Senyum Bertemu Allah: Watak 6



Watak 6:
Now Everybody Can Fly!
Rumpur sentiasa bersaing untuk menggapai langit..Kita?


Izzuddin..
pergi tolong walid betulkan paip tu..

Baik umi..

Walid,
macam mana ni..
dari tadi tak boleh pun..
asyik bocor jer..

Encik pilot..
Kerja mudah macam ni pun tak boleh buat?
macam mana nak jadi pilot ni? Hehe..

Ala walid..
mana sama pilot dengan plumber..
______________________________________________________________________________

“Boleh jadi Jalan ke syurga itu kita berlari, kita berjalan hatta terbang sekalipun”

     Sejak dari kecil, cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang sentiasa melambung tinggi. Saya masih ingat, ketika saya di zaman sekolah, sungguh-sungguh saya belajar.  

    Tidak cukup hanya dengan belajar, saya sampai sanggup memberanikan diri untuk buat panggilan telefon kepada kapten MAS untuk bertanyakan tentang akademi dan biasiswa. 

    Tetapi, perancangan Allah itu kan yang terbaik. Saya redha dengan jalan yang ditentukanNya. Kalau bukan kerana bidang yang saya ceburi sekarang, belum tentu saya diperkenalkan dengan dakwah dan tarbiyah. 

Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

   Kepada Mr H, Mr A dan Mr W, pastikan belajar sungguh-sungguh dalam flying academic. Anda harapan saya untuk dapatkan tiket free. Ha?!

What! Now everybody can Fly?
Yes! It’s true.

Tapi akhi, saya tak pernah fly lagi. “Fly” dari kuliah itu mungkin pernah. Gulp!

     Tanyakan pada mereka yang sudah biasa dengan “Flying-Flying” ini, pasti mereka mampu menghuraikan hujah tentang perkhidmatan yang ada di Malaysia, hatta di hujung Mesir sana.

MAS. Air Asia. FireFly.

Akhi..
ana ni tak berduit..
Sedangkan teksi pun tak mampu, apatah lagi nak terbang di angkasa.

Hey, come on!
Mahu masuk syurga kan?
Maka kita perlulah terbang! 

Bagaimana akhi?
Mudah! Dengan Usaha!

“Syurga itu sumpah luas, sanggupkah kita biarkan mereka bersempit di neraka?”

   Bila kita sudah mula memasang impian untuk menggapai sesuatu, kita akan berusaha, berusaha dan terus berusaha. Sehingga akhirnya, kita gembira dengan jalan yang kita lalui selepasnya.

  Begitu juga dengan konsep “Now everybody can fly”, kita sedang usaha untuk ke syurga, tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh lupa pada tanggungjawab kita. Yakni, mengajak orang terdekat untuk sama-sama merasa terbang ke syurga.

   Ya, saya tahu. Manusia tidak pernah sempurna. Begitu juga dengan perkhidmatan yang membezakan taraf bintang MAS dan Air Asia.

Kita tidak berduit?

    Air Asia adalah pilihan terbaik kita. Biarlah kita bersesak dan berhimpit-himpit sementara di dalamnya. Asalkan tujuannya sama, membawa kita ke destinasi Syurga.

   Begitu juga dengan “prinsip” lama kita yang rapuh dimamah usia, mahu mengajak manusia ke syurga, “wajiblah” menjadi baik ataupun setaraf pak Ustaz. 

Aik? Masih mahu pegang dengan prinsip lapuk itu? 
Maknyanya kita merelakan mereka bersempit di neraka! Zapp! Nauzubillah..

Bukankah mereka yang menaiki MAS juga pernah merasa susah dan berusaha untuk berjaya?


Janganlah sampai perlu diseret untuk diajak masuk Syurga.
Marilah berpimpinan tangan menuju redhoNya..


Jalan ke syurga itu memang memenatkan..
Terutamanya bila kita sentiasa menjadi pendosa harian..

Mahu senyum bertemu Allah?
Maka mari kita memimpin manusia ke syurga..

Lebih ramai yang terbang ke syurga..
Maka,kuranglah manusia di neraka..

Lalu..
Senyum bertemu Allah..

1 comments:

achik said...

teruskan menulis .

Post a Comment