Senyum Bertemu Allah: Watak 3


Limpahan Ramadhan makin mengurang
 Watak 3:
Oh! My Raya?

Allah,
Ramainya orang kat bandar ni..

Tulah..
Ramainya..
Sesak jugak aku dibuatnya..

Kau pun satu,
Waktu-waktu macam ni..
Baru nak ajak aku pergi beli baju raya..

Hehe..
Sorry la bro..
Beli last minute ni bagus pa..
Dapat diskaun lebih..

Ha,last minute la sangat..
Nanti jangan sampai kau menangis di pagi raya..
Sebab baju raya tak dak saiz..

Confirm ada punya..
Aku yakin bin pasti lagi..
Haha..

Ha,
Pasti la sangat..
Jangan nanti kau kena pakai baju abah kau pulak..
Haha..

Amboi..
Perli nampak!
_____________________________________________________________________________

Apabila kita mendapat sesuatu,
maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.
Justeru, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

(pesanan sahabat)

Pelita--------------------- Check!
Langsir------------------- Check!
Baju raya----------------  Check!
Kuih raya----------------  Check!
Rendang-----------------  Check!
Ketupat------------------ Check!
Oh, Raya datang lagi!

     Maaf buat antum semua, jika antum merasakan yang saya sedang bercerita tentang pengalaman raya saya, maka, antum ternyata tersalah blog. Maaf!

     Sedar tak sedar, kita hampir ke penghujung ramadhan. Dua hari saja lagi, sebelum kita mula melangkah ke dunia yang penuh dengan pancaroba. Cita-cita kita hanyalah satu, iaitu keluar dari madrasah ramadhan, dengan level iman yang lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah.

     Ya sahabat, dengan puasa yang berbaki 2 hari ini, sudah menjadi “waktu” untuk kita bermuhasabah diri. Apakah puasa yang telah kita diharungi selama hampir 27 hari yang lalu, hanya berlandaskan kerana lapar dan dahaga ataupun kerana kewajipan hamba kepada penciptanya?

Marilah, kita pejamkan mata, dan mula bermusahabah diri.

I’ve seen the world
I’ve seen the reality

We realized
something’s wrong with this world

So many things need to be done
to get things right

It start from us
it start from inside

(The inside)

      Saya bukanlah manusia yang sempurna, jadi tipu kalau saya katakan, saya tidak pernah membuat kerja “last minute”. Dan saya juga yakin, masih ramai insan di luar sana yang bersikap sedemikian rupa.

      Seingat saya, pada zaman sekolah dahulu, ada masanya diri saya akan terasa malas untuk membaca, hingga saya merelakan buku-buku berhabuk di atas meja. Ya, itulah diri saya, ketika mana saya masih bersekolah.

      Pengalaman dua tahun sebagai pelajar perubatan, sedikit sebanyak mengajar dan mematangkan saya. Mungkin kerana sudah terbiasa, sikap tadi terbawa-bawa ketika mula-mula memasuki sekolah perubatan. Hasilnya, saya gagal pada ujian yang pertama.

Kerana apa saya gagal? Mungkin kerana sifat kerja “last minute” saya!

      Mungkin akan ada sahabat yang mengatakan tidak semua jenis pendekatan “last minute” itu tidak baik ataupun tidak bermanfaat.

      Ya, saya akui semua itu. Tetapi, apa yang dirisaukan saya adalah kualiti kerja kita. Takutnya nanti, hasilnya tidaklah secantik rupa. Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa.

"Apabila Ramadhan ini berakhir, ujian kita bermula. Apakah Ramadhan kali ini telah bertapak di dasar hati ataupun hanya seperti angin yang datang dan pergi?"
(Aiman Azlan)

    Ambillah Ramadhan kali ini sebagai perumpamaan kerja “last minute” kita.

AllahuAkbar!

      Allah letakkan malam lailatul qadar itu di 10 malam yang terakhir, agar kita dapat melakukan “warming up” di awal ramadhan. Jadi, apabila telah tibanya 10 malam yang terakhir, kita sudah cukup “cergas” untuk bangun bertahajud dalam misi mencari malam yang lebih baik daripada 1000bulan.

Jadi, tanyakan semula pada diri kita.

      Adakah kita mampu mengejar malam lailatul qadar, jika pada awal ramadhannya, kita tidak cuba melakukan sedikit “renggangan badan”?

Mahu bertahajud disaat-saat akhir?

Mungkin berjaya, tetapi kebanyakkannya TIDAK!

      Kini,kita bakal memasuki malam ke 28. Buat anugerah yang terbaki ini, marilah kita isikan dengan air mata, dan du'a. Moga kita memperoleh syahid, dan dihapuskan rasa cinta akan dunia. InsyaAllah.

“ Jalan menuju Allah bukanlah jauhnya perjalanan kaki, namun ia adalah perjalanan hati.”
(Ibnu Jauzi)

Jalan ke syurga itu memang memenatkan..
Terutamanya bila kita sentiasa menjadi pendosa harian..

Mahu senyum bertemu Allah?
Maka mari kita mula malas menjadi malas..

Tanpa sikap malas di dalam diri..
kita akan mula rajin mencari cinta Ilahi..

Lalu..
Senyum bertemu Allah..

0 comments:

Post a Comment