Medical School

One Big Family

Bismillah..
Alhamdulillah, masih diberi sedikit kelapangan untuk mencoretkan sesuatu.
Maaf kerana hampir 3 minggu meninggalkan  medan ini.

Saya ada sahabat. Dia bukanlah seorang, tetapi seramai 53 orang.
Yang menarik tentang mereka adalah, kami saling kenal satu sama lain.

Sudah dua tahun saya bersama mereka.
Dua tahun ini, begitu cepat saya rasa, sedangkan saya merasakan saya baru sehari dua bersama mereka.

Kini,
kami semua telah pun memasuki tahun ketiga, dimana kami terpaksa untuk berpisah sehingga kadang-kadang sukar untuk kami bersua-muka.

Hampir dua minggu saya di wad pembedahan, segala mehnah dan tribulasi yang melanda saya.
Saya juga percaya, apa yang saya rasa, turut dirasai oleh sahabat-sahabat saya.

Detik dimarahi prof dan pakar sudah saya berikan ubat pelali..
Saya terima semua itu sebagai satu cabaran untuk saya bangkit membuktikan daie serba-serbi boleh.

Ya, saya tahu. Kadang-kadang bila kita tertekan dengan tribulasi sedemikian rupa..
Kita akan "ter"-overact hingga kadang-kadang kita melukakan hati teman kita.

Benar,saya mengaku.
Kadang-kadang saya sedikit terkilan dengan sikap ataupun tindak-tanduk sahabat seperjuangan saya..

Tetapi sebagai daie, kita harus ingat, ini semua adalah salah satu bentuk tarbiyah.

Apakah kita bersahabat kerana satu kos, ataupun bersahabat kerana kasih dan sayangnya kerana Allah?

"Persoalan baik ataupun buruk sesuatu tribulasi dalam kehidupan berdasarkan kepada pemikiran kita. 
Jika kita menganggap ia buruk,maka buruklah dan begitu juga sebaliknya."
~akhi we~


Alhamdulillah, murobbi saya merupakan insan yang benar-benar memahami isi hati kami. Setiap kali sesi usrah, segala pengisian rohani, menusuk di kalbu.
Terima kasih Allah!


Saya tidak mahu berkata panjang, kerana setiap yang berlaku di alam realiti, tidak akan dan tidak sesekali sama dengan apa yang kita lihat di filem ataupun movie. Biarlah kita berpijak dibumi nyata, dengan matlamat yang jelas.

Akhir kalam, semoga berjaya sahabat seperjuangan semua. Maaf atas kesilapan saya sebagai seorang sahabat. Jika salah, perbetulkan dan sama-sama kita maju ke syurga. Saya tinggalkan dengan sedikit kata-kata dari Saiful Islam.

Pelajar perlu mencari sebab tulen untuk cemerlang. 
Bukan memenuhi impian parents,ataupun universiti.
Tetapi Diri, Tuhan dan Syurga!


 Assalamualaikum wbt.

Nota kaki:
With Our beloved Dean

53

Aktiviti merapatkan ukhuwah

Group posting

Top left: Posting Medicine
Rahman,Nazim,Ayuni,Syamim,Ili,Ainna,Thinna
Wahidah,Najmi,Aiman,Fifi,Hasnaa,Naveen.

Top Right: Posting O&G
Saharah,Cik teh,Amir,Step,Munirah,Haniza
Alwani, Naqib,Mujib,Azizah,Zalifa,Aisyah Hamzah,Azwa

Bottom left: Posting Surgery
Faiza,Ijat,Syafiqah,Rubini,Fatin,Haikal
Wanny,Teha,Aisyah,Ilyana,Hidayah,Nien,Hafez,Abu Zar

Bottom Right: Posting Orthopaedic
Asmihana,Ayub,Stanis,Nazhirah,Liyana,Iman,Saheedah
Afifah,Wan,Acap,Najwa,Alia,Asma





1 comments:

zila manaf said...

all the best

Post a Comment