Senyum Bertemu Allah : Watak 5

Mahu mengalah? Belajarlah dari labah-labah



Watak 5:
Mahu Berhenti? Teruskan berlari!

Muiz..
aku stres lah nak exam ni..
rasa dalam otak ni kosong jer..
macam tak de pape..

La,awatnya pak cik..
Bukan ke ni cita-cita kau?
Aku tahu la..
tapi kadang-kadang tu aku rasa menyesal ambil perubatan.
Ceh..
koya la kau..
“Ala bizikrillahi tathma`innal qulub”
Kau cakap arab macam la aku faham..
Hish dia ni la!

Yelah..Aku terangkanlah ni..
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah jua hati menjadi tenteram”
(Surah Al-Rad:28)
Dah-dah, kau pergi ambil wuduk dulu..
Nanti kita tadarus Al-Quran sama-sama..

Yelah pak ustaz..
Aku pergi lah ni..
__________________________________________________________________________________

"Salah satu tuntutan kemodenan ialah seseorang itu dilarang untuk menyerah kepada keadaan dan kondisi yang ada sekarang, tetapi ia mesti terus memandang ke hadapan.”
(Prof Dr Yusuf al-Qadhawi)

     Saya masih ingat lagi ketika saya di tahun satu perubatan. Saat menjelangnya musim imtihan, pasti ada mata yang terkena habuk yang bersepah itu. Mana tidaknya, kerinduan kepada keluarga tercinta sudah tak terkawal lagaknya.

    Tetapi bila memasuki tahun ke-2, semua itu seperti sudah lali buat diri saya. Benar, kadang-kadang ada juga rasa di hati mahu gugur di medan peperangan. Saya merasakannya, dan saya yakin sahabat-sahabat di luar sana turut merasakan apa yang saya rasa.

         Susah ke jadi budak perubatan ni? Asyik dengan buku jer. Asyik duduk sorang-sorang dalam bilik. Asyik menangis jer. Erk! Menangis?

          Menangis itu merupakan salah satu nikmat yang Allah berikan pada manusia. Benar, tangisan itu kadang-kadang boleh menjadi rutin harian. Lebih-lebih lagi bila tangisan itu adalah tangisan yang mengenangkan dosa dan balasan neraka buat manusia yang derhaka.

        Tetapi sayang juga, kerana ada manusia yang suka membazir butir permata pada tempat yang sia-sia. Mahu dengar kisah orang yang menangis?

      Baiklah, Mr M, Mr H, Mr I, Mr N,dan juga Mr A sedang tekun membincangkan tentang tafsiran Surah An-nas bersama murobbi tercinta. Di saat tiba pada tafsiran untuk satu ayat ini, kami terdengar tangisan Si murobbi.

      Encik murobbi merasakan betapa beratnya makna tafsiran di balik surah An-nas. Lantas, tidak termampu untuk meneruskan tafsiran surah an-nas tadi.

      Aduh! Kenapa tak terasa apa yang murobbiku rasa? Walhal cuma 6 potong ayat sahaja. Maknanya selama ini saya membaca tanpa kefahaman yang mendalam!

Allahurabbi. Gusarnya hati. Ternyata masih jauh dari jalan yang lurus itu.

"Kejayaan itu memerlukan usaha, tetapi bukanlah kejayaan itu kerana usaha"
(renovatenew)
 
      Aku Muslim. Kamu Muslim. Dia Muslim. kita adalah Muslim. Dan seorang Muslim tak pernah kenal erti mengalah! 

      Mahu menangis? Maka menangislah di depan Allah. Kerana dari situ kita cuba mengumpulkan semula kekuatan, untuk terus berlari ke destinasi syurga.

     Sama seperti ketika kita di usia muda, kita bermula dengan merangkak, berjalan dan akhirnya berlari. Semua natijah datangnya dari usaha yang berterusan.

     Jadi, jangan terus berpaling dari apa yang sedang kita usahakan. Teruskan berlari. Syurga itu sangat jauh jaraknya. Siapa yang mengalah di awal perlumbaan, ternyata akan tertinggal jauh dari balapan.

“Ambillah cintamu di langit, lalu cairkan ia di dalam hati”

    Jalan ke syurga itu memang memenatkan..
Terutamanya bila kita sentiasa menjadi pendosa harian..

Mahu senyum bertemu Allah?
Maka mari kita teruskan larian ke syurga..

Larian yang berterusan..
akan dipertemukan juga dengan garisan penamat..

Lalu..
Senyum bertemu Allah..


0 comments:

Post a Comment