangunlah.
Dan dengan bangun menunaikan kewajipan kepada Ilahi, mampu membebaskan diri kita dari sikap ego.
Tanpa meleraikan perasaan ego, kita akan sentiasa terpenjara!

“Sapaan subuh di hening pagi. Itu jemputan dari Allah. Bukan ingatan dari alat penggera.”

Jalan ke syurga itu memang memenatkan..
Terutamanya bila kita sentiasa menjadi pendosa harian..

Mahu senyum bertemu Allah?
Maka mari kita mula membuang rasa ego..

Tanpa ego di dalam hati..
kita akan bebas menuju mencari cinta Ilahi..

Lalu..
Senyum bertemu Allah..

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ana teringat masa ana di hostel dulu. memang payah nak bangun subuh. lebih2 lagi dorm memang jauh dari surau, azan pun sayup2 je dengar. nak harapkan alarm clock jauh skali. tapi pernah sekali tu ana dikejutkan oleh azan subuh yang paling indah pernah ana dengar. dengar jelas, tak sayup2 pun. mungkin suara muazzin lantang atau kualiti speaker tiba2 elok. sejak hari tu, alhamdulillah ana mampu bangun subuh walaupun muazzin bersilih ganti.

ada pepatah yang mengatakan, kalau hendak tahu betapa kuat seseorang itu, lihat pada kekuatannya untuk mengalih selimut dan bangkitkan diri daripada tilam yang ditiduri pada waktu fajr/subuh. wallahu'alam. insyaAllah mari kita sama2 menguatkan diri untuk menyembah Ilahi pada waktu subuh dan seterusnya. terutamanya subuh.

Post a Comment