Senyum Bertemu Allah: Watak 4



 Watak 4:
Secawan Radix Ais

Kak, beri saya secawan radix beng ya..
Jangan lupa kurang manis..

Kau ni asyik order Radix jer..
sedap ke Radix ni?

Well..
kalau tak sedap, takkan aku minum.
Rasa dia macam Nescafe la jugak..

Meh sini,
bagi aku try sikit Radix kau ni..

Ceh,nak termuntah aku minum.
Nescafe lagi sedap la..

Bagi kau tak sedap..
Tapi bagi aku sedap..

Dan yang paling penting..
terjamin duit tak terlabur ke Israel..
~Erk!
_________________________________________________________________________________

“We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit.”
(Aristotle)

     Kebiasaannya, jika saya berkunjung ke mana-mana warung atau restoran, pasti Radix ice yang menjadi kegilaan saya . Ya, obsesi saya terhadap Radix ais sangat tinggi. Lebih daripada seteguk dan secawan Nescafe. Gulp!

    Tabiat atau sikap manusia memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi Mukmin. Di dalam buku “Seven Habit of Highly Effective People”, penulis menggunakan analogi medan graviti dalam menjelaskan tentang gambaran tabiat manusia.

     Baiklah, cuba kita ambil dua batang magnet, lalu kita cantumkan. Selepas itu, mari kita cuba leraikan kedua-dua magnet tadi. Pasti susah bukan.

     Begitulah dengan kehidupan kita sebagai manusia, bila tabiat “jahiliyah” sudah lama sebati di dalam diri kita, maka sudah pasti kita memerlukan tenaga yang lebih untuk melepaskan diri dari medan magnet tadi.
      
Tetapi, yang salahnya adalah diri kita, kerana saban hari, kita makin ketagihkan jahiliyah!

Hey, kamu disana. Mahu kuruskan badan?
Kami ada jawapannya.

Ambillah ubat “kurus-kurus” ini.
Anda tak perlu risau, tidak perlu amalkan diet. 
Hanya perlu pastikan makan ubat kurus-kurus 4 kali sehari.

Waima, senang bukan?

Eh sekejap, awak ada jual ubat cepat masuk syurga tak?
Ada!

Ha?
Pulak dah..macam-macam!

Rasullullah SAW bersabda (maksudnya):

“Nama yang tepat bagi seorang Muslim adalah Hamman dan Harits,
dan nama yang paling Allah cintai adalah Abdullah dan Abdurrahman.”

     “Al-Hammam” adalah niat yang kuat, sedangkan al-Harits” adalah hasil daripada himmah atau hamman, iaitu bekerja untuk mendapatkan obsesi atau keinginan tersebut. Jadi, setiap manusia mempunyai keinginan, namun tidak semua manusia memiliki Himmah (keinginan) yang kuat.
Kurang jelas?

     Baik, mari kita kembali ke sirah Islam yang terdahulu. Mari kita lihat kisah para sahabat nabi. Mereka bukannya maksum. Mereka juga punya sejarah hitam yang tersendiri. Malah, mungkin lebih hitam dari kita. Namun, mereka melalui satu proses yang dinamakan tarbiyah. Lalu, menjadi seorang yang gah namanya di dalam sejarah Islam.

     Berbalik kepada persoalan “ubat cepat masuk syurga”, adakah dengan begitu mudahnya kita mampu melangkah masuk ke syurga?

Adakah hanya dengan makan ubat sambil buat amal jahiliyah?
Again, jawapannya sudah tentu TIDAK!
    
    Akhir kata, tanyakan semula pada diri kita. Adakah kita mahu bersikap Himmatul ‘Aliyah (Obsesi yang tinggi) ataupun Himmatul Daniyah (Obsesi yang rendah)  dalam meninggalkan tabiat “jahiliyah”?


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum
 sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Al-Rad:13)


“Usaha! Kerana dari situ datangnya hasil!”


Jalan ke syurga itu memang memenatkan..
Terutamanya bila kita sentiasa menjadi pendosa harian..

Mahu senyum bertemu Allah?
Maka mari kita mula obses dalam  meninggalkan jahiliyah..

Dengan kikisan jahiliyah di hati..
kita akan menjadi hamba yang gah di petala langit..

Lalu..
Senyum bertemu Allah..

0 comments:

Post a Comment